Sabtu, 4 April 2009

POLITIK MELAMPAU @ TAKSUB TERLAMPAU

KECUH LAGI..!!

Apa perlunya gaduh-gaduh... kecuh-kecuh..? Pun kenapa perlu adanya 'boo' meng'boo'. Buatlah kerja masing-masing. Jangan pasal poster pun nak bertekak- bertakik. Tak berfaedah langsung.

Sepatutnya tak ada amalan 'ini area aku', 'itu area kau'. Tempat terbuka, tak dilarang, bukan kawasan peribadi, siapapun boleh tampal atau gantung poster. Kenapa cari masalah?

Janganlah kerana berpolitik, sikit-sikit nak gaduh. Jangan kerana diupah, kita lupa diri dan jadi terlampau. Sikit-sikit nak kecuh. Masing-masing macam dah besar kepala. Dari isu kecik boleh jadi besar. Dan terbesar. Jadi huru-hara.

Suka sangat ke tengok negara kita ni huru-hara?

Tak pernah tengok dalam TV ke dengan apa yang terjadi di negara-negara yang kebanyakannya berpunca dari politik? Lihat apa sudah jadi dengan Thailand? Dan apa pula masalah di Indonesia..? (Kalau tak pernah tau, selalu-selalulah tengok berita TV atau baca akhbar arus perdana). Jangan suka dengar khabar angin atau fitnah aje.

Suka kalau negara kita pun jadi huru-hara macam negara-negara itu? Hidup rakyat tak menentu. Nak cari rezeki pun jadi susah.

Teringin nak tanya.., bila dah huru-hara... cari makan pun susah... agak-agak adakah 'orang-orang tertentu' yang kita taksub itu akan datang bantu kita? Ambil tahu keluarga kita dah makan ke belum? Anak bini kita kelaparan ke tidak? Kalau mereka ambil tahu pun, berapa lama?

Mungkin mereka yang kita sokong gila-gila tu sebenarnya kaya-raya. Harta melimpah ruah. Makan tujuh keturunan pun mungkin tak habis. Kalau dia kata dia tak berwang, itu cerita bohong. Cerita nak tagih simpati. Bila terjadi huru-hara, ke mana mereka? Tentulah cabut lari ke negara yang ada hubungan baik dengan mereka. Kita? Ke mana? Adakah mereka nak ajak kita sekali? Tak mungkin. Kita tetap di sini juga. Ini negara kita. Kalau ada harta berjuta-juta lainlah. Boleh ikut macam mereka.

Jadi, berpada-padalah berpolitik. Kenapa perlu terlalu taksub dan melampau. Akibatnya amat buruk dan menakutkan. Tak perlu terlalu ikut hati dan perasaan. Akal jadi pertimbangan.

Berpolitiklah secara biasa-biasa. Tiada caci dan cerca. Tiada kata mengata. Kalah menang perkara biasa.

Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Ingatlah.., jika sesuatu yang buruk telah berlaku, memulihkannya mungkin teramat sukar.

Luahan rasa: Belatok



BIASALAH.., PEMBANGKANG

Pembangkang memang kerjanya membangkang. Kalau tak membangkang, bukan pembangkang namanya. Tapi jadilah pembangkang yang berhemah dan adil. Bukan ada udang di sebalik batu.

Ada pembangkang memang baik. Lagi ramai pembangkang, lagilah baik. Pemerintah tak bolehlah nak buat sesuka hati. Apa yang tak kena, patut dibangkang dan ditentang. Biar ada kesedaran di pihak pemerintah.

Tetapi kekadang risau juga melihat sikap pembangkang. Ada yang pemerintah buat sesuatu perkara yang elok untuk rakyat pun, dibangkangnya juga. Ada-ada saja yang tak kena. Masih nak korek cacat celanya. Nampak sangat macam sengaja nak cari salah. Tak baguslah macam tu.

Janganlah sampai dilihat tersembunyi maksud yang tidak baik di sebalik tindak-tanduk yang ditunjukkan. Jangan kerana ada kepentingan diri, hingga lupa akan tanggungjawab sebenar yang diberi, yang sepatutnya dipikul dengan amanah dan berdedikasi.

Ingat, rakyat sebenarnya ada mata yang lebih tajam. Ada akal yang lebih dalam. Bukan mata rakyat boleh dikaburkan, dan akal pula boleh perkotak-katikkan.

Sumbangan: Mata Akal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan