Selasa, 31 Mac 2009

TENTANG GLC

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu, ada perwakilan yang menegur Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), yang didakwa tidak banyak membantu usahawan Bumiputera. Mungkin juga benar apa yang disuarakan itu.

Tetapi di sini ingin disentuh mengenai derma/sumbangan atau majlis amal yang kerap dilakukan GLC tertentu.

Sumbangan amal yang dilakukan oleh GLC adalah baik untuk membantu golongan yang memerlukan. Tetapi apa yang diperhatikan GLC tertentu hanya banyak beramal dan menyumbang di negeri-negeri tertentu sahaja. Keadaan itu berlaku mungkin CEO atau top men dalam GLC tertentu itu berasal dari negeri terbabit.

Apa yang diperhatikan juga, banyak sumbangan amal dari GLC tertentu, hanya tertumpu pada negeri-negeri tertentu yang diperintah pembangkang. Walaupun mungkin top-top men dalam GLC terbabit berasal dari berkenaan, namun rakyat negeri-negeri lain yang lebih memerlukan, perlu juga diberikan perhatian.

GLC sebagai syarikat yang dimiliki kerajaan pemerintah, seharusnya lebih berat tertumpu sumbangan mereka kepada neger-negeri yang diperintah kerajaan pemerintah. Kerana itu merupakan sebahagian pembalasan atau penghargaan kepada rakyat yang memilih kerajaan untuk terus memerintah di negeri mereka.

Walaupun GLC dikatakan tiada kaitan dengan politik. Namun dengan politik pemerintahlah GLC itu tertubuh. Orang yang berkenaan dalam GLC seharusnya juga selari dengan hasrat kerajaan dalam membantu rakyat yang menyokong kerajaan.

Nampak remeh, namun besar nilai dan manfaatnya kepada mereka yang tahu menilai dan mengenang budi.

Kerajaan seharusnya memantau keadaan tersebut.

Suara Bebas.

2 ulasan:

  1. Pada orang korporat mereka tidak menganut aliran politik tertentu. Mereka menganut fahaman ringgit adalah segalaya. They are blood suckers. They changes color according to their ringgit sense.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Sebenarnya tidak boleh dinafikan bhw ujudnya GLC ada kaitan dgn politik. Setuju dgn pendapat sdra, GLC sepatutnya memberi lebih bantuan kpd k'jaan dan rakyat yg menyokong k'jaan.

    BalasPadam