Rabu, 15 Julai 2009

KERANA MUA ATAU AMBIL KESEMPATAN..?

Walaupun Pas menang tipis di Manek Urai, tapi Pas tetap menang. BN/UMNO tetap kalah. Kesimpulannya, rakyat Kelantan tetap tolak BN/UMNO. Mereka lebih selesa dengan Pas.

Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan rakyat Kelantan amat mua. (Atau sememangnya sengaja ambil kesempatan?). Walaupun BN/UMNO gagal menakluki Kelantan, tapi kerajaan Pusat yang diterajui UMNO tetap membela/membantu Kelantan. Memberikan peruntukan yang agak banyak bagi Kelantan. Mungkin negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh BN/UMNO pun tak dapat peruntukan sebanyak itu.

Janji nak bagi universiti jika BN/UMNO menang. Tapi BN/UMNO kalah pun Kelantan dapat universiti juga.

Apa lagi yang Kelantan tak dapat? Apa yang ada di negeri2 yang dikuasai BN/UMNO, di Kelantan pun ada. (Mungkin lebih?). Kerajaan Pusat yang bantu dengan cadangan janji2 manis orang-orang kuat UMNO Kelantan. Macam mana orang Kelantan tak mua?

Walaupun Nik Aziz kutuk macam-macam pada UMNO, namun parti Melayu yang menerajui kerajaan Pusat itu tetap selesa membantu Kelantan.

Yang peliknya, ahli2 UMNO termasuk orang2 kuat UMNO di Kelantan, taklah berapa garang menentang dan membantah sikap celupar Pas itu. Tak tau kenapa, mereka semacam takut nak menentang balik, sama ada sebab tak tau nak cakap atau tak tau fakta atau mungkin mereka tak tau kenapa mereka masuk UMNO(?).

Mungkin agaknya merasa disebabkan orang-orang UMNO tidak berapa cerdik (bukan bodoh), maka Nik Aziz semakin galak dan seronok mengutuk dan memperlekehkanUMNO.

Apa-apa pun, dengan kegagalan BN/UMNO menguasai Kelantan selama 20 tahun, adalah kesilapan percaturan UMNO sendiri.

Di Kelantan sudah banyak umpan dacing ditabur, tapi ikan di situ tetap suka bulan. Kekadang tukang2 pancing itu yang syok sendiri. Bukan ikan2 di Kelantan saja, malah ikan2 yang merantau pun pulang tetap pilih bulan.

Sesungguhnya jika Kelantan inginkan perubahan, dan BN/UMNO pula ingin menguasai Kelantan pada PRU 13 akan datang, bukan sekadar rakyatnya saja yang perlu berubah, malah BN/UMNO sepatutnya terlebih dahulu kena banyak berubah. Jika perlu orang-orang kuat UMNO di Kelantan juga perlu diubah dengan erti kata sebenar.

Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin kenalah fikir dan pantau dengan sebaik-baik dan sebijak mungkin jika bercita-cita mahu 'memiliki' Kelantan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan