Esok (7hb April) akan berlangsunglah Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.
Para pengundi yang bijak bestari buatlah pilihan yang betul. Pilihan neraca yang ada masa depan, yang sudah matang dalam membela nasib rakyat, yang berkemampuan menjana pembangunan dan keselesaan untuk rakyat.
Bijak memilih, bermakna membuat pilihan dengan betul. Kenapa harus dipilih pakatan yang sentiasa berpolitik demi kepentingan peribadi; pakatan yang bercita-cita sekadar untuk menumbangkan pemerintah demi dendam yang tak pernah padam, pakatan yang penuh bergimik dan bertaktik dan pakatan yang sanggup bercakap apa saja ikut sedap mulut sekalipun berbelit-belit demi kepentingan pakatan yang sengaja nak menumbangkan yang memang terbaik untuk rakyat.
Fikirlah untuk memilih yang betul dan benar. Jangan kerana dendam, fitnah dan hasutan, kapal yang dinaiki sekian lama dibocorkan dan dibiarkan tenggelam. Dan jangan kerana seekor dua nyamuk, kelambu yang baik pula sanggup dibakar.
Tak kira yang tua, muda, kerja sendiri, kerja swasta atau kerja kerajaan, pilihlah neraca yang ada kebenaran. Neraca yang telah sekian lama membela rakyat.
Terutama kakitangan kerajaan, yang sudah terpesong, kembalilah ke pangkal jalan. Bersyukurlan dengan apa yang telah anda dapati. Harus tahu mengenang jasa dan bakti. Terlalu jijik jika anda berak di dalam periuk yang anda masak untuk disuap ke mulut sendiri. Rezeki yang dikecapi selama ini ke mana tumpahnya, kalau tidak ke mulut anak, suami, isteri dan ibu bapa anda sendiri.
Jangan terlalu terpengaruh dengan dentuman guruh di langit. Guruh di langit tidak semestinya hujan yang turun dan menyejukkan. Malah dibimbangkan petir dan bencana alam yang menimpa.
Keluarlah beramai-ramai. Dengan lapang dada dan fikiran damai. Memangkah dengan sepenuh keikhlasan dan kejujuran. Usah terlalu emosinal dan buatlah pilihan yang rasional.
Selamat memilih... dan pilihlah yang terpilih.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
MEMANG BETUL TU..BRO.
BalasPadamKALAU SALAH...
MASUK ANGIN KELUAR ASAPLAH.....