MAIN KOTOR
Orang yang suka main kotor, maknanya dalam tubuhnya sudah sekian lama terisi dan bergelumang dengan benda-benda kotor. Jiwa raga dan hatinya ternyata kotor. Sebab itu dia tak malu dan jijik main kotor.
Matlamatnya, dia bermain kotor untuk menunjukkan yang dirinya kononnya teramat bersih. Tapi di wajah orang suka main kotor sudah jelas terbayang kekotoran jiwanya. Mukanya keruh dan tak ada seri langsung.
Cuba-cubalah perhatikan muka orang-orang yang suka bermain kotor (jika anda kenal orang-orang itu).
Oleh: Bukan Kaki Kotor.
AL-UNTUNGNYA ALTANTUNYA
Untung sungguh Altantunya Shariibuu. Kematiannya mendapat simpati yang cukup mantap di Malaysia yang tak pernah ada keturunan Mongolia ini. Namanya menjadi cukup besar dan bermakna. Dibela oleh Melayu Malaysia untuk menagih simpati pengundi.
Memang beruntung Altantunya Shaariibuu. Tidak seuntung nasib seperti Altantimah Sharifdol, Altanminah Sharifudin atau Altannaemah Sharibuddin, yang merupakan rakyat Malaysia sejati yang memerlukan pembelaan dan simpati rakyat-rakyat Malaysia atau ahli-ahli politik ternama.
Dan begitulah karenah politik Malaysia yang berkepentingan peribadi. Ada yang tak merasa jijik dan kemalu-maluan untuk menggadaikan maruah dan martabat bangsa sendiri, dan sanggup pula menjulang orang lain (yang belum tentu bermaruah dan bermartabat) sebagai manusia yang terhebat dan memerlukan pembelaan sejagat.
Alahai Melayu..! Alahai politik Melayu @ Malaysia..! Ramai pulak tu yang terpedaya. Pun ramai pula yang terikut-ikut. Dan ramai lagi yang tak malu-malu jadi Pak Turut dan tali barut.
Melayu... oh, Melayu... usahlah terlalu lama sangat kuyu..., cukup-cukuplah terlayu... usah menunjukkan diri yang tak menentu dan muka tak malu... sungguh termalu..!
Sumbangan: Altantonyoh.
POLITIK MASJID @ MASJID POLITIK
Pas menganjurkan solat hajat dan zikir munajat perdana di Masjid Jamek Bukit Gantang.
Itu sebenarnya solat hajat dan zikir politik. Kenapa buat di masjid?
Kalau yang berkaitan politik, tak kiralah sembahyang hajat ke, doa selamat ke, atau apa-apa saja yang semuanya berkepentingan politik, seharusnya dijauhi dari masjid. Carilah alternatif lain. Buatlah di padang awam ke, padang bola ke, atau padang sepak raga ke...
Janganlah salah gunakan masjid untuk kepentingan parti, dengan berselindung di sebalik sembahyang, zikir atau doa.
Kiriman: Kaki Masjid, Bukit Gantang.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Salam,
BalasPadamPasal Altanuya ini saya dah beri cadangan pada yang bersimpati tu pakat pakatlah antara mereka kumpul duit dan pos ke Mongolia. Sebabnya mereka sayang sangat pada B tu. Belalah anak Altantuya tu.
Pasal PAS pula, kalau tak guna Masjid macam mana nak menang?