BN MASIH BERKIRA-KIRA DI PENANTI
BN masih belum pasti nak letak calonnya atau tidak di Pilihan Raya Kecil Penanti.
Pelik bin ajaib juga. Sejak bila pula BN pandai berkira-kira macam tu?
Alasan mereka, cuma membazirkan duit rakyat. Lagipun mereka dah agak pasti kalah di lubuk PKR tu.
Maknanya BN dah ngaku kalah sebelum berjuang.
Dan bertambah pelik lagi, sejak bila pula BN mudah mengaku kalah sebelum berperang?
Sepatutnya BN kena tetap letak calon bertanding. Cuma kena ubah cara dan strategi bila berkempen. Cukuplah berkempen dengan isu2 pembangunan itu ini. Cukuplah dengan umpan segera yang memang ditelan oleh sesiapa saja yang menerimanya, tapi 'pangkah' belum tentu.
Kempen2 macam tu dah lapok. Rakyat dah tak mampu nak telan. Rakyat dan bosan. Tapi BN tak pernah serik2. Apa yang rakyat benci itu juga yang dibuat. Itu juga yang disogok dengan terhegeh2.
Adakah pembangkang pernah berkempen macam BN? Pernahkah mereka kempen nak buat pembangunan itu ini? Pernahkah mereka hulur umpan segera? Semuanya tak pernah kan? Tapi rakyat tetap juga pilih mereka. Hingga lima negeri mereka pulun. Pilihan raya kecil pun mereka juga yang pulun.
Jadi kenalah ikut cara pembangkang berkempen kalau BN nak menang pilihan kecil atau pilihan2 raya seterusnya.
Apakah cara pembangkang?
Tak payahlah nak cerita satu persatu di sini. Semua orang BN tahu apakah cara dan strategi pembangkang setiap kali pilihan raya. Jadi ikutlah cara macam mereka. Tak payah janji pembangunan. Tak payah janji peruntukan. BN tak janji pun, rakyat tahu BN kena buat juga.
Rakyat suka cara lain. Cara kempen macam pembangkang. Kalau pembangkang suka kirai hal-hal keburukan peribadi dan tak bermoral orang BN dan rakyat dapat menerimanya dengan penuh yakin dan percaya, jadi BN kenalah buat macam tu juga. Takkan dalam pembangkang takkan ada orang yang buruk peribadi dan tak bermoral yang boleh dijadikan bahan dan modal berkempen oleh BN. Biar rakyat betul2 yakin dan percaya itu cerita benar.
Bunyi macam bodoh kan?
Kalau bodoh takkan pembangkang boleh menang dengan cara itu.
Kalau bodoh juga, maknanya bodoh jugalah rakyat yang terpengaruh dengan kempen2 pembangkang sebegitu.
Bukankah semua rakyat kita dah terbijak dan terpandai yang sesuai dengan kepintaran globalisasi. Itu sebabnya kempen sebegitu berjaya sejak dulu lagi. Dan sejak kebelakang ini semakin berpengaruh dan bertambah hebat. Cuma BN aje yang tak terperasan. Sebab mereka selalu terperasan mereka terbagus. Mereka terhebat. Dan dengan terperasan itu jugalah mereka jadi angkuh dan ego dengan jawatan yang disandang. Mereka jadi lupa diri dan lupa daratan. mereka duduk di situ.
Dan sejak kebelakang ini barulah ada kesedaran bagin pihak BN.
Betul ke dah sedar? Sedar betukl2 ke, atau sedar buat seketika akibat dipukul gelombang kekalututan?
Entahlah. Sama-samalah kita tunggu dan lihat... siapa yang 'TERSEDAR' dan siapa yang 'TERSANDAR' (terperosok..!').
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan