Dalam situasi kini, perlu diingat, jangan samakan pemimpin BN/UMNO dengan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Perbuatan tak bermoral (sama ada politik wang, rasuah, salah guna kuasa) di kalangan ahli/ pemimpin BN/UMNO sama ada benar atau sekadar dakwaan pembangkang, ia tetap akan dinilai tidak bermoral dan bersalah oleh rakyat.
Manakala perbuatan tidak bermoral di kalangan ahli/pemimpin parti pembangkang (sama ada yang telah didapati berasalah oleh mahkamah atau dakwaan ahli/pemimpin BN/UMNO), ia sesungguhnya tetap sukar diterima rakyat kerana dianggap sekadar konspirasi politik BN/UMNO semata-mata.
Kenapa ada persepsi sedemikian?
Semuanya kerana kelemahan BN/UMNO dalam meyakinkan rakyat dengan perbuatan terkutuk parti pembangkang itu dan juga kelemahan ketara BN/UMNO dalam menangkis tohmahan-tohmahan parti lawan sehingga dapat diterima rakyat.
Sesungguhnya dalam mengatasi masalah yang sedemikian rupa, ternyata BN/UMNO tak sehebat pembangkang. BN/UMNO nampak sekadar sambil lewa dalam hal-hal sedemikian, tetapi akan kelihatan bersungguh-sungguh dalam soal perebutan jawatan dalam parti, yang mungkin lebih menguntungkan mereka. Sedarkah mereka, sebenarnya itulah juga antara kebencian rakyat kepada BN/UMNO.
Berdasarkan situasi kini juga, maka BN/UMNO perlu belajar dari kesilapan lalu. Calon BN/UMNO di Bagan Pinang mesti dipilih daripada mereka yang tak pernah tercalit dengan sebarang krisis moral sama ada didapati bersalam oleh parti atau mahkamah. Soal keinsafan dan kesetiaan kepada UMNO adalah soal lain.
Oleh yang demikian, sebagaimana kata Ketua Penerangan UMNO bahawa seseorang pemimpin yang pernah didapati bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika dia benar-benar insaf atas perbuatannya disamping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO, adalah sebenarnya tidak boleh diterima.
Nampak BN/UMNO masih tak mahu belajar daripada kesilapan lalu dan juga masih tak peka-peka dengan situasi semasa serta kehendak rakyat.
BN/UMNO masih memberatkan kehendak ahli daripada kehendak rakyat. Sedangkan rakyat yang menentukan parti mana yang memerintah, bukannya ahli. Tak guna popular di kalangan ahli parti, sedangkan tak bermakna di kalangan rakyat.
Mungkin hanya orang BN/UMNO saja yang boleh terima pemimpin sebegitu (yang pernah didapati bersalah politik wang dan telah insaf dan setia pada parti), namun bagaimana pula penerima rakyat rakyat?
Ingatlah, jika BN/UMNO masih mahu bernafas dan diterima rakyat, maka pilihlah calon yang bersih di mata rakyat. Bukannya calon yang dilihat sekadar bersih di mata ahli-ahli BN/UMNO.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan