Bukan Bumiputera mencabar hak-hak Bumiputera, meskipun sudah sedia termaktub dalam perlembagaan dan yang terbaru tuntutan pengamal agama kristian untuk menggunakan kalimah Allah dan telah diluluskan oleh mahkamah.
Itu antara isu yang tak pernah terjangka oleh orang Melayu/Islam di Malaysia.
Tapi semua itu terjadi disebabkan kelemahan kaum Melayu/Islam itu sendiri selepas PRU12 lalu.
Ini semuanya berpunca daripada politik cetek sesetengah pemimpin Melayu. Bergaduh sesama Melayu/Islam kerana kepentingan politik, dendam dan gila kuasa.
Melayu/Islam sesama sendiri bergaduh, menguntungkan bukan Melayu/Islam. Menggadaikan maruah Melayu/Islam kerana politik, menguntungkan bukan Melayu/Islam.
Kerana politik cetek minda dan politik dendam juga, sanggup memburuk-burukkan negara di mata dunia. Memburuk-burukkan pemimpin negara sendiri di mata dunia. Yang untung siapa? Orang luar. Dan yang rugi pula siapa? Sudah terang lagi bersuluh, tentulah rakyat negara sendiri!
Itulah politik Malaysia hari ini. Politik dendam, berkepentingan diri dan gila nak berkuasa. Dengan memburuk-burukkan negara dan pemimpin, pelabur tak sudi nak datang melabur. Hasil negara pun kurang. Rakyat hidup susah dan bertindak menukar pemimpin. Itulah yang pemimpin politik denxdam inginkan.
Itulah juga politik kotor. Politik busuk hati untuk mencapai kepentingan sendiri.
Secara kasarnya, itulah 'Politik Taik Kucing'. Sanggup menghidu busuk yang direka dan disebar sendiri tanpa rasa malu dan bersalah. Kepentingan diri diutamakan, biarlah rakyat menderita.
Entah sampai bilakah 'Politik Taik Kucing' ini akan berterusan? Mungkin setelah semua Melayu/Islam insaf tentang keterlanjuran mereka, dan kaum lain pula sedar diri dan insaf siapa diri mereka. Mungkin itulah antara jalan pemilihannya.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Tuan di jemput untuk menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera,untuk booking tempat duduk, tarikh, masa dan tempat akan di emailkan nanti. terima kasih.
BalasPadam