Wahai tuan dan puan sekelian
pihak pembangkang yang budiman
cuba-cuba jangan berlebihan
kenapa harus dibuat sebarang tohmahan.
Tunggulah siasatan sedang dijalankan
untuk mencari punca dan kebenaran
jangan mudah meletakkan sebarang kesalahan
selagi tidak diketahui sebarang jawapan.
Jangan kerana kematian orang pembangkang
BN/UMNO pula dituduh sebagai perancang
kerana dendam yang sentiasa bersarang
sehingga terluah isu perkauman yang tegang.
Yang mati itu tetap mati
kita semua memang bersimpati
jangan yang hidup buat sesuka hati
macam nak huru harakan negara sendiri.
Insaf-insaflah kepada semua
usah isu perkauman menjadi bara
tersilap nanti timbul musibah dan bala
adakah semua itu yang kita suka?
Fikir-fikirlah gunakan otak
jangan jadi seperti sang katak
pantang hujan dan air becak
mulalah bising menguak-nguak..!
Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda, Tumpu Usaha Benteras 'Tokan' Bukan
Sekadar 'Kutip' Penagih Semata-Mata !
-
*KUANTAN: *Masalah dadah di kawasan tanah rancangan Felda, terutamanya di
daerah ini boleh diselesaikan sekirangan pihak berkuasa mengambil tindakan
tega...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan