Sabtu, 6 Februari 2010
AWAS! MUSLIHAT MUSANG TETIBA BERTUKAR BULU..!
Apa sebenarnya mimpi Datuk Nik Aziz yang tiba-tiba mengajak UMNO berbincang mengenai Islam dan tak mahu lagi UMNO bermusuh dengan Pas.
Sedangkan sebelum ini semua orang tahu tentang tuduhan Pas bahawa UMNO kafir (walaupun UMNO lebih banyak perjuangkan Islam dan membangunkan Islam di Malaysia). Apatah lagi setelah UMNO bergabung dengan MCA, MIC dan Pergerakan, maka makin lantanglah Nik Aziz menuduh UMNO kafir.
Tapi bila Pas bergabung dengan DAP (yang sememangnya tidak setuju negara ini sebagai negara Islam) tak ada pula kedengaran UMNO menuduh Pas kafir. Walaupun kelihatan Pas lebih banyak mengikut telunjuk DAP, sekalipun sanggup mengorbankan identitinya. Serta dengan sokongan Pas juga menyebabkan DAP dapat berkuasa di beberapa negeri
Tiba-tiba Nik Aziz mengubah fikiran. Ajak UMNO bincang mengenai Islam. DS Najb sendiri agak hairan dengan sikap Nik Aziz itu. "Macam cuaca. Berubah-ubah..." ujar DS Najib bila ditanya mengenai cadangan Mursidul Am Pas itu.
Kita tak pasti apa tujuan Nik Aziz. Tapi mungkin banyak sebab yang boleh dibuat andaian. Antaranya mungkin Nik Aziz mula sedar bahawa penyokong-penyoko ngMelayu/Islam mula beralih kepada UMNO setelah tidak senang dengan tindak-tanduk Pas dalam soal berkaitan Islam.
Begitu juga ia boleh dikaitkan dengan semakin ramainya Melayu/Islam beralih arah meninggal PKR( parti gabungan Pas) yang tidak banyak memperjuangkan Melayu/Islam dan mengenai pertuduhan Anwar Ibrahim di mahkamh.
Apa-apa pun, UMNO usah cepat teruja dan terpedaya serta bangga diri dengan 'pengakuan kalah' Nik Aziz itu.
UMNO harus sedar, musang tak akan mudah berubah bulu jika tiada muslihat untuk kepentingan dirinya.
Juga harus diingat dengan kata-kata DS Najib; "Pas adalah sebuah parti politik dan bukannya seperti pertubuhan Islam yang lain".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MERBAHAYA AKAI ORANG TUA NI. AKAI DIA NI CUKUP LICIK DALAM BERPOLITIK. HARUS JIGA DI AMBIL IKHTIBAR BAGAIMANA DIA BUAT U TURN DAN MENGHENTAM UMNO SEMULA DALAM ISU UNITY GOVERMENT TEMPOHARI.
BalasPadamJIKA DIA MAHUKAN KITA MENYAMBUT SALAMNYA KENA LAH BUKTIKAN BAHAWA PAS IKHLAS DAN JUJUR. SYARATNYA PAS PERLU KELUAR PAKATAN BARU ADA DEAL.
Sesungguhnya tak boleh dipertimbangkan langsung. Kalau UMNO nak buat kira bicara juga, biar disuarakan oleh Hj Hadi atau yg lain. Nik Aziz tak boleh pakai. Silap terbalik nanti, UMNO yg dituduh terhegeh-hegeh. Otak dia boleh jadi macam2. bahaya. Sebab dia lebih kpd politik dari Islam.
BalasPadam