Khamis, 29 April 2010

CERMIN-CERMINLAH DIRI..!

MCA tak seharusnya menyalahkan pihak lain bila kaum Cina di Hulu Selangor masih lagi menolak BN.

Lebih malang bila MCA\mengaitkan 'masalah' itu dengan Perkasa. Apa kena mengena penolakan kaum Cina itu dengan Perkasa, yang dijadikan kambing hitam oleh MCA?

Kalau dikatakan disebabkan oleh perkasa, hinggakan kaum Cina di situ menolak BN. Bermakna MCA tetap juga gagal. Gagal dalam meyakinkan kaum Cina bahawa Perkasa tak ada kena mengena dengan BN. Dan bermakna juga PKR yang lebih mampu meyakinkan kaum Cina mempercayai mereka dan menolak BN.

Oleh itu, jika kita gagal mendidik anak-anak kita mendengar kata-kata kita, janglah disalahkan jiran kita yang bijak mendidik anak-anak mereka mendengar kata-kata mereka.

Dan oleh yang demikian, dalam apa keadaan sekalipun kita kenalah cermin-cerminkan diri kita sebelum menyalahkan orang lain dan dengan memberikan pelbagai alasan yang tak mampu diterima akal.

Selasa, 16 Mac 2010

BERKORBANLAH DEMI MCA DISUKAI KAUM CINA

ka ting Pictures, Images and Photos



Jika Ong Ka Ting sayangkan MCA, beliau seharusnya menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden parti itu. Begitu juga dengan Ong Tee Keat dan Soi Lek, jika kedua-duanya mahu melihat parti kaum Cina itu terus hidup dan menjadi pilihan rakyat, seharusnya kedua-duanya juga tidak bertanding.

Apa gunanya jika muka-muka lama terus bertanding dan dipilih oleh ahli-ahli perwakilan sedang ia bukannya hasrat sebenar pilihan rakyat. Nescaya MCA akan terus di takok lama dan tidak akan menjadi pilhan rakyat. Maka nasib yang serupa pada PRU12 tak mustahil akan berulang dalam MCA.

Berilah peluang kepada muka-muka baru untuk mengambil alih jawatan nombor satu dan dua dalam MCA. Mungkin itu yang sebenarnya diinginkan rakyat. Masing-masing harus berkorban demi parti dan rakyat. Utamakanlah kepentingan parti untuk rakyat daripada kepentingan diri, yang mengakibatkan MCA berterusan tidak menjadi pilihan kaum Cina.

Jika orang lama masih terus juga mahu bertanding, bersedialah untuk berdepan dengan masalah yang sama dalam MCA. Masalah sama yang memungkinkah kaum Cina akan terus menjauhi MCA, yang akibatnya turut ditanggung oleh komponen-komponen lain dalam Barisan Nasional.

Rabu, 10 Mac 2010

IRAMA LAMA YANG MENJIJIKKAN

Pembangkang terus mendendangkan lagu lama yang sudah lapok kononnya wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebenarnya dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

Walaupun pemimpin BN telah menafikannya, dan mereka juga tidak mampu menunjukkan segala bukti, namun mereka seolah-olah berterusan seronok dengan 'irama' itu untuk menghiburkan rakyat / pengikut-pengikutnya.

Sepatutnya pemimpin BN meminta mereka yang membuat tuduhan itu menunjukkan bukti jika benar wakil-wakil rakyat pembangkang itu telah dibeli. Bukti-bukti itu hendaklah ditunjukkan dalam masa tempoh tertentu. Jika mereka gagal berbuat demikian, menunjukkan mereka telah sengaja membuat/mereka-reka fitnah dan perlu meminta maaf secara terbuka dan perlu meletakkan semua jawatan dalam parti (termasuk sebagai wakil rakyat) sebagai tanda mereka bertanggungjawab. Jika tidak, mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral dan bermaruah serta 'mengotorkan' parti dan menjijikkan diri sendiri..

Khamis, 25 Februari 2010

APA KATA NIK AZIZ..?

Lim Kit Siang Pictures, Images and Photos

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan hukuman sebat ke tas tiga wanita Islam baru-baru ini, dengan menganggapnya sebagi memberi publisiti buruk kepada negara.

Kenyataan Kit Siang yang dibuat melalui portal pembangkang The Malaysian Insider bahawa hukuman sebatan ke atas tiga wanita itu kerana kesalahan seks haram mendatangkan publisiti buruk kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik.

Apa pula pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dengan kenyataan rakan dalam pakatan pembangkangnya itu?

Isnin, 15 Februari 2010

GURU: NASI BUNGKUS, PELAJAR GAGAL KUASAI 3M

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) banyak menerima aduan daripada guru yang menghadiri kursus atau latihan anjuran Jabatan Pelajaran negeri kini hanya dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari. Tidak lagi sebagaimana sebelum ini yang dihidangkan bufet ketika rehat dan makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus diadakan untuk menaik taraf profesionalisme guru," kata President NUTP, Hashim Adnan, yang yakin akibatnya pasti akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun janganlah sampai ke tahap yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," tambahnya.

Komen: Takkan kerana mengikuti kursus sehari atau dua hari dengan berbekalkan nasi bungkus boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar. Yang penting keikhlasan, kujujuran dan kesungguhan guru-guru untuk mendidik anak bangsa.

Janganlah perkara yang sedikit berkurangan pun terlalu berkira sangat. Niat yang suci lagi ikhlas perlu diutamakan.

Sementara itu, pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan banyak pihak.

Tan Sri Dr, Khoo Kay Kim berkata, puncanya mungkin guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan peperiksaan saja tapi tidak mendidik.

"Kelemahan sistem pembelajaran juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik," tambahnya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.

"Malangnya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika cuti sekolah," tambahnya.

Komen: Alahai.., apa kena mengenanya tiada rancangan yang kreatif di TV untuk menarik minat kanak-kanak dengan peranan yang perlu/patut dimainkan oleh para guru untuk mengelak wujudnya 60 peratus murid tahap satu yang tak tahu 3M itu?

Kalau ada pun rancangan seperti yang dibangkitkan itu, sekadar pembelajaran sampingan saja. Tak ada kena mengena dengan peranan guru. Atau semua murid tahun satu hanya kena menonton Tv dan tak memerlukan guru di sekolah?

Yang penting guru perlu tahu apa peranan dan tanggungjawab mereka. Jangan cuba menyalahkan dan mengaitkan pihak lain yang lebih-lebih lagi tak ada kena mengena sekadar untuk menutup kelemahan sendiri.

Sepatutnya sesudah 50 tahun lebih kemerdekaan, tiada masalah yang sedemikian rupa. Jika masing-masing tahu tannggungjawab, serta sedar dengan amanah yang dipikul.

Sabtu, 13 Februari 2010

BIARKAN PEMBANGKANG TERUS BERGOLAK..!

Memang sudah diagak. Bila apa-apa saja yang terjadi dalam kelompok pembangkang, mulalah terdengar tuduhan-tuduhan yang membabitkan UMNO.

Begitu juga dengan keluarnya DS Zahrain dari PKR, maka mulalah jarum-jarum fitnah menular kononnya itu kerja UMNO. UMNO yang punya perancangan.

Dulu kalau cerita menyalahkan UMNO ni memang sentiasa terpacaul dari mulu puak-puak Pas, bila sesuatu gejala berlaku dalam parti itu.

Kini perangai itu sudah menular kepada rakan sebantal mereka, DAP, yang sudah pandai menuduh UMNO ampunya angkara bila ada puak-puak PKR menentang sikap LGE.

Begitulah kalau apa yang kita buat dengan tidak secara jujur atau ikhlas. Jika ada apa-apa saja pergolakan berlaku dalam 'rumahtangga' kita, jari kita akan menuding ke muka orang lain. Semata-mata untuk menutup kelemahan diri.

Jadi, tak payahlah dihairankan dengan puak-puak yang suka cari kesalahan orang lain itu. Biar mereka terus bergolak sesama sendiri kerana masing-masing mabuk nak berkuasa.

Mana yang rasa ada tanggungjawab kepada rakyat tu, buatlah kerja masing-masing sebagaimana yang diamanhkan. Jangan asyik nak berpolitik, sehingga tak sanggup nak menerika qada dan qadar Tuhan.

Rabu, 10 Februari 2010

TAK HABIS-HABIS TUDUH UMNO RASIS

Bila ada saja isu yang berkaitan Melayu, akhbar-akhbar Cina mulalah melaung-laungkan UMNO rasis dan mempersendakan 1Malaysia.

UMNO dituduh rasis kerana menerajui BN. Dituduh rasis kerana membeza-bezakan untuk Melayu dan bukan Melayu.

Sama ada mereka itu bodoh atau bangang tak pastilah. Tapi mereka hanya tahu melalak tanpa mengetahui atau berpura-pura buat tak tahu demi kepentingan bersembunyi, bahawa semua yang dilakukan itu berdasarkan Perlembagaan, tanpa mengenepikan hak-hak bukan Melayu.

Dakwanya lagi, pemimpin bukan Melayu sendiri tak tahu nak jawab bila ditanya mengenai isu membeza-bezakan itu.

Itu menunjukkan betapa kurang ilmunya pemimpin bukan Melayu itu hingga tak termampu nak jawab dan memberikan alasannya. (Disebabkan pemimpin yang kurang atau tak berilmu itulah gamaknya sebilangan mereka disingkirkan kaumnya sendiri selepas PRU 13).

Malang UMNO mempunyai sahabat sedemikian rupaq akal fikirnya. Tempiasnya pada UMNO.

Kenapa tak dijelaskan, UMNO tak pernah rasis, kaum bukan Melayu di Malaysia bebas mencari dan mengumpul kekayaan sehingga berlambak-lambak, sehingga ramai yang menjadi hartawan dan juatawan. Malah bukan Melayu juga lebih ramai peratusnya yang hidup mewah dan bersenang lenang hidup mereka hasil kemakmuran Malaysia berbanding Melayu sendiri.

Kaum bukan Melayu juga bebas menuntut ilmu di universiti milik kerajaan dan ramai yang menjadi profesional kerana kemurahan hati kerajaan yang diterajui UMNO. Kaum mana yang ramai menjadi doktor? Kaum mana pula yang ramai menjadi peguam? Tak terfikirkan semua itu? Atau sengaja mahu dikuburkan semua itu kerena kepentingan politik melampau yang cetek dan ekstrem?

Jadi, apa silap dan salahnya UMNO? Kenapa masih dituduh rasis kerana memperjuangkan bangsa sendiri? Kaum-kaum lain masih ada MCA, MIC, Gerakan dan pelbagai lagi yang dberikan kemudahan dengan berperanan memperjuangkan nasib bangsa mereka. UMNO tak pernah menghalang pun.

Kenapa akhbar Cina suka sangat membangkitkan isu UMNO rasis ini? Ternyata mereka dipergunakan parti politik tertentu.

Kalaulah UMNO menjadi penghalang dan rasis, tentulah bangsa-bangsa lain tak mampu hidup mewah dan bersenang lenang di negara ini.

Maka, setiap percakapan perlulah bertapis. Jangan gunakan kuasa akhbar untuk mempengaruhi pembaca semata-amata disebabkan anda menyokong pembangkang.

Isnin, 8 Februari 2010

ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

Mahkamah telah membuat keputusan. Datuk Seri Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Kerana Sultan Perak membuat kuasa untuk melantik Datuk Seri Dr Zambry sebagai Menteri Besar, setelah mendapati Nizar hilang kepercayaan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak. Begitu keputusan majoriti hakim.

Sabtu, 6 Februari 2010

AWAS! MUSLIHAT MUSANG TETIBA BERTUKAR BULU..!

nik aziz Pictures, Images and Photos


Apa sebenarnya mimpi Datuk Nik Aziz yang tiba-tiba mengajak UMNO berbincang mengenai Islam dan tak mahu lagi UMNO bermusuh dengan Pas.

Sedangkan sebelum ini semua orang tahu tentang tuduhan Pas bahawa UMNO kafir (walaupun UMNO lebih banyak perjuangkan Islam dan membangunkan Islam di Malaysia). Apatah lagi setelah UMNO bergabung dengan MCA, MIC dan Pergerakan, maka makin lantanglah Nik Aziz menuduh UMNO kafir.

Tapi bila Pas bergabung dengan DAP (yang sememangnya tidak setuju negara ini sebagai negara Islam) tak ada pula kedengaran UMNO menuduh Pas kafir. Walaupun kelihatan Pas lebih banyak mengikut telunjuk DAP, sekalipun sanggup mengorbankan identitinya. Serta dengan sokongan Pas juga menyebabkan DAP dapat berkuasa di beberapa negeri

Tiba-tiba Nik Aziz mengubah fikiran. Ajak UMNO bincang mengenai Islam. DS Najb sendiri agak hairan dengan sikap Nik Aziz itu. "Macam cuaca. Berubah-ubah..." ujar DS Najib bila ditanya mengenai cadangan Mursidul Am Pas itu.

Kita tak pasti apa tujuan Nik Aziz. Tapi mungkin banyak sebab yang boleh dibuat andaian. Antaranya mungkin Nik Aziz mula sedar bahawa penyokong-penyoko ngMelayu/Islam mula beralih kepada UMNO setelah tidak senang dengan tindak-tanduk Pas dalam soal berkaitan Islam.

Begitu juga ia boleh dikaitkan dengan semakin ramainya Melayu/Islam beralih arah meninggal PKR( parti gabungan Pas) yang tidak banyak memperjuangkan Melayu/Islam dan mengenai pertuduhan Anwar Ibrahim di mahkamh.

Apa-apa pun, UMNO usah cepat teruja dan terpedaya serta bangga diri dengan 'pengakuan kalah' Nik Aziz itu.

