Rabu, 29 Julai 2009

BN/UMNO - JANGAN LAGI TERHEGEH-HEGEH..!

BN/UMNO, sudah-sudahlah melayan Nik Aziz dengan Pas dan Kerajaan Kelantannya itu. Jangan terlalu cepat terhegeh-hegeh nak berbaik dengan Pas, biarpun dia Islam. Tak layan Pas pun BN/UMNO boleh lebih daripada hidup.

UMNO sebenarnya lebih Islam dari parti yang menggunakan nama Islam. Itu adalah fakta. Cuma orang yang tak guna kewarasan akal dengan sempurna saja menolak atau menafikan fakta itu.

Tak guna andainya hari-hari bercakap fasal Islam. Tidur Islam. Makan Islam. Menguap pun Islam. Sedangkan segala perbuatan amat diragui tentang ketulenan Islamnya. Lebih baik tak selalu sebut Islam di bibir, tapi banyak perbuatan dan usaha ke arah membangu dan memajukan Islam. Bukti sudah banyak dan lebih dari mencukupi.

Biar Nik Aziz dengan Pasnya. Kalau ada apa-apa kenyataan daripada dia, jangan cepat nak menjawab. Jangan cepat nak hulur hidung yang tak mancung dan pipi yang tersorong-sorong itu.

BN/UMNO, jaga harga dirilah sikit. Nik Aziz tuk guru politik Pas tuduh macam-macam pun, masih juga terhegeh-hegeh nak hulur salam.

BN/UMNO buatlah kerja yang lebih penting dari itu. Daripada melayan mulut manis Nik Aziz ketika mengharapkan sesuatu dari Pusat itu, lebih baik BN/UMNO jaga dan tunaikan janji-janji pilihanraya di negeri-negeri yang BN/UMNO kuasai.

Jangan kerana nak pikat Kelantan dan rakyatnya yang sudah di'Pas'kan itu, negeri-negeri lain pula yang semakin banyak terlepas ke tangan pembangkang. Yang dikejar tak dapat, yang dkendung pula berciciran. Ayam terlepas tangan bau taik. Sakit boleh, malu pun boleh.

BN/UMNO kena ingat, rakyat Kelantan tak mahu pembangunan, sebab itu mereka pilih Pas. Sebab mereka bukan tak sedar yang Pas tak boleh beri apa-apa kepada mereka. Namun mereka pilih Pas juga. Jadi, kenapa BN/UMNO masih terhegeh-hegeh nak berikan pembangunan kepada Kelantan?

Adakah semua permintaan orang-orang UMNO Kelantan untuk rakyat Kelantan dianggap sebagai suatu permintaan yang teramat perlu dilayan, sedangkan sudah terbukti rakyat Kelantan terus menolak UMNO/BN?

Bukankah rakyat Kelantan lebih selesa dengan Pas? Kalau Pusat kurangkan sikit pemberiannya, mereka tak boleh kata apa.

Jangan Luncai terjun dengan labu-labunya, sudahh..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan