Bekas TKM1 Pulau Pinang, Mohammad Firus telah meletak jawatan ADUN Penanti. Maknanya akan diadakan satu lagi pilihan raya dalam masa terdekat.
Bagi pemimpin Gerakan Pulau Pinang, PKR memang sengaja mencipta 'ombak' pilihan raya, dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu (PKR).
Dakwa Gerakan lagi, daripada 'drama' yang dimainkan pembangkang itu, perlulah dinilaikan oleh rakyat sejauh mana kesungguhan wakil-wakil rakyat pembangkang dalam usaha membangunkan negara dan untuk kepentingan rakyat. Rakyat perlu buka mata dan lihat apa yang wakil rakyat pembangkang telah lakukan.
Jelas apa yang nak disampaikan Gerakan ialah betapa rakyat selama ini tertipu dan terpedaya dengan helah pembangkang. Pembangkang lebih banyak berpolitik daripada menunaikan janji-janji pilihanraya yang telah dicanangkan. Jadi, janganlah terus tertipu lagi.
Tapi dalam masa sama, Gerakan juga kenalah bangkit dan bersungguh-sungguh memberikan kesedaran kepada rakyat, terutama kaum Cina sendiri, bahawa memilih pembangkang adalah satu kesilapan. Kesilapan yang boleh merugikan rakyat dan memberikan impak yang tidak baik kepada negara.
Gerakan kena bangkit dari kelemahan lalu, yang menyebabkan kaum Cina sendiri tidak memihak kepada Gerakan/BN, yang menyebabkan negeri itu terlepas ke tangan pembangkang.
Jika UMNO telah berjaya menarik kembali kepercayaan kaum Melayu melalui pilihan raya Bukit Gantang (tapi kalah BN disebabkan tidak mendapat undi bukan Melayu, terutama Cina), maka Gerakan juga kena buktikan yang peranan mereka dalam BN masih berkesan dengan menarik kembali kepercayaan kaum Cina kepada parti itu.
Kalau mahu hasil yang baik dan berkesan, maka kenalah bermula dengan kerja yang baik dan berkesan juga. Beberapa jawatan yang diberikan dalam kabinet BN, seharusnya dibalas dengan kemampuan kerja yang membanggakan dan menguntungkan parti.
FAKTA PILIHAN RAYA
Dalam tempoh 13 bukan, 6 pilihan raya kecil diadakan
3 daripadanya adalah disebabkan wakil rakyat PKR meletakkan jawatan yang berpunca masalah peribadi.
Ia adalah satu pembaziran wang rakyat yang sepatutnya boleh dielakkan.
Jika rakyat tidak ingin terus berpolitik dan tidak suka diri mereka dipermain-mainkankan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak berkualiti, maka rakyat seharusnya bijak memilih wakil yang mampu berbakti untuk mereka. Hindarkan sikap perkauman yang tidak menguntungkan sesiapa.
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Salam,
BalasPadamSaya sememangnya amat bersetuju dengan pandangan saudara, cuma rasa saya jika ini merupakan gelombang kejatuhan sepatutnya tidak bnyk yang boleh dilakukan bagi menterbalikkannya..
Sebagaimana melalui teori tindak balas yang saya kemukakan sebelum ini, saya berasakan lebih baik jika bn umno lebih menumpukan untuk menonjolkan imej yang bersih dan baik pada rakyat kerana kptsn prk kebiasaannya cenderung untuk responsif pada signal pru yang sebelumnya
Insyaallah berbekalkan ketabahan dan semangat juang yang cekal, pasti sesuatu yang baik akan berlaku..sama-samalah kita nantikan bagaimana keputusan pilihanraya dun sarawak dan PRU 13..salam perjuangan