Dalam kes Muhammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Perak sebagaimana yang diperintahkan oleh DYMM Sultan Azlan Shah:
Kata DatukNik Aziz (Menteri Besar Kelantan) : "MANUSIA SAMA SAJA"
Tindakan Muhammad Nizar mencabar keputusan Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatannya, bukan bentuk penderhakaan.
Katanya, dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak.
Kata Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) : "TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA"
Katanya, sesiapa saja yang tidak taat kepada pemerintah atau raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka. Dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah iaitu raja.
Oleh itu siapa yang berkata benar mengikut lunas-lunas Islam atau siapa yang berkata kerana ada kepentingan tersembunyi?
Fikir-fikirkanlah.
Ahad, 8 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
maaf. aku tak cukup bijak untuk bercakap tentang perkara yang aku tak tahu. ataupun betulnya langsung tak pernah ambil tahu.
BalasPadamselamat berblog!
dah tambah seorang lagi blogger dalam dunia blogging.
saudara akan terkesan..siapa yg ada kepentingan tersembunyi..?
BalasPadamkalau rajin cari n fikir2lah sendiri...
taatilah pemerintah yg benar2 berdiri di atas lunas Islam..
sekian...
aku kecewa dgn mereka yang taksub.
BalasPadambuku pelawat di laman web Dato' Harussani penuh dgn maki hamun oleh penyokong pakatan rakyat..
mereka lupa agaknya dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang ulul amri.