Orang yang terlebih dulu makan garam, pernah berpesan, berhati-hati sebelum bertindak. Gunakan akal dan fikiran yang waras. Apatah lagi jika sesuatu tindakan itu demi masa depan diri, agama, bangsa dan negara.
Ibarat kalau dengar guruh di langit, usah dengan mudah air di tempayan dicurahkan. Kekadang guruh yang berdentum itu tidak semestinya menjanjikan hujan yang lebat. Malah ada juga tak ada setitik hujan pun. Tapi itulah yang terjadi kepada sebilangan orang kita. Kerana dentuman janji yang kuat, maka ramai yang tergegar telinga hingga tak terdengar yang lain lagi.
Namun segala janji itu rupa-rupanya tin-tin kosong yang tak memberikan apa-apa makna, malah orang yang mempercayai dentuman guruh di langit itu pula yang semakin terpinggir, tertekan dan melihat bangsa dan agamanya telah diperkotak-katikkan..
Maka malang sungguh nasib orang-orang kita yang mudah terpengaruh buta itu. Sangka mereka, buang yang lama walaupun tidak menyusahkan sangat, dapat digantikan dengan yang baru yang akan menguntungkan mereka, agama dan bangsa mereka. Namun kerana mengharapkan yang terbaik dan terpengaruh pula dengan janji-janji manis yang menggunung, yang lama disingkirkan dan yang baru menjadi pilihan.
Namun yang baru itu tidak sebenarnya tidak bermakna langsung. Sudahnya, ada sebilang mereka malang pula yang menimpa. Diharap dapat menjadi pembela, tapi harapkan pagar, pagar yang membawa rebah. Mereka yang terpengaruh itu mula merasakan mereka tidak lagi dihargai. Malah nasib mereka sering pula tergugat dengan sikap (rasis?) kumpulan yang mereka pilih itu.
Begitulah malangnya orang kita. Harapkan yang terbaik, rupa-rupanya terseksa pula. Janji entah ke mana, namun kuasa kepentingan diri diutamakan.
Begitulah nasib orang yang bertindak tak ikut kewarasan akal. Perubahan yang diharap sudah pun didapati. Tapi perubahan yang yang makin menyusahkan hidup mereka sendiri serta diperkotak-katikkan pula. Yang berubah hanya kumpulan baru yang dipilih itu, dari miskin jadi kaya. Dari tak ada apa-apa dah dapat kuasa. Dan seterusnya mabuk kuasa.
Malang memanglah tak dapat dielakkan. Tapi malang yang dicari sendiri biasanya mencalitkan hitam pada maruah sendiri serta kepahitan dalam diri. Mungkin itu juga merupakan pembalasan kepada orang yang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan tak ikhlas berterima kasih dengan apa yang mereka dapat sebelum itu. Mereka hanya mahu orang lain berubah dalam usaha untuk mengubahkan nasib mereka sendiri. Bukannya mereka yang mahu mengubah nasib mereka sendiri dengan seikhlas-ikhlasnya, dengan segala kemudahan yang ada dan tersedia.
Jika selalu mengharapkan segala-gala yang mudah, samapai bila-bila pun sukar mahu berubah.
Jadikanlah pengalaman lalu sebagai pengajaran berguna. Berguna untuk mengubah nasib dengan membuat pemilihan dan tindakan yang betul.
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan