DI MANAKAH KESEDARAN KITA..?
Hasutan disebarkan berleluasa sesedap rasa. Tanpa rasa berdosa. Fitnah ditaburkan merata-rata dengan sesuka. Tanpa rasa bersalah.
Matlamatnya, tak lain tak bukan untuk menjatuhkan orang-orang tertentu. Untuk memburukkan nama baik orang bermusuh dengan kita.
Namun ada juga hasutan dan fitnah itu ditaburkan semata-mata untuk kepentingan diri atau kepentingan tertentu. Demi mencapai hajat dan melunaskan dendam kesumat.
Malah ada sejenis spesis manusia yang sanggup menghasut dan menaburkan fitnah semata-mata untuk berdiri di puncak kuasa. Inilah jenis spesis yang gilakan kuasa. Sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat dan hajatnya. Sekalipun dengan cara atau jalan yang menjijikkan.
Namun tahukan oleh penabur hasutan dan fitnah itu bahawa perbuatan itu sesungguhnya dilaknati Allah?
Kalau sedar dan tahu, kenapa lakukan juga? Kenapa masih berterusan..?
Mereka yang mempercayai hasutan dan fitnah pula, kenapa bagitu terlalu taksub untuk menerimanya? Kenapa tidak difikirkan dengan kewarasan akal yang dianugerahi Allah?
Bagaimanakah agaknya jikalau mereka yang terlalu mempercayai hasutan dan fitnah dengan membuta tuli itu dihukum akan Allah dengan 'mengosongkan' akal dan menutup fikirannya buat selama-lamanya?
Lebih menghairan lagi, sesuatu yang masih terlalu kabur, dan bila menjadi hasutan dan fitnah, akan terlalu mudah pula diterima sebagai yang sah dan terbukti.
Namun sesuatu yang sudah nyata, ada perbuatan yang kurang baik, tidak senonoh, menjijikkan atau tidak bermoral yang telah dilakukan oleh sebilangan manusia itu, malah sudah sedia diketahui umum dengan sebarang buktinya, kenapa sukar untuk sebilangan manusia lain itu untuk mempercayai atau menerimanya?
Malah sebilangan manusia yang belum kita pasti akan keburukan atau jijik tingkah lakunya sebegitu mudah kita melemparkan pelbagai tomahan dan kata-kata kesat yang memalukan. Semuanya kerana adanya hasutan dan fitnah. Hasutan dan fitnah yang ada matlamat dan tujuan.
Bagi yang suka menebarkan hasutan dan menaburkan fitnah, bertaubatlah dengan kesedaran dan keinsafan.
Dan bagi mereka yang mudah termakan akan hasutan dan fitnah pula, berubahlah dengan pemikiran dan mata akal yang sempurna.
Tapis-tapislah sebelum telan. Usah mudah tertelan dengan apa saja sogokan yang mungkin 'membisakan' dan 'membinasakan' diri sendiri.
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
Bro Good artikel...Cdo akan ambil ikhtibar dan pengajaran dari artikel ini...
BalasPadam