Isnin, 18 Mei 2009

BN TAK MINAT PENANTI

Tak sangka pulak aku kenapa BN tak minat nak cuba 'meminang' Penanti.

Agaknya Penanti bukan lagi anak dara. Dah bekas janda. Sebab itulah agaknya BN tawar hati. Hilang selera.

Atau BN dah dapat agak 'peminangannya' kali ini akan gagal juga setelah gagal memiliki Penanti sebelum ini.

Tak ada jawapan yang pasti. BN tak minat Penanti sebab takut peminangannya tak diterima atau sengaja nak lihat janda tu terlepas ke tangan orang lain yang juga sedara-mara suaminya dulu.

Apa-apa pun dah keputusannya begitu. Begitulah juga jawapannya.

Maka tak adalah jodoh BN dan Penanti. Mungkin lain kali ada jodoh mereka kot...

2 ulasan:

  1. Maka bermula permaianan PKR sendirian...tak dak orang yang sudi nak layan.....kesiannnnn.

    biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya

    BalasPadam
  2. Salam, TK bkunjung ke blog saya. Semoga kita diberi kekuatan utk terus bjuang.
    Kesian di Penanti, Anwar mau belash siapa? haha

    BalasPadam