Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) banyak menerima aduan daripada guru yang menghadiri kursus atau latihan anjuran Jabatan Pelajaran negeri kini hanya dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari. Tidak lagi sebagaimana sebelum ini yang dihidangkan bufet ketika rehat dan makan tengah hari.
"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus diadakan untuk menaik taraf profesionalisme guru," kata President NUTP, Hashim Adnan, yang yakin akibatnya pasti akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.
"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun janganlah sampai ke tahap yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," tambahnya.
Komen: Takkan kerana mengikuti kursus sehari atau dua hari dengan berbekalkan nasi bungkus boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar. Yang penting keikhlasan, kujujuran dan kesungguhan guru-guru untuk mendidik anak bangsa.
Janganlah perkara yang sedikit berkurangan pun terlalu berkira sangat. Niat yang suci lagi ikhlas perlu diutamakan.
Sementara itu, pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan banyak pihak.
Tan Sri Dr, Khoo Kay Kim berkata, puncanya mungkin guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan peperiksaan saja tapi tidak mendidik.
"Kelemahan sistem pembelajaran juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik," tambahnya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak.
"Malangnya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika cuti sekolah," tambahnya.
Komen: Alahai.., apa kena mengenanya tiada rancangan yang kreatif di TV untuk menarik minat kanak-kanak dengan peranan yang perlu/patut dimainkan oleh para guru untuk mengelak wujudnya 60 peratus murid tahap satu yang tak tahu 3M itu?
Kalau ada pun rancangan seperti yang dibangkitkan itu, sekadar pembelajaran sampingan saja. Tak ada kena mengena dengan peranan guru. Atau semua murid tahun satu hanya kena menonton Tv dan tak memerlukan guru di sekolah?
Yang penting guru perlu tahu apa peranan dan tanggungjawab mereka. Jangan cuba menyalahkan dan mengaitkan pihak lain yang lebih-lebih lagi tak ada kena mengena sekadar untuk menutup kelemahan sendiri.
Sepatutnya sesudah 50 tahun lebih kemerdekaan, tiada masalah yang sedemikian rupa. Jika masing-masing tahu tannggungjawab, serta sedar dengan amanah yang dipikul.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan