Kurang ajar dan tidak tahu mengenang budi.
Itulah tanggapan yang sesuai bagi rakyat Indonesia yang sanggup bersusah payah mencaci dan menghina Malaysia disebabkan perkara yang remeh temeh dan mungkin mereka sendiri tidak pasti perkara sebenar yang marahkan itu.
Tidak cukup dengan membakar bendera Malaysia, mereka tergamak pula mengadakan sekatan jalan raya dengan bersenjatakan buluh runcing dan bertindak mahu menghalau rakyat Malaysia yang berada di negara mereka.
Tidak kiralah mereka itu diupah pihak-pihak tertentu atau sesiapa sekalipun, tetapi sikap mereka menunjukkan mereka adalah jenis manusia yang tidak berilmu dan amat sesuai digelar sebagai tidak bertamadun.
Terlalu besarkah dosa Malaysia, sehingga mereka sanggup bertindak sedemikian rupa, dan sehingga sanggup pula mereka melupa dan mengenepikan segala pengorbanan Malaysia selama ini yang banyak membantu rakyat Indonesia dengan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada mereka sehingga keluarga mereka dikampung mampu hidup senang atau mungkin mewah?
Mampukah Indonesia membnerikan kesenangan itu kepada rakyatnya? Jika mampu tentu tidak ramai rakyatnya sanggup meninggalkan keluarga mereka dikampung untuk mencari rezeki di Malaysia, walaupun ada yang sanggup menceroboh secara haram.
Bukan setakat itu saja, jika sebarang malapetaka yang berlaku di Indonesia, siapakah yang mula bergerak menghantarkan bantuan kalau hukan Malaysia? Malah sanggup beberapa agensi di Malaysia menubuhkan tabung-tabung tertentu untuk mengumpul wang yang akan dihulurkan kepada mangsa yang malang itu.
Kalau diperhatikan, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan yang lebih demi meneruskan kehidupan mereka yang lebih sempurna. Malah mungkin rakyat Malaysia sendiri pun tidak mendapat perhatian dan keistimewaan sebegitu.
Persoalan yang berkaitannya, terasa ingin bertanya, apakah bantuan yang pernah dihulurkan oleh rakyat Indonesia, termasuk pihak medianya jika berlaku malapetaka di Malaysia? Rasanya setakat ini ibarat jauh langit dari bumi. Jauh panggang dari api.
Sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia, seolah-olah segala bantuan dan pengorbanan Malaysia selama ini tidak bermakna dan berharga bagi mereka. Disebabkan hati mereka sentiasa diselubungi perasaan dengki dan iri hati dengan kelebihan Malaysia.
Adakah mereka menganggap pengorbanan Malaysia selama ini sebagai hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong? Sebenrnya mereka tak mengharapkannya, tapi Malaysia yang terhegeh-hegeh mahu berbudi?
Kita sering menyebut rakyat yang serumpun. Namun serumpun itu selama ini hanya bermakna jika ia menguntungkan rakyat Indonesia. Tersilap sedikit, tanpa segan silu Malaysia terus dicaci dan dihamun. Semuanya akan menjadi isu penting bagi rakyat Indonesia dengan egonya untuk mengganyang Malaysia. Semakin melampau, nyawa rakyat Malaysia pula mahu dijadikan pertaruhan.
Sampai bilakah Malaysia mahu menganggap semua yang berlaku itu sebagai masalah kecil dan perkara terpinggir dan sanggup pula mengungkap 'tidak menjejaskan hubungan dua hala'.
Nampaknya Malaysia terlalu banyak mengalah dan boleh dianggap sebagai tidak berperasaan walaupun dituduh dan dikutuk bermacam-macam. Mungkin Pak-Pak Menteri kita tak terasa demi kepentingan politik. Tapi kami rakyat yang sayangkan bangsa dan negara terasa amat terguris dengan sikap mereka.
Adalah dicadangkan agar segala bantuan dan kemudahan yang sedang berjalan untyuk membantu rakyat Indonesia dengan apa cara sekalipun, dihentikan dan dikaji semula. Selagi kerajaan Indonesia belum mampu mendidik dan mengajar rakyatnya tahu erti bersopan dan mengenang budi jiran yang terlalu banyak terhadap mereka selama ini.
Sesungguhnya kita manusia ini, sentiasalah cermin-cerminkan diri kita selalu dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri, sedangkan selagi kita masih perlu mengharapkan budi dan pengorbanan orang lain.
Tidak perlu kita ego dengan kekurangan dan kelemahan diri yang secara jelasnya akan menyerlahkan sikap bodoh sombong diri kita sendiri yang akan dipandang sinis oleh orang lain.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan