Jumaat, 24 Julai 2009

NYALA LILIN CINA MATI VS NYALA LILIN HARI JADI

Nik Aziz tetap pertahankan Nizar sertai upacara nyala lilin sebagai mengingati kematian Beng Hock. Mana Nik Aziz nak ngaku salah walaupun apa yang orang2nya buat memang salah dari segi agama.

Yang pelik, Nik Aziz kaitkan acara itu dengan majlis nyala lilin dan hembus lilin sempena sambutan hari jadi yang sebilangan Melayu/Islam selalu buat.

Lepas tu Nik Aziz kaitkan pula Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja2 Mesir dan Iran (raja2 kafir) guna al-Quran dengan dengan DAP baca al-Quran.

Wahai Nik Aziz, nyala lilin sempena sambutan hari jadi bukannya nyala lilin meraikan kematian orang Cina. Tak sama tu.

Mengenai Nabi SAW tulis surat kepada raja2 kafir tu, adakah Nabi gunakan al-Quran atau tulisan arab? Kena perjelaskan dengan betul.

Jakim atau pakar2 Islam juga kena perjelaskan kepada rakyat. Jangan asyik membisu saja setiap kali ulamak Pas keluarkan kenyataan yang berkaitan agama. Rakyat mahu tahu hukum-hakam sebenar. Usah dibiarkan sesuatu itu dikelirukan oleh mereka yang berkepentingan politik.

2 ulasan:

  1. Salam Z-May,
    Apabila mereka sudah membina satu gerakkan berdasarkan doktrin mereka, apapun yang kita kata akan ditolak oleh mereka kerana mereka sudah merasakan Islam mereka adalah lebih betul.

    Malang sekali.

    BalasPadam
  2. Salam kalam jauhari,
    Islam itu untuk semua. Hukum-hakamnya sama. Tidak seharusnya digunakan untk kepentingan pribadi atau pihak2 tertentu. Harus dielak matlamat menghalalkan cara. tq.

    BalasPadam