Rabu, 29 Julai 2009

BN/UMNO - JANGAN LAGI TERHEGEH-HEGEH..!

BN/UMNO, sudah-sudahlah melayan Nik Aziz dengan Pas dan Kerajaan Kelantannya itu. Jangan terlalu cepat terhegeh-hegeh nak berbaik dengan Pas, biarpun dia Islam. Tak layan Pas pun BN/UMNO boleh lebih daripada hidup.

UMNO sebenarnya lebih Islam dari parti yang menggunakan nama Islam. Itu adalah fakta. Cuma orang yang tak guna kewarasan akal dengan sempurna saja menolak atau menafikan fakta itu.

Tak guna andainya hari-hari bercakap fasal Islam. Tidur Islam. Makan Islam. Menguap pun Islam. Sedangkan segala perbuatan amat diragui tentang ketulenan Islamnya. Lebih baik tak selalu sebut Islam di bibir, tapi banyak perbuatan dan usaha ke arah membangu dan memajukan Islam. Bukti sudah banyak dan lebih dari mencukupi.

Biar Nik Aziz dengan Pasnya. Kalau ada apa-apa kenyataan daripada dia, jangan cepat nak menjawab. Jangan cepat nak hulur hidung yang tak mancung dan pipi yang tersorong-sorong itu.

BN/UMNO, jaga harga dirilah sikit. Nik Aziz tuk guru politik Pas tuduh macam-macam pun, masih juga terhegeh-hegeh nak hulur salam.

BN/UMNO buatlah kerja yang lebih penting dari itu. Daripada melayan mulut manis Nik Aziz ketika mengharapkan sesuatu dari Pusat itu, lebih baik BN/UMNO jaga dan tunaikan janji-janji pilihanraya di negeri-negeri yang BN/UMNO kuasai.

Jangan kerana nak pikat Kelantan dan rakyatnya yang sudah di'Pas'kan itu, negeri-negeri lain pula yang semakin banyak terlepas ke tangan pembangkang. Yang dikejar tak dapat, yang dkendung pula berciciran. Ayam terlepas tangan bau taik. Sakit boleh, malu pun boleh.

BN/UMNO kena ingat, rakyat Kelantan tak mahu pembangunan, sebab itu mereka pilih Pas. Sebab mereka bukan tak sedar yang Pas tak boleh beri apa-apa kepada mereka. Namun mereka pilih Pas juga. Jadi, kenapa BN/UMNO masih terhegeh-hegeh nak berikan pembangunan kepada Kelantan?

Adakah semua permintaan orang-orang UMNO Kelantan untuk rakyat Kelantan dianggap sebagai suatu permintaan yang teramat perlu dilayan, sedangkan sudah terbukti rakyat Kelantan terus menolak UMNO/BN?

Bukankah rakyat Kelantan lebih selesa dengan Pas? Kalau Pusat kurangkan sikit pemberiannya, mereka tak boleh kata apa.

Jangan Luncai terjun dengan labu-labunya, sudahh..!

Selasa, 28 Julai 2009

BERBELIT-BELIT LAGI... UMNO YANG TERBELIT..?!

Aku dah agak dah. Mesti timbul kes berbelit-belit punya. Yang peliknya, UMNO terlalu mudah dibelit dan dikelirukan. Haran sungguh aku.

Bukan saja berbelit-belit, timbul lag si mulut celupar dengan mulut terceluparnya.

Bukan Pas nak berbaik-baik dengan UMNO. Pergi jahanam dengan UMNO. Pedih tak telinga orang2 UMNO. Dah banyak kali dah macam tu. Telinga tebal kot.

Sebenarnya Kerajaan Kelantan nak berbaik-baik dengan kerajaan Persekutuan. Kena faham tu.

Tapi sedar ke dah nyanyok Nik Aziz? Kerajaan kelantan tu siapa? Bukankah Pas? Dan kerajaan Persekutuan tu siapa di dalamnya? Bukankah ada UMNO kat dalam tu..?

