Rabu, 8 April 2009

PAS MENANG UNDI CINA

Pas menang di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil terbaru ini adalah atas sokongan masyarakat Cina. Malah dengan pertambahan undi 65 peratus (pilihan raya Mac 2008) kepada 75 peratus yang baru lalu.

Namun peratus pengundi Melayu yang memilih parti itu merosot kepada 43 peratus berbanding 47 peratus PRU 2008.

Merosot undi Melayu pun taklah banyak. Melayu masih tetap terima Pas. Tapi peningkatran undi Cina agak membanggakan Pas.

Adakah peningkatan pengundi Cina itu sebagaimana yang sudah dijangka, disebabkan mereka menganggap undi Pas sama juga macam undi DAP? Dan mereka akan mendapat lebih banyak lagi keistimewaan biarpun Pas yang menang.

Di negeri yang sudah teruji akan pengorbaban Pas untuk orang Cina, takkan orang Cina akan menolak Pas. Sendiri mahu fikirlah.

Dan adakah dengan pertambahan undi Cina untuk Pas itu juga membuktikan kegagalan parti komponen lain dalanm BN yang sepatutnya memainkan peranan yang lebih berkesan?

Janganlah asyik meminta itu ini untuk kepentingan parti, sedangkan kerjanya bagaimana?

Apa-apa pun tahniah buat Pas dan pakatannya yang berjaya 'menggoda' masyarakat Cina menyokong mereka.

Maka semakin bertambahlah hutang budi Pas kepada orang-orang Cina. Bak bagai dikata, orang takkan berbudi jika tidak mengharapkan 'bahasa' daripada kita. Faham-faham ajelah.


SEMOGA YANG TERBAIK..!

DS Najib akan umumkan kabinet barunya pukul 3 petang ini. Semoga yang terpilih biarlan barisan yang terbaik. Yang tahu akan tanggungjawab dan kemampuannya untuk membantu rakyat, terutama dalam keadaan ekonomi yang agak merisaukan ini.

Bentuklah kepimpinan terbaru yang meyakinkan rakyat, selari dengan perubahan yang diharapkan. Dan selari juga dengan harapan 'Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.



1 ulasan: