Ahad, 27 Disember 2009

BOLA TANGGUNG BN

Walaupun BN memerintah dan berkuasa, namun dalam banyak keadaan BN seakan sentiasa menyediakan bola tanggung kepada pembangkang. Yang mana ada di antara bola tanggung itu sehingga dilihat akan 'meranapkan' BN sendiri.

Ibarat dalam permainan bola sepak, BN adalah pihak yang mendahului kemenangan. Namun ia gagal mengawal permainan dan terikut-ikut rentak lawan, yang sehinggakan lawan mengawal permainan, yang nyaris-nyaris BN akan tertewas.

Disebabkan tidak tahu mengawal keadaan dan suasana, maka wujudnya peristiwa 14 Disember, yang nyaris-nyaris BN akan tersungkur di gelanggang sendiri.

BN juga kurang tokoh yang bijang 'menyalak' untuk menangkis dan menakutkan pihak lawan yang sentiasa gemar berprovokasi dengan menuduh dan melontar pelbagai tohmahan terhadap kerajaan. Keadaan itu menyebabkan pembangkang sering galak membuat pelbagai tuduhan terhadap BN, kerana mereka sedar akan 'kelemahan' itu di pihak BN.

Sikap BN yang gagal menangkis kelantangan provokasi BN pernah saya ungkitkan tidak berapa lama dulu. Jadi, sekadar berkelulusan tinggi saja tidak memadai menjadi calon BN. Tapi kepintaran dana ketangkasan minda yang tinggi juga amat diperlukan.

2 ulasan: