Si Eli, akhirnya terima semula jawatan wakil rakyat dan EXCO yang dia sudah letak sejak timbul isu gambar-gambarnya dalam separuh bogel beberapa bulan lalu.
Tapi sebab pakatan P-D-P begitu kuat mendesak supaya Eli tarik balik peletakan jawatannya, maka setelah 'membawa diri' sekian bulan, maka Eli muncul semula dan 'terpaksa' terima balik apa yang pernah diletaknya itu.
"Selain gabungan lain, yang paling gembira tentulah muslimah2 dalam parti yang memperjuangkan Islam yang turut bergabung dalam pakatan itu.Kerana mereka cukup kuat mempertahankan kononnya Eli tak bersalah dalam isu yang berbangkit yang memalukan Eli dan sepatutnya turut memalukan pakatan P-D-P juga," tingkah seorang rakan yang bernama Len, yang juga penduduk tetap di sebuah bukit di Selangor.
Tahniah buat Eli. Kerana masih diberikan kepercayaan oleh pakatan P-D-P. Tentu Eli seorang wakil rakyat yang bagus, kalau tidak takkan mereka berhempas pulas memperjuangkan supaya Eli jangan meletakkan jawatannya.
Lagipun rakyat tempat Eli mewakili mereka masih juga menyayangi Eli. Mereka yang bising2 itu adalah orang yang tak ada kena mengena dengan Eli mahupun pakatan P-D-P.
"Mereka jealous kot..." sampuk pula Jan yang bekerja di sebuah kandang ternakan di Selangor.
"Lepas ni bolehlah suruh Eli bacakan al-..." sampuk Len lagi yang selalu kurang setuju dengan apa saja tindak-tanduk pakatan P-D-P, terutama tingkah laku dan tindak-tanduk parti yang perjuangkan Islam itu.
Namun Len tak sempat menghabiskan kata-katanya, bila Jan menjerkah, "Hissyyy kau ni...!" dan Jan hampir tertampar mulut Len yang dianggap agak tercelupar itu. Sebab Jan tahu apa yang Len akan luahkan dengan sepenuhnya dalam kata-katanya itu.
Namun berita terbaru, salah seorang wakil rakyat dalam pakatan P-D-P telah mengeluarkan kenyataannya yang dia tak setuju pakatan itu menerima Eli semula sebagai wakil rakyat dan EXCO.
Wakil rakyat yang membantah itu tentu lebih tahu kenapa dia membuat kenyataannya itu.
Tertanya-tanya juga ni... kenapa ya..?
Apa-apa pun... tahniah sekali lagi buat Eli. Selamat bertugas..!
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan