Sabtu, 20 Jun 2009

PENYELESAIAN KEMELUT MELAYU

Dari sudut mana sekalipun, kerjasama UMNO-Pas tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman kepada mana-mana kaum.

Apa yang ingin dicapai menerusi kerjasama itu ialah kesepakatan dalam mencari penyelesaian mengenai kemelut membabitkan orang Melayu.

Isu-isu seperti permasalahn agama, pengukuhan ekonomi Bumiputera, kebejatan sosial dan banyak lagi lebih mudah ditumpukan oleh pemimpin Melayu di bawah satu payung kesepakatan.

Idea kerjasama itu juga bertujuan merapatkan orang Melayu merentasi perbezaan ideologi politik seterusnya duduk dalam satu ruang kompromi.

Kaum lain perlu sedar, seandainya perpaduan antara Melayu rapuh, ia juga akan memberi kesan kepada kestabilan negara.

Ini kerana masyarakat Melayu merupakan kaum majoriti seterusnya menjadi tulang belakang kepada perpaduan negara.

Dalam erti kata lain, perpaduan yang utuh di kalangan Melayu juga menguntungkan kaum-kaum lain. Lalu mengapa mesti berasa curiga?

Sumber: Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan