Sebenarnya tak ada apa yang tak kena dengan TS Muhyiddin Yassin. Semua yang dikatakannya itu betul.
Muhyiddin kata, sokongan pengundi Cina merosot di Bukit Gantang. Sebabnya, mereka tak hargai sumbangan BN.
Salah ke apa yang beliau katakan itu? Bukankah semuanya benar dan betul belaka?
Kalau semua yang diminta sudah diberi, tapi tak pilih juga, maknanya tak tahu balas budilah tu? Nak menepis apa lagi?
Kenapa sanggup pula berbalas budi kepada orang yang tak pernah berbudi kepada mereka? Apakah jasa-jasa mereka?
Bukan saja di Bukit Selambau. Kalau di mana-mana pun dikatakan Cina tak tahu membalas budi, memang tepat juga. Sebab undi merekalah banyak pergi kepada pembangkang. Kerana itulah pembangkanmg boleh berkuasa dibeberapa negeri.
Kenapa yang betul nak disanggah?
MCA dan Gerakan pun nak melenting juga dengan kenyataan Muhyiddin. Kenapa tak nak terima kenyataan. Nak berselindung apa lagi?
Berbeza sungguh Cina dengan Melayu.
Cina berpolitik, tak pernah nak memburuk dan merendahkan bangsa sendiri. Sebaliknya mereka tetap berjuang mempertahankan bangsa mereka dalam apa keadaan sekalipun. Walaupu apa jenis pun parti politik mereka (pembangkang atau kerajaan), mereka berpolitik untuk kepentingan bangsa mereka.
Jauh berbeza dengan Melayu.
Melayu sanggup berburuk-buruk sesama sendiri sebab nak berkuasa. Sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana politik. Sanggup memberikan hak sendiri kepada bangsa lain kerana nak berkuasa di dunia. Sanggup memalukan bangsa sendiri kerana berpolitik murahan. Jauh benar bezanya.
Bila Umno bercakap atau menegur bangsa Cina, atas fakta yang betul, semua parti Cina bangun membantah dan mempertahankan bangsa mereka, termasuk MCA dan Gerakan juga.
Tapi bila DAP menggugat dan menghina Melayu, tak ada pula MELAYU dalam Pas dan PKR bangkit mempertahankan hak Melayu?
Kenapa ya...?
Mungkin sebilangan Melayu yang berpolitik, perangainya suka ambil mudah dan tak ada perasaan sensitiviti yang mendalam mengenai bangsanya. Tak seperti bangsa lain yang juga berpolitik, tapi ada matlamat untuk kepentingan bangsa mereka.
Melayu jenis yang lalai dan tak ambuil kisah dengan bangsanya. Asalkan hasrat dan kepentingan diri tercapai, sudah.
Melayu, bila bangun dari tidur, tiba-tiba buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, semuanya terhalang dan tidak semudah sebelumnya, semua benda sudah dikuasai dan dikawal oleh orang lain. Barulah tersedar jadi penumpang di negara sendiri.
Memang jenis Melayu, bila dah terhantuk baru nak terngadah. (Wujud peribahasa ini adalah kerana wujudnya Melayu sebegitu).
Melayu perlu lihat dan fikir-fikirlah keadaan semasa. Walaupun Melayu memerintah, masih ramai juga Melayu yang hidup susah. Bagai menumpang di negara sendiri. Nak buat pinjaman bank pun susah, termasuklah bank milik kerajaan. Pelbagai syarat yang ketat. Kalau bank lain tak tahulah nak cakap. Fikir-fikirlah sendiri.
Jadi janganlah biarkan Melayu terhina dan terkeji di tanah airnya sendiri. Melayu ada maruah yang perlu dibangga dan dipertahankan di tanah airnya.
Melayu mesti bangkit sebelum terlewat. Jangan asyik berpolitik yang menguntungkan orang lain.
Berpolitiklah dengan bijak yang boleh membawa keuntungan kepada bangsa sendiri, selagi Melayu masih ada pweluang berbuat demikian.
Jangan sampai golongan majoriti yang sepatutnya berhak berkuasa, dek kerana berpecah belah sesama sendiri, maka yang minoriti pula yang berkuasa. Fikir-fikirkanlah.
Beringat-ingat sebelum tersesat,
berhemat-hemat sebelum termerempat.
Fikir-fikirlah sebelum terngadah,
Berhati-hatilah sebelum termenangis air mata darah..!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wkmsalam
BalasPadamterima kasaih atas pandangan saudara. Memang betul hudud memerlukan kajian yang menyeluruh sebab itu saya mengepos dua blog berkenaan hudud-satu tentang hukuman itu sendiri dan kedua tentang cara pelaksanannya di Malaysia.
Apa yang disebut TPM adalah benar.Memang BN kalah sebab sokongan bukan Melayu kini berpaling kepada parti pembangkang.Kita kena cari sebab musabab kenapa trend ini berlaku.
semua bangsa akan bersatu apabila kepentingan mereka terjejas tetapi orang melayu khususnya beragama islam langsung tidak mahu bersatu walaupun senapang dah letak kat kepala.
BalasPadamcontoh terbaik di Palestin, hamas dan fatah langsung tidak mahu bersatu sedangkan israel bersorak gembira.
masalah bersatu atau tidak bukan berkaitan bangsa saja tetapi agama. Majoriti orang islam memang tidak bersatu.