Rabu, 25 Mac 2009

PERALIHAN MASA SUKAR

Secara kebetulan atau sudah ketentuan?

Walaupun apa pun jawapannya, peralihan jawatan Ketua Pemuda UMNO sejak berpindah tangan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan kini beralih kepada YB Khairy Jamaluddin, kedua-dua terpaksa bertarung pada masa kesukaran.

Pada masa Hishammuddin, beliau mengambil alih sebagai pemangku Ketua Pemuda UMNO selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melepaskan jawatan tersebut. Pada ketika itu boleh dikatakan penuh kegetiran, kerana UMNO berhadapan dengan krisis politik yang amat berat, selepas tercetusnya pelbagai masalah berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kini jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang oleh Khairy Jamaluddin, yang dijangkakan tugas barunya itu bukan mudah, apatah lagi beliau mewarisi kepimpinan Pemuda ketika tuntutan begitu mendesak bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO selepas PRU 12.

Apa-apa pun, sesiapa yang memberanikan diri untuk bertanding merebut apa juga jawatan, bermakna mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berkaitan dengan jawatan berkaitan.

Berjuanglah, dan realisasikanlah segala yang dirancangkan demi kebaikan bangsa, agama dan tanah air.

1 ulasan:

  1. saya bersetuju dengan pendapat saudara..UMNO hari ini menjadi tumpuan manusia hipokrit yang mengejar kebendaan semata-mata. Tidaklah semua yang bersifat begitu tetapi langkah manusia hipokrit di dalam UMNO yang akan merosakkan keseluruhannya. UMNO perlu ditransformasi sebetul-betulnya. Buangkan pemimpin yang bertuhankan helaian wang kerana pemimpin sebegitu harus dipetisejukkan sahaja.

    BalasPadam