Pelik lagi, Nik Aziz kutuk UMNO tapi nak berbaik-baik dengan kerajaan persekutuan. Apa ke jadah tu...? Tak berbelit-belit ke u? Ke memang tuk guru selalu berbelit2? Sengaja nak kelirukan rakyat yang sebahagiaannya memang mudah dikelirukan..?

Sebab kerja tuk guru memang suka mengelirukan manusia2 yang mudah dikelirukan ke..?

Entah le labuuu...! Ada bangsa lunyai... ada agama gadai... ada otak mamai..!

Isnin, 27 Julai 2009

USAH TERKELIRU DENGAN MUSLIHAT..!

Aku rasa ramai pemimpin UMNO/BN terkeliru dengan kenyataan Nik Aziz yang mahu adakan perhubungan baik dengan Pusat. Itu sebenarnya kenyataan politik. Kenyataan untuk kepentingan parti.

Memanglah Nik Aziz nak berbaik dengan Pusat, sebab dia mengharapkan sumbangan Pusat untuk membangunkan Kelantan. Tak lebih dari itu.

Sekali lagi aku tekankan: Nik Aziz hanya nak berbaik dengan Pusat. Bukannya nak berbaik dengan UMNO/BN. Pemimpin UMNO/BN jangan mudah teruja dengan kenyataan Tuk Guru itu. Kena faham betul-betul. Bagi Nik Aziz, UMNO tetap kafir, bukan Islam.

Harap BN/UMNO kena faham betul-betul. Jangan mudah sangat dikelirukan oleh Nik Aziz yang penuh dengan madah berhelah ITU. Jangan kerana manisnya mulut, harta benda pusat semakin mencurah-curah ke Kelantan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang ddikendung keciciran.

Mungkin juga Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu kerana dia mula rasa yang Pas semakin kekurangan penyokong sebagaimana yang terbukti daripada PRK Manek Urai baru2 ini.

Apa-apa pun, pemimpin2 UMNO/BN usahlah mudah terpengaruh dan teruja sangat dengan sebarang muslihat di sebalik kenyataan yang sebegitu. Belajarlah dari pengalaman. Garam tetap garam. Sampai bila2 pun takkan menjadi gula.

Jumaat, 24 Julai 2009

NYALA LILIN CINA MATI VS NYALA LILIN HARI JADI

Nik Aziz tetap pertahankan Nizar sertai upacara nyala lilin sebagai mengingati kematian Beng Hock. Mana Nik Aziz nak ngaku salah walaupun apa yang orang2nya buat memang salah dari segi agama.

Yang pelik, Nik Aziz kaitkan acara itu dengan majlis nyala lilin dan hembus lilin sempena sambutan hari jadi yang sebilangan Melayu/Islam selalu buat.

Lepas tu Nik Aziz kaitkan pula Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja2 Mesir dan Iran (raja2 kafir) guna al-Quran dengan dengan DAP baca al-Quran.

Wahai Nik Aziz, nyala lilin sempena sambutan hari jadi bukannya nyala lilin meraikan kematian orang Cina. Tak sama tu.

Mengenai Nabi SAW tulis surat kepada raja2 kafir tu, adakah Nabi gunakan al-Quran atau tulisan arab? Kena perjelaskan dengan betul.

Jakim atau pakar2 Islam juga kena perjelaskan kepada rakyat. Jangan asyik membisu saja setiap kali ulamak Pas keluarkan kenyataan yang berkaitan agama. Rakyat mahu tahu hukum-hakam sebenar. Usah dibiarkan sesuatu itu dikelirukan oleh mereka yang berkepentingan politik.

Rabu, 22 Julai 2009

TUNGGULAH KEPUTUSAN

Wahai tuan dan puan sekelian
pihak pembangkang yang budiman
cuba-cuba jangan berlebihan
kenapa harus dibuat sebarang tohmahan.

Tunggulah siasatan sedang dijalankan
untuk mencari punca dan kebenaran
jangan mudah meletakkan sebarang kesalahan
selagi tidak diketahui sebarang jawapan.

Jangan kerana kematian orang pembangkang
BN/UMNO pula dituduh sebagai perancang
kerana dendam yang sentiasa bersarang
sehingga terluah isu perkauman yang tegang.

Yang mati itu tetap mati
kita semua memang bersimpati
jangan yang hidup buat sesuka hati
macam nak huru harakan negara sendiri.

Insaf-insaflah kepada semua
usah isu perkauman menjadi bara
tersilap nanti timbul musibah dan bala
adakah semua itu yang kita suka?

Fikir-fikirlah gunakan otak
jangan jadi seperti sang katak
pantang hujan dan air becak
mulalah bising menguak-nguak..!

Ahad, 19 Julai 2009

PEMIMPIN UMNO KENA 'SEKOLAH'

Cadangan TPM untuk mengadakan latihan khas kepimpinan UMNO memang kena pada masanya.

Sebenarnya sebilangan mereka itu tidak tahu erti sebenar apa tujuan mereka masuk UMNO dan jadi pemimpin pula. Mereka ingat masuk UMNO sebab nak jad wakil rakyat saja. Lain-lain hukum-hakam dalam UMNO mereka tak ambil peduli. Tak ambil tahu.

Memang patut benarlah mereka dihantar ke 'sekolah' semula. Tajamkan minda mereka dengan erti ketajaman sebenar yang dimahukan oleh UMNO.

Disebabkan mereka tak tahu tujuan sebenar mereka berada dalam UMNO, maka sebab itu bila pembangkang tuduh macam-macam, mereka tak berani nak jawab.

Cuma yang berkaliber saja yang berkemampuan menolak segala tuduhan melulu pembangkang. Jadi seboleh-bolehnya semua pemimpin UMNO biarlah berkaliber..!


BN BANTAH UNDI MANEK URAI

Ada dakwaan kononnya pengiraan undi PRK Manek Urai tak betul. Sepatutnya kelebihan undi berpihak kepada BN/UMNO.

Alahai.., selepas keputusan undi baru nak berkokok pula.

Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, ke mana perginya wakil BN/UMNO? Sekadar kerja lepaskan batuk di tangga atau tak tau buat kerja? Atau sabotaj parti sendiri?

Itulah antara punca-punca kelemahan BN/UMNO, suka ambil mudah dan sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh parti lawan.

Nampaknya BN/UMNO tak pernah serik-serik. Tak pernah nak berubah.

Janganlah suka ambil mudah dengan memberikan kepercayaan kepada orang-orang yang tak tau buat kerja, bercakap lebih tapi kerja entah apa-apa.

Lebih penting, elakkan memberikan kepercayaan kepada orang-orang yang kurang berilmu, yang hanya lebih pada borak..! Itupun kalau BN/UMNO benar-benar nak berubah dan terus bernyawa di muka bumi bertuah ini..!

Kalau tidak, hentam sajalah labuuuu..!!!

Sabtu, 18 Julai 2009

PAK LAH BERSUARA

Pak Lah kata, tak payah ada lagi ISA. Tapi adakan satu undang2 lain yang lebih kurang sesuai macam ISA.

Ek eleh... bersuara pulak Pak Lah fasal ISA. Masa Pak Lah jadi PM dulu kenapa Pak Lah tak ubah? Masa tu takkan tak ada masa kan..?

Pelik kan..?

Rabu, 15 Julai 2009

KERANA MUA ATAU AMBIL KESEMPATAN..?

Walaupun Pas menang tipis di Manek Urai, tapi Pas tetap menang. BN/UMNO tetap kalah. Kesimpulannya, rakyat Kelantan tetap tolak BN/UMNO. Mereka lebih selesa dengan Pas.

Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan rakyat Kelantan amat mua. (Atau sememangnya sengaja ambil kesempatan?). Walaupun BN/UMNO gagal menakluki Kelantan, tapi kerajaan Pusat yang diterajui UMNO tetap membela/membantu Kelantan. Memberikan peruntukan yang agak banyak bagi Kelantan. Mungkin negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh BN/UMNO pun tak dapat peruntukan sebanyak itu.

Janji nak bagi universiti jika BN/UMNO menang. Tapi BN/UMNO kalah pun Kelantan dapat universiti juga.

Apa lagi yang Kelantan tak dapat? Apa yang ada di negeri2 yang dikuasai BN/UMNO, di Kelantan pun ada. (Mungkin lebih?). Kerajaan Pusat yang bantu dengan cadangan janji2 manis orang-orang kuat UMNO Kelantan. Macam mana orang Kelantan tak mua?

Walaupun Nik Aziz kutuk macam-macam pada UMNO, namun parti Melayu yang menerajui kerajaan Pusat itu tetap selesa membantu Kelantan.

Yang peliknya, ahli2 UMNO termasuk orang2 kuat UMNO di Kelantan, taklah berapa garang menentang dan membantah sikap celupar Pas itu. Tak tau kenapa, mereka semacam takut nak menentang balik, sama ada sebab tak tau nak cakap atau tak tau fakta atau mungkin mereka tak tau kenapa mereka masuk UMNO(?).

Mungkin agaknya merasa disebabkan orang-orang UMNO tidak berapa cerdik (bukan bodoh), maka Nik Aziz semakin galak dan seronok mengutuk dan memperlekehkanUMNO.

Apa-apa pun, dengan kegagalan BN/UMNO menguasai Kelantan selama 20 tahun, adalah kesilapan percaturan UMNO sendiri.

Di Kelantan sudah banyak umpan dacing ditabur, tapi ikan di situ tetap suka bulan. Kekadang tukang2 pancing itu yang syok sendiri. Bukan ikan2 di Kelantan saja, malah ikan2 yang merantau pun pulang tetap pilih bulan.

Sesungguhnya jika Kelantan inginkan perubahan, dan BN/UMNO pula ingin menguasai Kelantan pada PRU 13 akan datang, bukan sekadar rakyatnya saja yang perlu berubah, malah BN/UMNO sepatutnya terlebih dahulu kena banyak berubah. Jika perlu orang-orang kuat UMNO di Kelantan juga perlu diubah dengan erti kata sebenar.

Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin kenalah fikir dan pantau dengan sebaik-baik dan sebijak mungkin jika bercita-cita mahu 'memiliki' Kelantan semula.

Selasa, 14 Julai 2009

UMNO/BN MASIH NAK TERHEGEH-HEGEH..?

Akhirnya Pas berjaya mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi.

Dari segi pertandingan, Pas menang. Dari segi moral, UNMO/BN juga menang. Kerana berjaya menambah majoriti berbanding PRU 12 lalu.

Apa-apa pun Pas tetap menang. Rakyat Manek Urai (Kelantan) mash tetap menolak UMNO/BN. Makna rakyat Kelantan tetap menolak pembangunan.

Kalau rakyat Kelantan tetap menolak UMNO/BN, tentulah tidak bermakna andainya Pusat berterusan membantu pembangunan Kelantan. Kalau orang sudah tidak mahu, kenapa perlunya UMNO/BN (Pusat) masih terhegeh-hegeh menghulur? Biarlah mereka jatuh bangun dengan kerajaan Pas Kelantan. Itu yang mereka mahu.

Dari segi maruah, tentu akan tercalar maruah UMNO/BN jika masih terhegeh-hegeh memberi kepada orang yang sudah seda maklum menolaknya.

Pas juga tidak bermaruah sekiranya terus meminta daripada kerajaan Pusat, sedangkan UMNO yang menerajui kerajaan Pusat sering didakwa kafir dan bukan Islam. Relakah kerajaan Pas Kelantan yang begitu Islam menerima dan memakan hasil pemberian UMNO/BN yang kafir..?

UMNO/BN sepatutnya terus menjaga dan menunaikan janji-janjinya di kawasan yang mereka telah menang. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran.

Apa gunanya ada pertandingan. Jika yang kalah masih juga menerima habuan. Sedangkan yang menang dilupakan.