UMNO harus sedar, musang tak akan mudah berubah bulu jika tiada muslihat untuk kepentingan dirinya.

Juga harus diingat dengan kata-kata DS Najib; "Pas adalah sebuah parti politik dan bukannya seperti pertubuhan Islam yang lain".

Jumaat, 5 Februari 2010

MAKI HAMUNLAH DIRI SENDIRI DULU..!

demonstrasi jalanan,  B.harian Pictures, Images and Photos



Kasian Saiful Bukhari dimaki hamun oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Macamlah Saiful sudah bersalah.

Tak payahlah kita memaki hamun orang lain, kalau kita juga ada kekurangan diri. Bertanyalah pada diri sendiri. Adakah pernah kita buat perkara yang tak elok sebelum ini?

Jawapannya kalau ada, itu menandakan kita manusia yang lemah. Tak terkecuali Anwar. Dia juga manusia biasa. Mungkin dia juga ada buat salah. Sebab itu Saiful saman dia.

Jadi, kalu kita yang tak tau apa-apa, cuma dengar cakap orang, atau cakap sebelah pihak saja, tak payahlah lebih sudu dari kuah.

Walaupun kita penyokong kuat seseorang, janganlah sampai dianggap penyokong bodoh yang membuta tuli. Penyokong yang boleh diberi atau diupah. Tak bermaruah namanya tu.

Kalau kita bermaruah, jangan bertindak membuta tuli. Jangan hanya percaya pada telinga, tapi percayalah pada mata. Kalau mata sendiri tak nampak, jangan terlebih nak tunjuk serba tahu pula.

Masing-masing kena banyak bersabar. Kita ada undang-undang. Biar undang-undang yang menentukan. Lagipun Anwar sudah banyak mendapat keistimewaan daripada mahkamah. Minta itu ini, rayu itu ini. Sudah jadi macam mahkamah itu Anwar yang punya pula .

Tapi tak mengapa, sebab semuanya mahu keadilan. Jadi kalau mahu keadilan, tunggulah keputusan mahkamah. Itu saja tonggak keadilan negara kita.

Jangan mudah maki hamun dan hina orang lain, disebabkan kita tidak duduk ditempatnya. Kalau itu terjadi kepada kita atau anak beranak kita, macam mana? Baru sedar langit tinggi rendah, bukan?

Fikir-fikirkanlah. Jangan terlalu ekstrem atau terlalu ortodok dalam sesuatu tindakan. Tak perlu kita mendahului mahkamah.

Gunalah akal yang Allah bagi itu dengan sebaik mungkin. Bukan berbuat sesuatu yang seolah-olah kita saja yang betul dengan sejuta kemungkinan.

Jangan terlau hipokrik yang menonjolkan kebodohan diri sendiri.

Malah kita juga perlu bertaubat, sebelum kita menjerit-jerit suruh orang lain bertaubat, kerana semata-mata sesuatu perbuatan atau tindakan orang lain itu tidak menyenangkan kita.

Kita juga tak perlu adakan rusuhan jalanan. Tak ada faedah langsung pun. Malah lagi menyusahkan banyak pihak. Buang masa dan memantkan diri saja. Tak berbaloi, kata orang.

Jangan kerana seorang yang sudah pun diberikan keadilan di mahkamah, ada pula pihak yang ambil kesempatan merusuh di jalanan.

Tolonglah... jangan lakukan lagi tindakan-tindakan bodoh yang membodohkan diri sendiri itu. Amat memalukan..!

Berapa ramai yang merusuh dan menjerit-jerit di jalanan? dan cuba fikir berapa pula yang mengutuk dan menghina anda yang melakukan kerja bodoh itu? Fikir-fikirkanlah dengan kepala hotak, bukannya kepala lutut..!

Rabu, 3 Februari 2010

DALANG KEGIATAN HARAM PATUT DITANGKAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah perang habis-habisan ke atas sindikit yang berkaitan dengan peyeludupan pasir haram di beberapa buah negeri. Sehingga ramailah yang tertangkap dan didakwa di mahkamah, termasuk orang kana politik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sungguh menghairankan kenapa penyeludupan pasir berlaku begitu mudah. Lori yang keluar masuk dengan muatan haram itu juga bergerak begitu mudah. Takkan mustahil pihak-pihak berwajib tidak menyedari atau terlepas pandang. Sedangkan sudah banyak kali laporan dibuat.

Tidak mustahil ramai lagi yang terlibat dengan kegiatan itu dan masih bebas. SPRM harus menyiasat dan menyelongkar hingga ke lubang cacing..

Begitu juga dengan berlakunya pembalakan haram di beberapa buah negeri. Kerja itu juga bukan mudah. Takkan perbuatan menebang balak dan pergerakan lori balak tidak dapat dikesan oleh pihak berwajib. Mesti ada sesuatu yang tidak kena sekiranya perbuatan haram itu masih berterusan.

Apa yang pelik, perbuatan korek pasir haram atau penebangan balak haram, apabila dikesan dengan kehadiran wartawan TV, pihak yang terlibat begitu berani menghulurkan rasuah kepada pihak berwajib. Tentu ada sesuatu yang tak kena jika mereka berani bersikap begitu. Adakah itu sudah menjadi kebiasaan sebelumnya?

Semasa pihak terbabit hulurkan rasuah kepada pihak berwajib, mereka tidak sedar yang perbuatan mereka diintip dan dirakam. Tapi pihak berwajib itu sedar dengan kehadiran TV.

Persoalannya lagi, adaklah senario drama 'hulur rasuah' itu berbeza semasa kehadiran kamera TV dengan semasa ketidakhadiran kamera TV.

Kalau setiap kegiatan haram yang berlaku dengan mudah dan menghairan ramai khalayak, tentu ada sebabnya. Antaranya mungkin ada pihak-pihak berwajib yang menjadi dalang dan turut terlibat dengan bersekongkol dengan lanun-lanun-lanun haram itu.

Selain pelaku kegiatan haram itu, mereka yang bersekongkol dan dalang-dalang tersebut seharusnya ditangkap dan turut juga dihukum.

SPRM seharusnya menyiasat dengan lebih bersungguh-sungguh lagi sehingga tertangkap dan terdakwanya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Isnin, 1 Februari 2010

RAKYAT PERLU BERTENANG..!

Anwar Ibrahim Pictures, Images and Photos


Dalam perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan tuduhan meliwat, rakyat perlu bertenang. Tak perlu kecoh-kecoh. Tak perlu buat demonstrasi yang menyusahkan orang ramai.

Kenapa perlu diwujudkan huru-hara yang melampau hanya kerana seorang manusia? Apakah keuntungannya di sebalik tindakan yang menggambarkan kurang berilmu dan tidak berakal itu? Sehingga boleh mendatangkan akibat buruk pada negara, yang akhirnya bala itu akan tertimpa ke atas banyak rakyat yang cintakan kestabilan politik dan negara. Demi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan keluarga.

Biarlah mahkamah yang bijaksana buat keputusan. Anwar pun telah banyak diberikan keistimewaan oleh mahkamah dengan mengikut segala kehendak dan kemahuannya. Jarang keistimewaan sedemikian yang dimiliki oleh rakyat biasa ataupun pembesar-pembesar negara yang lain sebelum ini. Mungkin mahkamah tahu apa dilakukannya.

Biarpun kes itu dianggap perprofil tinggi, tapi kita seharusnya menggunakan kewarasan akal masing-masing untuk menilaikannya. Jangan terlalu mengikut perasaan tersendiri atau terpengaruh dengan sesuatu desakan yang berkepentingan.

Hormatilah keadilan dan sayangilah negara kita yang aman dan makmur ini..!

Ahad, 31 Januari 2010

KENAPA PENIAGA MELAYU JADI MANGSA?

DAP Pulau Pinang dilihat tidak bijak bila bertindak merobohkan beberapa gerai milik Melayu, setelah mengambil alih kuasa pemerintahan di negeri itu.

Alasan yang diberikan di sebalik tindaklan itu ialah kerana gerai-gerai itu memiliki lesen sah.

Gerai-gerai itu ada yang sudah berpuluh-puluh tahun beroperasi. Ia tidak mengganggu lalu lintas dan menyusahkan orang ramai. Kalau tidak berlesen, kenapa tidak diberikan lesen untuk mereka terus berniaga di situ?

Sesdangkan banyak lagi gerai milik bukan Bumiputera yang berterusan beroperasi di tepi-tepi jalan yang didakwa mengganggu lalu lintas, mengotorkan serta menyebabkan longkang-longkang tersumbat tidak diambil tindakan.

Jika ada kelonggaran dan rasa timbang rasa kepada peniaga-peniaga bukan Bumiputera, kenapa tidak diberikan syarat dan tindakan yang sama kepada peniaga-peniaga Melayu yang sekadar untuk mencari makan dan menikmati sedikit rezeki di negeri itu?

Persoalan yang timbul adakah benar seperti yang didakwa oleh Dato' Seri Zahrain bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu seorang yang cauvinis, diktator dan berlainan rasa pada sesetengah kaum itu adalah benar, menjadikan punca tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu itu diambil?

Sepatutnya peluang kemenangan untuk memerintah Pulau Pinang oleh DAP digunakan dengan sebaik-baiknya dengan menjaga hati semua kaum yang telah memberi undi sehingga DAP berkuasa di negeri itu.

Andainya DAP berniat baik dan ikhlas terhadap semua kaum di negeri itu, dengan menunaikan janji-janji pilihan raya walaupun tidak sesempurna mungkin, tidak mustahil DAP akan terus berkuasa di negeri yang pernah dikuasai BN itu selepas pilihan raya akan datang.

Tapi persoalannya, kenapa DAP seolah-olah sengaja mahu menyakitkan hati kaum tertentu saja di negeri itu? Kalau masih ada dendam, kenapa kaum tertentu itu saja yang menjadi mangsa? Hanya DAP dan Lim Guan Eng saja yang tahu.

Isnin, 25 Januari 2010

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Orang yang terlebih dulu makan garam, pernah berpesan, berhati-hati sebelum bertindak. Gunakan akal dan fikiran yang waras. Apatah lagi jika sesuatu tindakan itu demi masa depan diri, agama, bangsa dan negara.

Ibarat kalau dengar guruh di langit, usah dengan mudah air di tempayan dicurahkan. Kekadang guruh yang berdentum itu tidak semestinya menjanjikan hujan yang lebat. Malah ada juga tak ada setitik hujan pun. Tapi itulah yang terjadi kepada sebilangan orang kita. Kerana dentuman janji yang kuat, maka ramai yang tergegar telinga hingga tak terdengar yang lain lagi.

Namun segala janji itu rupa-rupanya tin-tin kosong yang tak memberikan apa-apa makna, malah orang yang mempercayai dentuman guruh di langit itu pula yang semakin terpinggir, tertekan dan melihat bangsa dan agamanya telah diperkotak-katikkan..

Maka malang sungguh nasib orang-orang kita yang mudah terpengaruh buta itu. Sangka mereka, buang yang lama walaupun tidak menyusahkan sangat, dapat digantikan dengan yang baru yang akan menguntungkan mereka, agama dan bangsa mereka. Namun kerana mengharapkan yang terbaik dan terpengaruh pula dengan janji-janji manis yang menggunung, yang lama disingkirkan dan yang baru menjadi pilihan.

Namun yang baru itu tidak sebenarnya tidak bermakna langsung. Sudahnya, ada sebilang mereka malang pula yang menimpa. Diharap dapat menjadi pembela, tapi harapkan pagar, pagar yang membawa rebah. Mereka yang terpengaruh itu mula merasakan mereka tidak lagi dihargai. Malah nasib mereka sering pula tergugat dengan sikap (rasis?) kumpulan yang mereka pilih itu.

Begitulah malangnya orang kita. Harapkan yang terbaik, rupa-rupanya terseksa pula. Janji entah ke mana, namun kuasa kepentingan diri diutamakan.

Begitulah nasib orang yang bertindak tak ikut kewarasan akal. Perubahan yang diharap sudah pun didapati. Tapi perubahan yang yang makin menyusahkan hidup mereka sendiri serta diperkotak-katikkan pula. Yang berubah hanya kumpulan baru yang dipilih itu, dari miskin jadi kaya. Dari tak ada apa-apa dah dapat kuasa. Dan seterusnya mabuk kuasa.

Malang memanglah tak dapat dielakkan. Tapi malang yang dicari sendiri biasanya mencalitkan hitam pada maruah sendiri serta kepahitan dalam diri. Mungkin itu juga merupakan pembalasan kepada orang yang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan tak ikhlas berterima kasih dengan apa yang mereka dapat sebelum itu. Mereka hanya mahu orang lain berubah dalam usaha untuk mengubahkan nasib mereka sendiri. Bukannya mereka yang mahu mengubah nasib mereka sendiri dengan seikhlas-ikhlasnya, dengan segala kemudahan yang ada dan tersedia.

Jika selalu mengharapkan segala-gala yang mudah, samapai bila-bila pun sukar mahu berubah.

Jadikanlah pengalaman lalu sebagai pengajaran berguna. Berguna untuk mengubah nasib dengan membuat pemilihan dan tindakan yang betul.

Selasa, 19 Januari 2010

CAH KETING NIK AZIZ..?

Nik Aziz Pictures, Images and Photos


Tidak dinafikan 'cah keting' seperti yang didakwa Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memang wujud. Tapi cah keting atau cantas mencatas itu mungkin bukan untuk semua pemimpin Pas di Kelantan. Tapi ia ditujukan kepada Nik Aziz sendiri.

Mungkin ada yang cuba cah keting Nik Aziz, yang bertujuan untuk menyingkirkannya dari terus menerajui negeri Kelantan. Ini mungkin disebabkan beberapa masalah yang berbangkit sejak akhir-akhir ini, yang berkaitan dengan Nik Aziz yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Mereka yang cuba cah keting ini tidak berani berterus-terang untuk meminta Nik Aziz berundur. Mereka itu sama ada 'malu alah' atau mahu menjaga periuk nasi masing-masing menyebabkan tidak berani bersuara secara jujur. Tapi berselindung di sebalik gerakan cah keting itu.

Tapi bagi Nik Aziz pula, dia mengatakan cah keting itu berlaku dalam politik Kelantan secara keseluruhannya. Dia tidak melihat pada dirinya sendiri. Sama ada Nik Aziz sengaja menyembunyikan perbuatan cah keting itu ditujukan kepadanya itu kerana mahu menyembunyikan kelemahannya atau dia betul-betul tidak mengetahui komplot di sebalik cah keting yang mahu menjatuhkannya itu.

Pemimpin-pemimpin Pas lain pula yang memberikan pelbagai pendapat tentang cah keting itu juga, sama ada mereka mengetahui perkara sebenar atau sengaja berpura-pura tidak tahu mengenai cah keting yang ditujukan kepada Nik Aziz itu, tidaklah diketahui.

Bagaimanapun, Nik Aziz harus sedar bahawa dengan pelbagai 'peristiwa' berlaku yang berkaitan dengan pemerintahannya, telah banyak menjejaskan kredebilitinya sebagai ketua negeri, sama ada di mata rakyat atau di kalangan pemimpim Pas sendiri.

Selasa, 12 Januari 2010

SEMUANYA KERANA 'POLITIK TAIK KUCING'

Bukan Bumiputera mencabar hak-hak Bumiputera, meskipun sudah sedia termaktub dalam perlembagaan dan yang terbaru tuntutan pengamal agama kristian untuk menggunakan kalimah Allah dan telah diluluskan oleh mahkamah.

Itu antara isu yang tak pernah terjangka oleh orang Melayu/Islam di Malaysia.

Tapi semua itu terjadi disebabkan kelemahan kaum Melayu/Islam itu sendiri selepas PRU12 lalu.

Ini semuanya berpunca daripada politik cetek sesetengah pemimpin Melayu. Bergaduh sesama Melayu/Islam kerana kepentingan politik, dendam dan gila kuasa.

Melayu/Islam sesama sendiri bergaduh, menguntungkan bukan Melayu/Islam. Menggadaikan maruah Melayu/Islam kerana politik, menguntungkan bukan Melayu/Islam.

Kerana politik cetek minda dan politik dendam juga, sanggup memburuk-burukkan negara di mata dunia. Memburuk-burukkan pemimpin negara sendiri di mata dunia. Yang untung siapa? Orang luar. Dan yang rugi pula siapa? Sudah terang lagi bersuluh, tentulah rakyat negara sendiri!

Itulah politik Malaysia hari ini. Politik dendam, berkepentingan diri dan gila nak berkuasa. Dengan memburuk-burukkan negara dan pemimpin, pelabur tak sudi nak datang melabur. Hasil negara pun kurang. Rakyat hidup susah dan bertindak menukar pemimpin. Itulah yang pemimpin politik denxdam inginkan.

Itulah juga politik kotor. Politik busuk hati untuk mencapai kepentingan sendiri.

Secara kasarnya, itulah 'Politik Taik Kucing'. Sanggup menghidu busuk yang direka dan disebar sendiri tanpa rasa malu dan bersalah. Kepentingan diri diutamakan, biarlah rakyat menderita.

Entah sampai bilakah 'Politik Taik Kucing' ini akan berterusan? Mungkin setelah semua Melayu/Islam insaf tentang keterlanjuran mereka, dan kaum lain pula sedar diri dan insaf siapa diri mereka. Mungkin itulah antara jalan pemilihannya.

Ahad, 10 Januari 2010

BAKAR GEREJA UNTUNGKAN PEMBANGKANG

Kejadian membakar beberapa buah gereja yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, sebenarnya menguntungkan pembangkang. Pembangkang menggunakan isu itu dengan sengaja untuk memburuk-burukkan UMNO, kononnya parti orang Melayu itu yang terlibat dengan kejadian 'terhina' itu.

Itulah sikap pembangkang. Segala keburukan yang berlaku di negara ini, tohmahannya pasti tertumpu kepada UMNO. Kesempatan untuk meraihkan keuntungan politik murahan yang tidak bermaruah.

Pembangkang sebenarnya menggunakan apa saja kesempatan untuk menjatuhkan UMNO. Supaya bukan Melayu/ Islam bencikan UMNO.

