Antara cakap dan buat. Dua perkara (perbuatan) yang berbeza.
Orang yang tahu cakap, tak semestinya dia tahu buat. Manakala orang yang tahu buat, tak semestinya dia tahu cakap.
Tapi dalam zaman globalisasi ini agak berbeza. Manusia belajar tinggi-tinggi. Keluar masuk dua tiga universiti. Dan kononnya terbijak dan terpandai, kenapa ramai yang percayakan cakap daripada buat?
Pembangkang tak pernah buat apa-apa. Mereka cuma tahu cakap - hentam sana hentam sini. Kibar keburukan lawan di sana sini. Sebar keburukan pemerintagh merata tempat. Walaupun apa yang disebarkan itu belum tentu betul atau sahih. Dan tak ada apa-apa pengorbanan mereka pun kepada rakyat. Tapi kenapa orang yang kononnya bijak pandai itu percaya - sehingga hampir menumbangkan kerajaan pemerintah?
Sedangkan pemerintah telah buat sesuatu - derma surau itu RM100 ribu, derma masjid ini RM200 ribu. Buat projek itu berjuta-juta. Sama ada sebelum pilihan raya atau semasa nak diadakan pilihan raya kecil. Rakyat yang bijak terpandai masih tak terima juga. Pembangkang juga yang mereka terima. Walaupun pembangkang tak pernah bersusah nak keluarkan bajet untuk apa-apa projek sesuai atau terbaik untuk rakyat. Tapi mereka pandai cakap.
Tahniah buat pembangkang kerana tahu berpolitik mengikut peredaran masa. Tahu mengikut trend semasa sebagaimana kehendak rakyat. Sebab itu rakyat boleh terima.
Pemerintah, kalau masih berfikir cara lama, dan 'buat' cara lama tapi tak tahu 'cakap' untuk mempercayakan rakyat, atau asyik sumbang itu sumbang ini sebelum pilihan raya, yang nampaknya terlalu banyak 'sumbang' dari sumbangan, maka akan banyak lagilah negeri yang akan tumbang ke tangan pembangkang.
Ini menunjukkan cara pemikiran rakyat telah berubah. Rakyat hari ini tak mahu pemerintah (pemimpin) buat sesuatu untuk mereka. Tapi mereka mahukan pemerintah (pemimpin) yang pandai cakap atau mencari kesalahan orang lain.
Jadi pemerintah kena berubah. Kena ikut cara pembangkang. Cari isu kuat-kuat untuk burukkan pembangkang, ketidakadilan pembangkang, jika pemerintah nak kekal memerintah. Tak payah susah-susah dan kuat-kuat kerja fikirkan pembangunan untuk rakyat. Rakyat dah tak nak terima. Tak payah lagi bersidang bajet itu bajet ini. Buat buang masa saja.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
salam dan selamat memblog serta membalak
BalasPadamAssalamualaikum anakku,
BalasPadamMak Cik pun terfikir yang sama macam kamu. Pembangkang bercakap bercakap bercakap itulah yang mereka buat. Mata tajam memerhati apa yang BN Buat, tunggu nak hentam kalau silap. Langsung tak boleh salah sikit pun.
Lidah tajam untuk mengutuk, memperlekehkan, mengapi-apikan orang Melayu sesama Melayu. Cukup hebat pidato mereka menghentam bangsa mereka sendiri. DAP tersenyum, ikut sahaja mana Nizar pergi, mengangguk-ngangguk apa yang keluar dari mulut Nizar. Benar belaka.
Ikut sana sini, ke Mahkamah pun ikut. Beri sokongan supaya Melayu ini hentam Melayu lain. Kalau DAP buat nanti nampak sangat rasis pulak. Dia orang kata UMNO rasis. Salahkah UMNO berjuang untuk orang Melayu SAMBIL tak lupakan pada bangsa lain di Malaysia selama ini??
Mak Cik bersyurku, masih ramai golongan muda yang sedar hakikatnya, dibuka mata hati oleh Allah swt. Semoga Allah swt ampunkan dosa kita semua dan kita semua beroleh Rahmatnya yang berterusan.