WARKAH TERBUKA UNTUK BN..!
Kehadapan saudaraku BN/UMNO,
Terlebih dahulu den nak ucapkan takziah di atas kekalahan BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang semalam. Sedih memang lah sedih, sebab awak harapkan kemenangan. Tapi nampaknya depa masih tan dapat terima awak walaupun awak melaung2kan perubahan dalam diri awak.
Nak buat macam mana. Adat bertanding ada kalah dan menang.
Tapi tak payahlah sedih2. Kalau dah depa suka itu jugak, nak buat macam mana. Tahniahlah buat depa dengan pilihan depa itu.
Dan bagi awak yang dah kalah, tak payahlah nak tubuh badan bebas nak kaji itu ini. Buang masa aje. Duit pun mungkin terbuang juga. Kalau dah dua kali kalah dalam masa terdekat di tempat yang sama, itu maknanya depa tak suka awaklah tu.
Kalau awak buat perkara2 yang baik pun orang tak suka, tak boleh terima, habis ceritalah. Maksudnya orang dah benci sangat2lah tu. Orang lebih suka benda2 yang khabar angin, fitnah, hasutan dan benda2 yang keliru lagi merapu.
Jadi kalau nak lawan atau nak pengaruhi orang macam tu, lain kali awak pun kenalah mainkan benda2 yang macam tu juga. Mungkin depa mudah terima kot. Itu yang depa suka kot.
Satu lagi, orang macam tu selalunya susah nak makan pujuk. Apa yang depa tahu, kalau diberi yang menguntungkan depa, depa akan ambil. Dengan sikit pun tak ada rasa malu atau bersalah.
Orang macam tu selalunya kalau depa nak berubah, depa berubah sendiri. Tak payah pujuk2 dan tak payah hulur-hulur (bantu apa yang depa dan masyarakat depaperlu). Apatah lagi 'jika dihulur dulu disuruh pangkah kemudian'. Lagilah payah. Bukan boleh percaya pun.
Jadi ingat2lah awak yang kalah tu. Depa dah benci awak. Jadi lain kali, janganlah mudah terhegeh2 nak tunjukkan muka awak depan depa bila depa ada masalah sama ada secara bidan terjun atau 'bidan yang terpaksa terjun', seperti depa tenggelam banjir ke, tenggelam sawah ke, sawah kering kontang ke, tenggelam dalam tanah ke, bot karam ke, rumah tumbang terkena puting beliung ke. Tak payah. Depa dah tak kebuluq dah bantuan awak.
Biarlah orang yang depan pilih tu bersinsing lengan baju dan seluar, berlintang pukang membantu depa.
Awak yang dah kalah tu duduk diam2. Buat apa yang patut aje. Bantulah dengan bersungguh-sungguh di kawasan awak yang menang tu.Yang awak sibuk2 nak tunjuk muka awak yang depa dah benci tu pasal apa? Malu eehh... Kata orang, hidung dahlah tak mancung macam hidung Sharukh Khan, pipi pulak menggerutu. Hissy... tak malu ke...? Tunjuklah muka dan hidung awak tu di kawasan2 yang sukakan awak. Kan itu lebih baik dan lebih afdhal?
Dah kebetulan tulis surat ni, ada satu lagi yang den nak posan pada BN. Di negeri-negeri yang BN menang, apa kata kalau den cadangkan awak bantu sungguh-sungguh rakyat di negeri tu. Beri apa yang mereka perlukan. Hulurkan saja pelbagai kemudahan yang menggembirakan mereka. Tanpa rasa teragak-agak atau terlalui banyak berukrasi.... eh.. birokrasi.
Begitu juga di negeri-negeri yang diperintah pembangkang. Mana-mana kawasan yang BN menang tu, buat apa saja yangf penghuni di kawasan itu perlukan. Biar nampak mewah dan kelebihan daripada kawasa2 yang diperintah pembangkang.
Barulah rakyat buka mata. Barulah ada yang terbeliak mata. Buka minda. Dan mungkin juga terbuka hati mereka. Kata orang, barulah ada perbezaannya dengan menyokong pemerintah atau pepmbangkang.
Tapi kalau negeri atau kawasan yang diperintah pembangkang pun dapat kemudahan dan keselesaan sama dengan apa yang diterima oleh penyokong BN, apa faedahnya. Apatah lagi kalau depa dapat lebih dari yang menyokong BN. Lagilah kurang betulnya. Lebih baik pakat ramai-ramai sokong pembangkang pada pilihan raya ke 13 nanti. Tak gitu?
Apa pendapat Tuan BN? Kalau semuanya dapat sama rata, buat apa ada pilihan kalah atau menang? Sepatutnya yang menyokong pemerintahlah yang dapat untung lebih dan segala yang lebih. Dan lebih diutamakn. Sebab itulah tanda kejujuran pemerintaha nak balas budi penyokong yang jujur. Tak betulkan itu?
Fikir-fikirlah wahai Tuan2 BN/UMNO.
Terima kasih.
Nota: Semoga surat terubuka ini tidak terbocor ke tangan pembangkang. Nanti pecah lubang pula. Nanti jadi isu politik pula...!
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
BN patut membuat kerjanya mentadbir negeri dan negara dengan adil,telus dan saksama. Politik kroni sudah tidap dapat diterima. Politik perkauman sudah lapuk.Poltik ketuanan sudah tidak menjamin. Yang penting ahli UMNO seharusnya dapat bergerak atas dasar perjuangan dan bukan atas dasar imbuhan
BalasPadam