Itulah sikap dan perbuatan jijik pembangkang yang menggunakan kesempatan untuk pentingkan diri secara tak bermaruah.

Semoga tidak ada rakyat yang mudah percaya. Segala keburukan yang berlaku kepada bukan Melayu/Islam di negara ini tidak seharusnya dikaitkan dengan UMNO. Kalau Umno itu jahat, maka sejak dari datuk nenek orang bukan Melayu /Islam lagi tentu tidak boleh hidup senang di negara ini.

Tapi semua itu sengaja diputar belitkan oleh pembangkang, yang tidak pernah sedikitpun berjasa kepada negara, apatah lagi rakyat di negara ini. Mereka hanya gunakan kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat. Bila semua itu berlaku, musdahlah mereka memainkan peranan tak bermoral untuk menukarkan pemerintahan.

Awsalah.., rakyat jangan mudah tertipu dengan politik murahan yang tak bermaruah dari pembangkang.

Jangan kerana mendengar berdentum-dentum guruh di langit, saluran paip air ke rumah segera dipotong. Berpijaklah di bumi nyata..!

Dengarlah segala yang nyata benar. Usah mendengar yang berputar belit dan berpura-pura.

Selasa, 5 Januari 2010

"KENAPA MASIH MAHU MENGEMBEK SESUDAH BERADA DI KANDANG HARIMAU?"

kambing Pictures, Images and Photos



Kebanyakan surat khabar Cina tidak berasa segan dan bersalah asyik menyiarkan artikel-artikel yang mempertikaikan dasar-dasar kerajaan apa yang sedia termaktub dalam perlembagaan.

Yang terbaru, sebuah akhbar Cina menyiarkan artikel yang mempersoalkan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina. Kata penulisnya, menghulurkan bantuan kewangan untuk perkembangan sekolah menengah Cina itu adalah lebih adil kepada masyarakat Cina yang merupakan golongan terbanyak membayar cukai.

Jika orang yang menulis itu sedar siapa dirinya dan begitu juga dengan akhbar itu, mereka tak seharusnya mengungkitkan sebegitu. Sebaliknya mereka sentiasa 'simpan' rasa terima kasih kepada 'kerajaan' (orang Melayu) yang menerima mereka dan kaum-kaum lain menjadi sebahagiaan daripada rakyat di negara makmur ini.

Itupun jika mereka sedar. Jika mereka masih juga mahu mengembek walaupun sudah berada di kandang harimau, maka mereka fikirlah sendiri.

Ada antara kita tak akan dapat semua apa yang kita mahu. Tetapi perlu bersyukur dan sedar dengan apa yang telah kita miliki. Jadi, selalu-selalulah cerminkan diri kita, walaupun kita benci dengan cermin yang mengejek muka kita!


Nota: Jika masih ramai kaum Cina terus terpengaruh dan mempercayai setiap yang dipaparkan di akhbar-akhbar Cina yang sentiasa mempertikaikan dasar-dasar kerajaan dan apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan, jangan harap kerajaan (BN) mampu menarik keyakinan masyarakat Cina pada PRU 13 nanti.

Ahad, 3 Januari 2010

ISLAM AGAMA RASMI NEGARA

PATUTKAH DIHAKIMI BUKAN ISLAM?

Khamais lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Alasannya ia ada hak dalam perlembagaan.

Sememangnya atas nama demokrasi, semua orang ada hak atas apa yang dia inginkan. Tapi pernahkan difikirkan soal sensitiviti kaum lain?

Tak perlulah dihuraikan tentang kalimah Allah yang memang selama ini digunakan oleh umat Islam. Semua manusia di muka bumi ini tahu mengenainya.

Hakim yang menjatuhkan hukuman pula, mungkin dia fikir itu tanggungjawabnya membuat keputusan. Sesuai dengan alasannya ia ada hak dalam perlembagaan.

Namun ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, antaranya, Malaysia sebuah negara Islam. Islam juga sebagai agama rasmi. Adakah sesuai 'pertikaian' mengenai kalimah Allah yang dituntut oleh selain dari agama Islam itu boleh dicabar atau dibicarakan di mahkamah sivil? Dan jika ia dibicarakan di mahkamah sivil, sedangkan ia berkaitan dengan agama Islam (agama rasmi negara), patutkah atau 'sesuaikah' ia dihakimi oleh seorang hakim bukan beragama Islam?

Sepatutnya persoalan di atas lebih awal dikaji oleh pihak-pihak berwajib sebelum melantik seseorang hakim dalam sesuatu perbicaraan, terutamanya dalam isu sebegini, yang berkaitan dengan agama rasmi negara.