*Kata DS Najib, konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat. Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
________________________
*DS Najib meminta semua pihak menilainya berdasarkan tindakan selepas mengambil alih tugas sebagai PM dan bukannya khabar angin dan tuduhan liar yang berniat jahat. Katanya, semua itu kerja pembangkang demi kepentingan politik mereka.
"Insya-Allah kita akan uruskan dan kita tahu bagaimana nak buat sebab ia tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas," tegas DS Najib.
________________________
*Khairy Jamaluddin perlu berusaha memenangi kepercayaan ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang dketuainya supaya beliau dapat diterima sepenuhnya selepas ini. Persoalan mengenai penerimaan terhadap Khairy timbul apabila beliau beberapa kali kena 'boo' semasa namanya disebut pada Perhimpunan Agung UMNO.
_________________________
Tindakan Tebang Kira-Kira 200 Pokok Musang King, Kerajaan Pahang Tidak
Langgar Perintah Mahkamah
-
*KUANTAN:* Tindakan menebang kira-kira 200 pokok durian musang king dalam
operasi penguatkuasaan di Raub pada Selasa, tidak melanggar sebarang
perintah m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan