Isnin, 1 Februari 2010

RAKYAT PERLU BERTENANG..!

Anwar Ibrahim Pictures, Images and Photos


Dalam perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan tuduhan meliwat, rakyat perlu bertenang. Tak perlu kecoh-kecoh. Tak perlu buat demonstrasi yang menyusahkan orang ramai.

Kenapa perlu diwujudkan huru-hara yang melampau hanya kerana seorang manusia? Apakah keuntungannya di sebalik tindakan yang menggambarkan kurang berilmu dan tidak berakal itu? Sehingga boleh mendatangkan akibat buruk pada negara, yang akhirnya bala itu akan tertimpa ke atas banyak rakyat yang cintakan kestabilan politik dan negara. Demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan keluarga.

Biarlah mahkamah yang bijaksana buat keputusan. Anwar pun telah banyak diberikan keistimewaan oleh mahkamah dengan mengikut segala kehendak dan kemahuannya. Jarang keistimewaan sedemikian yang dimiliki oleh rakyat biasa ataupun pembesar-pembesar negara yang lain sebelum ini. Mungkin mahkamah tahu apa dilakukannya.

Biarpun kes itu dianggap perprofil tinggi, tapi kita seharusnya menggunakan kewarasan akal masing-masing untuk menilaikannya. Jangan terlalu mengikut perasaan tersendiri atau terpengaruh dengan sesuatu desakan yang berkepentingan.

Hormatilah keadilan dan sayangilah negara kita yang aman dan makmur ini..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan