Isnin, 13 April 2009

TOLAK BN SEBAB UMNO VS TOLAK UMNO SEBAB UMNO

Isu penolakan bukan Melayu terhadap BN masih menebal. Buktinya, setelah terhasilnya keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang baru lalu.

Ramai Melayu yang sebelumnya menolak BN, telah kembali ke pangkal jalan. Mungkin mereka ada sedikit keinsafan dengan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini.

Tapi bukan Melayu masih kekal membenci BN. Manakala Pas dan PKR pula mendapat undi bukan Melayu yang semakin meningkat.

Nik Aziz pernah membuat kenyataan, bahawa bukan Melayu terutama Cina menerima Pas kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bukannya atas nama Melayu. Sebab itu ia mendapat sokongan bukan Melayu.

Kata penganalisis pula, bukan Melayu tolak BN kerana mereka masih termakan hasutan pihak2 yang tak bertanggungjawab bahawa undi BN sama juga macam undi Umno. Dan undi Umno samalah macam sokong Melayu. Dan kononnya Umno yang mengawal BN. Sebab itu mereka benci BN/Umno. (Persepsi sebegini perlu diperbetulkan oleh pihak2 berkenaan dengan bersungguh2).

Dan disebab itulah bukan Melayu sanggup menyokong Pas. Bukan kerana mereka berminat dengan Islam sebagaimana dakwaan Nik Aziz. Tapi bagi bukan Melayu, menyokong Pas/PKR sama juga macam menyokong DAP. Sebabnya, DAP yang berkuasa dalam pakatan parti itu. Kerana Pas hanya sekadar 'penumpang' dalam gabungan berkenaan, yang sekadar memberikan 'suara' untuk membolehkan DAP memerintah.

2 ulasan:

  1. "Sebabnya, DAP yang berkuasa dalam pakatan parti itu. Kerana Pas hanya sekadar 'penumpang' dalam gabungan berkenaan, yang sekadar memberikan 'suara' untuk membolehkan DAP memerintah."
    Jadi kenapa pulak orang melayu tolak PAS untuk jadi nakhoda dalam PR. Sedangakan PAS juga banyak kerusi yang laka masa PRU12 dulu. Kat Perak pun kalau kerusi UMNO banyak yang tumbang.. PAS pasti majoriti.. so tentu tak ada masaalah yang timbul sekarang...

    BalasPadam
  2. cicit tok mat alam;
    macam mana pas nak jadi nakhoda kalau suaranya dlm PR sikit. melayu tolak pas sebab pas sekongkol dgn dap.

    BalasPadam