Ahad, 21 Jun 2009

KENAPA DENGAN MELAYU..?

Kalau MCA dan Gerakan boleh bersatu dengan DAP untuk berbincang apa saja masalah yang berkaitan dengan kaum Cina, kenapa harus timbul penghalang jika UMNO dan Pas ingin duduk semeja demi nasib kaum Melayu/Islam yang kian berpecah dan merugikan Melayu sendiri?.

Kenapa perlu ada penentangan dalam Pas, sedangkan cadangannya lahir dari Pas juga?

Datuk Nik Aziz yang melontarkan penentangan yang teramat kuat. Katanya, dia tahu dan kenal siapa UMNO.

Mungkin dendam lama yang masih berbuku dalam hati Nik Aziz. Berbuku sehingga kini.

Dan kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, kenapa harus difikirkan kisah lama yang sudah berlalu. Kini BN/UMNO sudah bersilih ganti pemimpin.

Betul juga kata Timbalan Perdana Menteri itu. Mungkin apa yang telah berlaku dan berlalu itu ada sebab dan alasannya.

Apakah Nik Aziz tak mahu melihat perpaduan Melayu kembali bertaut? Kukuhnya pertautan Melayu bermakna akan kukuhlah juga perpaduan Islam di Malaysia.

Tapi tertanya-tanya juga apabila sesekali mengingati setiap kenyataan Nik Aziz, yang seolah-olah partinya hanya memperjuangkan hanya untuk Islam dan bukannya memperjuangkan untuk Melayu. Bagi Nik Aiziz, soal Melayu adalah soal UMNO.

Apakah bezanya antara Melayu dan Islam di Malaysia ini? Bukankah setiap yang berbangsa Melayu itu secara lagiknya mereka juga beragama Islam? Apa muslihat Tuk Guru itu sebenarnya..?

Allahualam.

2 ulasan:

  1. salam,

    semua keja DSAI..konfem kalo kjaan ppaduan terlaksana DSAI x kan dapat jadi PM!!

    BalasPadam
  2. salam,

    siapakah yg merosakkan perpaduan umat islam di malaysia? Siapakah pula yg menggoyahkan perpaduan melayu? semuanya kerana kepentingan pribadi.

    orang sebegitukah yg patut kita sokongan dan berikan kepercayaan? fikir2kanlah..!

    BalasPadam