Rabu, 1 April 2009

TERSERAH PADA NAJIB

PROJEK

Pak Lah harap DS Najib teruskan projek sedia ada selepas peralihan kuasa.

Itu cuma harapan Pak Lah. Semuanya terserah pada DS Najib. Kalau beliau fikirkan sesuatu projek itu sesuai untuk negara atau yang terutama untuk kepentingan rakyat, mungkin akan diteruskan.

Kalau sekadar untuk kepentingan 'mulut-mulut' tertentu yang sentiasa kelaparan untuk kepentingan diri dan rakyat sekadar melopong, hentikanlah.

Berilah yang terbaik untuk rakyat. Rakyat yang memberikan anda kuasa....


KABINET

Kabinet baru lebih kecil?

Biarlah kecil asalkan tak membazir.

Mana-mana Kementerian yang boleh digabungkan, patut digabungkan agar tiada pertindihan. Pertindihan kuasa akan lelambatkan atau mentiadakan penguatkuasaan atau tindakan. Akan ada tuding menuding dan sorong papan tarik papan.

Kerana pertindahan kuasa juga lebih banyak memberikan ruang kepada manusia-manusia yang lebih mementingkan diri. Tanpa memikirkan kepentingan ramai.

Moga DS Najib akan menjadi PM yang terbaik dari yang terbaik..! Insya-Allah.

3 ulasan:

  1. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam
  2. Asslamualaikum,

    Hadith Baginda Rasullah saw yang Sahih juga mengatakan; Tidak berIman seseorang itu sehingga dia mengasihi Saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

    Tidak Salah mengasihi Bangsa kita sendiri. Inilah fitrah hidup. Kita sayangkan Bangsa kita, kita mahu bangunkan Bangsa kita supaya dapat berdiri tegak dengan Bangsa Lain dan sambil mengambil langkah ini kita TIDAK menganiya Bangsa lain disekeliling kita. MEREKA yang Cina, India. Benggali atau apa pun, malah pendatang dengan Izin atau tanpa Izin pun hidup tanpa sekatan mencari rezeki masing masing.

    Segala Hadith Rasulullah saw hendaklah dilihat dalam SEGALA konteks dan bukan dicekup satu satu sahaja dan berpegang padanya, untuk kepentingan sesiapa.

    Benar kita diLarang Taksub pada Bangsa kita sahaja semata-mata sehingga kita tidak peduli pada bangsa lain yang ada disekeliling kita.

    Kejamlah kalau kita buat demikian dan tentulah dilarang oleh Agama suci kita.

    Tapi tak kan kita nak berdiam diri tidak mahu ambil langkah langkah untuk memperbaiki nasib bangsa kita sedangkan Allah swt berfirman "Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu Bangsa itu jika Bangsa itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka"

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu..

    BalasPadam
  3. manusia memang digalakkan/diwajibkan berbuat baik sesama manusia.

    malah haiwan yg jijik di sisi agama pun di galakkan kita bersikap kemanusiaan.dan insan yang jijik di sisi allah pun, budi dan kebaikannya tetap berbalas dan dihargai allah. allah itu maha mengetahui dan teramat sempurna....

    BalasPadam