Skim cepat kaya, sama juga macam labu peram. Keuntungannya cuma gah pada cakap. Realitinya, penganjur yang untung. Pelabur pula yang menanggung penderitaan.
Namun kenapa masih ramai yang percaya? Kenapa masih ada yang berlumba-lumba untuk mencuba nasib dengan skim yang menyusahkan diri sendiri itu?
Hanya pelabur itu sendiri yang mengetahuinya.
Begitu dengan politik hari ini. Ia bolehlah diibaratkan seperti skim cepat kaya. Ramai yang terpedaya dan mempercayainya walaupun belum tentu ia membawa kebaikan kepada pengundi. Ramai yang sanggup (cuba) mengubah selera, meninggalkan parti yang benar-benar boleh membawa kemakmuran kepada rakyat, dan beralih serta memberi kepercayaan kepada parti ala skim cepat kaya itu.
Sudahnya? Pengundi sendiri yang yang menjadi mangsa. Kerana mudah terpedaya dan tergoda dengan janji-janji manis ala skim cepat kaya yang gah hanya pada cakap, hasilnya belum tentu.
Begitulah nasib rakyat (terutama Melayu) yang mudah tergoda dengana janji-janji manis ala skim cepat kaya. Sudahnya mereka yang merana dan menderita. Bahagia yang diharapkan pada politik skim cepat kaya, namun kesengsaraan juga yang menjengah tiba.
Yang untung penganjur politik ala skim cepat kaya. Yang rugi rakyat Melayu yang cuba ubah selera kononnya.
Begitulah Melayu tak pernah serik-serik menghulurkan kepala untuk dijadikan mangsa. Menghulurklan kepala untuk ditipu. Dan rela menyerah diri untuk diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang yang berkepentingan semata-mata.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Skin cepat kaya bagi UMNO/BN dan tidak bg pembangkang yg senantiasa dilihat oleh BPR/SPRM (beruk kerajaan) kenapa tak siasat najib yg keluarkan BOM C4 utk bunuh altantuya. Selaku menteri pertahanan. Takkan polis 2 ekor tu sahaja nak letupkan altantuya...bodoh rakyat yg tertipu oleh umno
BalasPadamkenapa tak siasat harta mat taib, khit toyo, najib, mahathir dll, wahai sprm takut ke? Takut pada Allah SWT & Malaikat lagi baik dari takut sesama makhluk ..... macam tak dok batu
BalasPadam