UMNO/BN harus jaga kawasan/negeri yang telah dimenanginya. Agar tidak akan terlepas pada masa akan datang.

Apa gunanya UMNO/BN berkuasa, jka tidak berkuasa menjaga kawasan/negeri yang menjadi miliknya. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah, sudahlah..!

Kekadang terfikir, beruntung sebenarnya menjadi manusia di kawasan (negeri) yang dimenangi pembangkang. Jika berlaku sebarang petaka, manusia di situ selalunya akan menerima dua habuan (bantuan), iaitu habuan daripada UMNO/BN dan habuan daripada pembangkang.

Sedangkan kawasan (negeri) yang dikuasai UMNO/BN, selalunya akan menerima habuan (bantuan) daripada UMNO/BN saja. Betul tak..?

Risau juga andanya semakin banyak kawasan (negeri) yang bakal jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya akan datang(?). Andainya ramai yang berfikirkan begitu.

Namun nampak pada gayanya sehingga setakat ini, UMNO/BN yang diterajui DS Najib Tun Razak telah berjaya menarik kembali keyakinan dan kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kerajaan.

Semoga rakyat terus membuka mata dengan keupayaan UMNO/BN memerintah negara, sementara pemerintah pula teruskanlah mengupayakan sesuatu yang boleh menyenangkan rakyat sebagaimana dengan selogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan serta bersama kta galaskan gagasan 1Malaysia.

Khamis, 9 Julai 2009

SIAPAKAH YANG SESAT DAN DISESATKAN..?

Selain terus mengulangi dakwaan UMNO sesat, Nik Aziz turut menyebut 'menate' (binatang) bagi mengaitkan UMNO dengan pahala yang tidak mungkin diberikan Tuhan.

Sesungguhnya manusia yang waras akalnya yang lahir sempurna di bumi Malaysia ini, dapat tafsirkan sendiri siapakah yang sesat dan siapakah yang layak dikaitkan dengan 'menate'.

Jangan kerana politik, kita sanggup menyesatkan akal fikiran sendiri. Semoga dilindungi Allah daripada segala kelaknatannya.

Sempurnakah Islam seseorang itu jikalau di mulutnya asyik menghasut, memfitnah serta menyebut perkataan2 yang tak baik terhadap sesama Islam/ manusia yang menyembah Allah?

Islamkah seseorang itu, di mulutnya sering menguar-uarkan kononnya dia dan orang2nya berada di jalan Allah, sedangkan pada masa yang sama dia memecah belahkan sesama umat Islam dan bersekongkol dengan mereka yang jelas lagi nyata menentang Islam demi untuk menumbangkan pemerintahan Islam kerana ketamakan politik?

Islamkah seseorang itu kalau setiap hari sekadar bercakap fasal Islam, sedangklan dalam masa yang sama, dia sebagai pemimpin Islam tidak berusaha memajukan rakyat dengan kemajuan Islam dengan erti kata sebenar atau menyeru bukan Islam seraqmai mungkin sehingga tertarik kepada Islam? Bukan setakat bukan Islam menjadi penyokong, tapi mereka tertarik dan menyokong diri sendiri untuk memeluk Islam dengan penuh keikhlasan.

Manusia yang dikurniakan dengan kewarasan akal oleh Allah, seharusnya mampu memikirkan apa yang didengar atau yang dilihat dengan sesempurna mungkin.

Seharusnya manusia yang sempurna akal itu mampu menilai dengan mempercayai atau menolak apa yang didengar atau dilihat sendiri itu dengan penilaian sesuatu itu dengan sesempurna mungkin. Dengan tidak menipu akal fikiran mereka sendiri, sebelum akal yang sempurna itu ditarik balik oleh Allah yang Maha Mengetahui.

Jangan kerana ketaksuban melulu, kita ketepikan pemikiran akal kita yang sempurna itu dengan menokoh tambah dosa yang sedia ada.

Allah menyediakan akal yang sempurna untuk manusia yang sempurna, supaya dapat memikirkan segala yang sempurna. Menipu akal sendiri, maknanya manusia itu tidak sempurna akalnya.

Isnin, 6 Julai 2009

KETEPIKAN RETORIK

PILIHLAH YANG WAJAR

Aku setuju tulisan Datuk Ibrahim Ali di bawah tajuk Retorik 'membangun bersama Islam' (Utusan Malaysia 6 Julai 2009) mengenai kegagalan Pas membangunkan Kelantan sebagai Negeri Islam, sebagaimana yang Pas uar-uarkan setiap kali pilihan raya.

Katanya, sejak 20 tahun lalu, semuanya hanya retorik bukannya realiti. Bertindaklah sekarang demi kemajuan bersama.

Tulisan beliau itu ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai, yang bakalmendatang, yang menyeru agar para pengundi membuat pilihan yang betul dan tepat.

"... calon yang wajar diberikan sokongan dan kemenangan hendaklah dikaji daripada sudut kemampuan partinya untuk membawa pembangunan fizikal kepada rakyat.

Rakyat Kelantan perlu bertindak sekarang. Kalau dalam PRU 12, rakyat bertindak menyedarkan Barisan Nasional supaya jangan asyik terlena, di Manek Urai kita sedarkan Pas bahawa mandat rakyat jangan dipersia-siakan,".

"Tindakan ini perlu terutamanya bila situasi mutakhir ini menyaksikan agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan kestimewaan orang Melayu sedang diganggu-gugat oleh sesetengah phak. (Sumber Utusan).

Para pengundi perlulah ada kesedaran dengan kewarasan akal fikiran. Tidak seharusnya
perlu diketepikan kebenaran yang tersurat dan tersirat.

Jumaat, 3 Julai 2009

WACANA NAK MENGENA..?

Ketua Pemuda Pas mengajak Pemuda UMNO berwacana dengan tajuk, 'Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam'.

Nampaknya tajuk yang dicadangkan itu sengaja nak mengenakan UMNO atau sengaja nak mencari salah atau sengaja nak mengelirukan rakyat yang kononnya UMNO tidak perjuangkan Islam. Juga untuk mencari keuntungan murahan dengan meraih sokongan sebilangan pengikut Pas yang sememangnya pak turut.

Tajuk wacana itu itu juga sebenarnya sengaja nak menutup kelemahan Pas dalam memperjuangkan Islam.

Pas memang selalu bercakap mengenai Islam, tapi apakah sebenarnya Pas telah lakukan untuk membangunkan Islam di Malaysia? Adakah dengan mengatakan UMNO kafir atau mengutuk dan memburukkan orang-orang UMNO itu bermakna sudah afdal perjuangan Pas ke arah keIslaman?

Kalau ada kejujuran, kenapa tak diadakan wacana yang bertujuan untuk membangun dan memperkukuhkan perpaduan umat untuk kestabilan negara?

Apa-apa pun, apa kata selepas ini diadakan pula wacana dan tajuk cadangannya disediakan oleh UMNO pula. Cadangan tajuk ialah ' ISLAMKAH PAS YANG BERSEKONGKOL DENGAN DAP YANG JELAS LAGI NYATA MENOLAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MENUMBANGKAN NEGARA ISLAM YANG SEDIA ADA?".

Agak-agaknya Pemuda Pas setuju tak..?

Nota: Amat setuju dengan tulisan Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com). Katanya, Pas tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud jika isu pusat penyembelihan babi dan kuota pembeli rumah saja sudah ditentang oleh DAP.

"Soalnya Pas tahu hakikat itu, Nik Aziz tahu DAP tidak mahu negara Islam, Hadi tahu DAP tak mahu hukum Hudud tetapi mengapa Pas tetap terus kerjasama dengan DAP dan PKR?

Jika seseorang mengundi Pas bermakna mereka juga memberi undi kepada DAP. Secara tidak langsung mengundi Pas boleh jatuh berdosa kerana seolah-olah kita tidak mahu menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud."

Fikir-fikirkanlah..!