Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludian telah berpindah keluar dari kediaman Menteri Besar Perak. Itulah tindakan yang betul lagi tepat.
Tapi beliau enggan memulangkan kereta Toyota Camry yang sebelumnya digunakan sebagai kereta rasmi dengan alasan akan terus menggunakannya untuk menjalankan tugas-tugas harian sehingga mahkamah memutuskan dirinya masih lagi Menteri Besar atau sebaliknya.
Tapi kalau ikut pada logik akal, beliau bukan lagi Menteri Besar, sebagaimana titah DYMM Sultan Perak yang memerintahkan beliau letak jawatan dengan exco-exconya sekali.
Terbaru, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.Sivakumar sekali lagi membuat kejutan dengan mengatakan sidang tergempar DUN akan diadakan pada 3 Mac ini. Sedangkan Menteri Besar (Datuk Zamri), enam Exco kerajaan (BN) serta tiga wakil rakyat Bebas yang digantung tidak dibenarkan menghadirinya.
Apakah maknanya semua itu? Apakah tujuan persidangan itu kalau ianya tidak terlindung sesuatu muslihat?
Sudah-sudahlah wahai Mohamad Nizar dan Sivakumar. Jangan terlalu banyak melakukan sesuatu yang makin mengeruhkan keadaan dan mengelirukan rakyat keseluruhannya.
Cubalah buat pertimbangan yang mudah lagi logik. Bukankah kerusi pakatan DAP, PKR dan Pas sudah berkurangan di Perak? Dan kelebihan telah bertukar tangan kepada Barisan Nasional (BN).
Apa lagi yang tak kena? DYMM Sultan Perak pun sudah membuat keputusan yang sepatutnya dengan mengikut kuasa yang ada pada Baginda.
Apa guna lagi Mohammad Nizar dan pakatannya menguar-uarkan kononnya pakatan mereka telah dipilih oleh rakyat dan beliau tak patut berundur (dan sepatutnya terus berkuasa di Perak) walaupun tiga kerusi yang sebelum ini yang memihak kepada pakatan beliau telah keluar sebagai wakil bebas.
Ketiga-tiga wakil rakyat yang keluar pakatan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil bebas, dan kemudiannya menyokong BN, bukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Kenapa perlu jadi keliru?
Lagipun, ketiga-tiga wakil pakatan yang keluar sebagai wakil bebas itu bukankah 'bergelar' rakyat juga? Mereka juga boleh mengundi (maknanya mereka juga rakyat yang ada kuasa untuk memilih parti mana yang mereka suka). Dan akhirnya mereka pilih untuk keluar dari pakatan dahulu setelah menyedari dan insaf dengan kesilapan mereka pada PRU 12 lalu. Keputusannya mereka menyokong BN. Sudah jelas dan nyata.
Kenapa masih mahu dikelirukan lagi? Adakah semuanya semata-mata untuk kepentingan politik
dan kuasa? Jika benar, bersamalah kita memilih keinsafan dan keredhaan dengan apa yang telah berlaku.
Memegang tampuk kekuasaan memang seronok. Berstatus VVIP dengan bermacam kemudahan dan kesenangan. Disanjung dan dihormati (selalunya selagi ada kuasa). Gaji/elaun juga banyak.
Adakah semuanya kerana itu? Harap-harap tidak begitu.
Hakikat kehidupan seharusnya diterima dengan hati terbuka. Apatah lagi bagi seorang Islam, yang mana anggaplah itu sebagai takdir Allah.
Apa yang nyata, terimalah hakikat kehidupan yang sememangnya ada pasang surutnya.
Akhir kata, terimalah juga hakikat bahawa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mempunyai hak melatik seseorang Menteri Besar di negeri itu, telah membuat keputusan yang tepat. Malah harus juga disedari bahawa baginda juga mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikan itu.
Kalau berbalik pada nasib dan takdir, maka terima sajalah sebarang takdir yang tersurat untuk kita. Mungkin ada hikmat di sebaliknya.
Semoga akan terbuka hati sesama kita untuk mencari keinsafan dan redha dengan segala-galanya. Kembalilah i ke pangkal jalan demi kebaikan dan kesempurnaan hidup yang diredhai Allah.
Ingatlah, kuasa hanya sementara. Hidup juga tidak kekal lama.
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Bilakah kamu ini jadi agen BN? Nak angkat kaki BN utk dapati $$$. Sudahlah kau ini yang bodoh. Tak paham dan tak ada akal yang betul.
BalasPadamKau ini sesama orang kurang pintar. Mesti dari golongan Pemuda UMNO yang tak ambil kira logik!!!
Serupa acuannya, inilah produk yang macam kau. Tak rasa malu dengan pendek kata "Pirates of the Caribbean"
Dengan cara kau menguasai blog kau memang menunjukkan kau bodoh.
BalasPadamTak hairanlah saya ini. Kau memang saja baru melibatkan diri dalam blogging. Nak cakap banyak sebagai New Kid On The Block
betul tu....
BalasPadamkalau sifat anarki ni perintah malaysia. apa jadi?
itu ikut logik kamu..... tapi kalau ikut logok perlembagaan macam mana...?? nIZAR MASIH LAGI JADI mb... UMNO merampas kuasa (coup) kerajaan sah di Perak dan dengan jijiknya mengugut Sultan Perak ikut kemahuan UMNO...
BalasPadamKalau UMNO rasa mendapat sokongan rakyat... bubarkan DUN .. sivakumar pun tak boleh ada sidang... majoriti UMNO pun selesa (tu pun kalau betul UMNO dapat sokongan rakyat la)...
Tapi kenapa takut??? kerana tau kerajaan tu kerajaan haram ke? Orang Melayu takkan lupa macam mana UMNO mengugut Sultan... dah banyak kali dah berlaku....
linda;
BalasPadamaku bukan agen sesiapa, aku menulis secara terbuka. mana yg logik aku sokong. yg sebaliknya aku kenakan.
usah terlalu mudah lontarkan kebodohan kpd orang dgn sesuka, yg dgn sendirinya kebodohan diri terbongkar dan terbuka.
dari berbahasa percakapan org akan tahu kita berilmu atau jahil (tidak) berilmu. atau org yg dianggap tidak memperlihatkan adab kpd martabat diri.
org yg mudah memperbodohkan org lain selalunya kerana dia berasakan dia pandai atau berilmu. bergulung-gulung ijazah akademik tidak bermakna bergulung juga ilmu di dada. akademik sekadar lulus periksa. namun ia tetap jadi jambatan untuk meniti ke arah orang yg berilmuan bermakna.
ilmu terletak pd akal sejati. perlu dicari dan digali di mana2 yg bersesuai dgn keperluan duniawi atau untuk akhirat yg kekal abadi, berpandukan akal keperibadian diri.
aku sekadar menegur dan mengingat, agar
mana yg terlanjur tidak berterusan tersesat,
aku beri pandangan ikut logik akal,
bukan logik ekstremis yg kurang berakal.
jgn mudah marah2, kerana syaitan sedia menjengah.
maaf jika aku telah membangkitkan kemarahan kamu.
otai;
ia akan jadi sepertimana yg kita tak ingin ia menjadi.
anak perelih;
belajarlah terima kebenaran. jgn terlalu ekstrem yg banyak merugikan.
aku tulis ada kaitan dgn perlembagaan. kenapa harus dibubarkan DUN jika ia tak perlu berdasarkan perlembagaan.
kamu baca faham2 apa yg aku tulis. mereka bukan letak jawatan. tapi keluar parti dan sokong BN. betullah tindakan sultan tu. maknanya itu bukan kerajaan haram.
itulah kesilapan sebilangan antara kita. kita rasa kita tahu sesuatu sedangkan kita tak tahu apa satu. kita cuma tumpang tahu dari org yg kita rasa dia tahu.tp dia pun tahu dari org yang tak seberapa tahu.
ekstrem yg melampau juga membuatkan kita rasa puak kita saja yg betul. sesuatu yg menyebelahi kita, kita bangga dan kononnya itulah kebenarannya. jika apa saja tak menyebelahi kita, walaupun benar apa yg dikata, kita akan kutuk dan mencela semahu-mahunya. kita perlu berubah dari 'daerah' itu.
di manakah kewarasan pemikiran kita yg kononnya mengaku bika pandai belaka?.
maaflah jika aku telah termenyinggung perasaan kamu.