Selasa, 11 Ogos 2009

UNDANG-UNDANG MEMIHAK

NEGARA DALAM BAHAYA

Negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri, sebaliknya ditolak jika keputusannya tidak memihak kepada pihak mereka.

Negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan, manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

Oleh itu undang-undang perlu dpertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.

Demikian amaran dan tegasan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan