Tahniah buat TS Mohd Isa Samad yang menang besar (8013 undi) di Bagan Pinang.
Ternyata masih terdapat rakyat (pengundi) yang waras dan berilmu di Bagan Pinang, yang tahu membezakan antara permata dan sampah. Sesungguhnya mereka telah membuat pilihan yang tepat. Memilih pemimpin yang tahu bekerja untuk mereka.
Walaupun terdapat pelbagai provokasi dan tekanan dari pembangkang, dengan tingkah laku gedebe-gedebe mereka yang diimport khas dari negeri lain untuk membuat kecoh di kawasan yang menjadi lubuk UMNO/BN semata-mata untuk menakut-nakut pengundi, namun niat dan hasrat 'hodoh' mereka itu ternyata gagal.
Rakyat yang berhak mengundi tetap berani dan yakin keluar mengundi dengan jaminan pihak polis yang berjanji akan menjaga keamanan di Bagan Pinang.
Namun terdapat beberapa kelemahan di pihak SPR, di mana terdapat pihak pembangkang yang masih ingkar dengan arahan SPR dengan selamba membina barong (pondok panas) di kawasan pengundi tanpa merasa malu dan bersalah.
Apakah tindakan pihak SPR? Sebelum itu pembangkang juga tanpa rasa gentar kepada SPR dengan memasang bendera parti gabungan mereka yanglain selain Pas.
Sepatutnya kesemua keingkaran itu perlu diambil tindakan tegas oleh SPR dengan mendenda parti yang ingkar tersebut. Tidak cukup hanya dengan bersungut dan memberi amaran saja. Tindakan tegas perlu diambil. Jika undang-undang tidak cukup untuk bertindak, kenapa tidak dipinda dengan setegas-tegasnya sebagai pengajaran kepada pihak yang ingkar dan mempersenda-sendakan akta pilihanraya itu?
Kalau UMNO/BN yang bina barong itu, dan kebetulan pula UMNO menang besar seperti itu, tentu pihak pembangkang tak senang duduk. Asyik panas dan miang untuk mengutuk dan menyaman SPR dan UMNO/BN.
Apa-apa pun, sudah terang lagi bersuluh. Rakyat tak lagi mudah syahdu dengan dendangan lagu lama pembangkang yang kononnya kerajaan BN rasuah, kejam terhadap rakyat dan macam-macam lagi yang semuanya tak baik belaka.
Ibarat kata seorang rakan, orang yang selalu menuduh orang lain rasuah, sebenarnya dialah yang kerap makan rasuah ketika berkuasa.
Sebenarnya rasuah itu hak individu. Walaupun pengajiannya tinggi melangit, keluar tujuh kali universiti al-Azhar pun, tapi kalau keimanannya tipis, maka akan tergugatlah juga maruahnya.
Walaupun UMNO selalu dikaitkan dengan rasuah, namun taksemuanya begitu. Kalau semua orang UMNO rasuah, tak akan wujudlah segala pembangunan. Tak akan wujudlah segala kemudahan dan keselesaan untuk rakyat. Tak akan lahirlah orang bijak pandai di negara ini. Semuanya terbantut disebabkan rasuah.
Semoga dengan perancangan baru, akan bangkitlah UMNO dengan semangat dan tekad baru untuk menghindari segala yang buruk, dan tetap akan menjadi satu-satunya parti orang Melayu yang berkorban untuk orang Melayu tanpa menyinkirkan kaum lain, sehingga ke akhir zaman.
Hidup UMNO..!
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan