Ada yang terkejut beruk bila lihat laporan Ketua Audit Negara, yang mana ada makhluk yang cuba menipu kononnya harga minyak petrol seliter RM300.
Aku ingat beruk pun boleh terkejut.
Bukan itu aje, dua buah komputer riba pun harganya hampir RM35 ribu. Amboi mak.., macam harGA sebuah rumah yang sipi-sipi sebuah rumah yang agak mewah.
Itulah perbuatan antara manusia beruk yang kerjanya asyik nak mencelok dan menipu. Harampun kira nak sapu. tanggung anak bini. Kedarah benda2 haram. Tak takut Tuhan langsung. Undang-undang lagilah depa letak kat buntut. Depa ni keturunan apalah agaknya ya..?
Manusia macam tu tak patut ada dalam penjawat awam. Kaki busuk. Pihak berwajib kena cari sampai lubang cacing atau lubang kubur. Dakwa dan dedah namanya biar manusia lain tahu perangai penipu tu.
Manusia sebegitu jangan dibiarkan bebas. Pantang ada kesempatan, pantang ada ruang, dialah mula nak jadi setan.
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke
Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai
-
*KOTA KINABALU:* Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang
kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi 16
Julai la...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan