Aku terima e-mel daripada seorang sahabat dari Kota Bharu, Kelantan.
Kata sahabat itu, kalau nampak pada situasi semasa, BN sukar nak menang pilihan raya kecil di DUN Manek Urai. Maknanya Pas akan kekal berkuasa di situ. Alasan yang diberikan oleh sahabat itu, kononnya rakyat Kelantan seronok di perintah oleh Pas (Pembangkang). Bagi mereka, ada banyak keistimewaannya bila negeri mereka dikuasai pembangkang.
Apakah keistimewaan yang dimaksudkan itu? Mari kita tatapi kiriman e-mel itu:
E-MEL:
Pengirim: Piut Tuk Janggut, Kota Bharu.
Salam sahabatku Z-May,
Apa yang aku lihat dari segala sudut, BN agak sukar mencapai kemenangan bukan saja pilihan raya kecil Manek Urai. Malah pada PRU 13 akan datang pun BN amat susah nak menguasai Kelantan.
Rakyat Kelantan sebenarnya seronok di perintah oleh Pas. Banyak keistimewaan yang mereka dapat dan mungkin akan dapat seterusnya. Bukannya keistimewaan yang diberikan oleh Pas, tapi pemberian segala sumbangan dari kerajaan Pusat.
Cuba bayangkan, bila ada sesuatu bencana yang menimpa rakyat Kelantan tak kira di kawasan pembangkang atau BN, selalunya wakil yang mula2 sekali akan menemui dan bersimpati dengan mereka ialah dari kalangan orang UMNO dengan memberikan sejumlah sumbangan dan berjanji akan berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pusat pula.
Selepas itu, datang pula wakil dari kerajaan negeri yang turut bersimpati dengan nasib mereka dan menderma sejumlah sumbangan.
Pendek kata, perebutan dua parti yang cuba memenangi hati rakyat di negeri itu, memberikan keuntungan kepada rakyat Kelantan, dan mungkin juga negeri2 lain yang dkuasai pembangkang.
Bermakna mereka telah mendapat simpati daripada dua belah pihak. Bukankah itu untung namanya? Kalau negeri yang dikuasa BN, hanyalah simpati daripada wakil BN saja.
Bukan itu saja, Kelantan walaupun diperintah oleh Pas, tapi ramai rakyatnya tetap mendapat tempat dengan menjadi bos di jabatan2 kerajaan, ramai yang dapat biasiswa kerajaan, dapat pinjaman kerajaan. Dan ahli2 kabinet dari Kelantan pun melebihi negeri lain yang dikuasai BN.
Negeri Kelantan yang dikuasai sekian lama oleh Pembangkang pun turut juga mendapat universiti, ada hospital pakar terbesar dan banyak lagi kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Pusat.
Anak2 Kelantan yang bekerja dengan kerajaan Pusat, GLC dan badan berkanun di serata negeri di Malaysia ini dengan pendapat yang agak baik dan lumayan banyak memberikan tempiasnya dalam pembangunan negeri Kelantan. Walaupun di Kelantan pembangunannya agak meleset sejak bertahun2 dahulu..
Begitulah antara 'keuntungan' rakyat di dalam negeri yang diperintah oleh pembangkang.
Tapi BN tak harus berputus asa dalam usaha untuk 'memiliki' Manek Urai, mahupun berkuasa di negeri Kelantan pada PRU 13 nanti. Usaha tetap usaha.
-Piut Tuk Janggut.
Z-MAY: Begitulah bertuahnya rakyat di negara yang bertuah ini. Keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk rakyat oleh pemerintah sebenarnya tidak pernah membezakan warna kulit serta apa jua kepercayaan dan pilihan politik mereka. Mereka yang rajin berusaha tidak mustahil akan berjaya. Dan mereka yang berjaya pula pasti akan memperoleh habuan dan peluang yang sememangnya disediakan oleh pemerintah.
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan