Khamis, 9 April 2009

KABINET BARU MANTAP..?

Barisan Kabinet baru pimpinan DS Najib telah terbina. Terpancul beberapa muka baru yang dirasakan berkemampuan dengan tanggungjawab dan komitmen yang bakal dipikul.

Namun suara-suara sumbang masih juga berbunyi, kononnya terdapat seorang dua menteri/timbalan menteri yang masih dikekalkan dan dimasukkan semula (kerana kemenangan dalam pemilihan parti) namun ternyata mereka sudah ditolak rakyat.

Apa pun, DS Najib mungkin ada pertimbangan dan penilaiannya tersendiri. Rakyat harus memberi peluang kepada mereka yang terpilih membuktikan kemampuan mereka.

Lagipun janji Najib, Menteri dan Timbalan Menteri serta Pegawai tinggi kerajaan akan dipantau setiap enam bulan untuk menilai prestasi mereka.

Janji mesti ditunaikan. Setiap yang bermasalah tidak seharusnya dibiarkan berlemak dan berdaki dengan sikap dan kemampuan kerja yang tidak efisien. Mereka itu secara tidak langsung bolehlah iibaratkan sebagai 'penabur najis' dalam belanga kerajaan dan lebih buruk lagi tempiasnya akan menyusahkan rakyat.

Mereka yang sebegitu tidak seharusnya disimpan dan dibiarkan berleluasa. Kerana merekalah merupakan 'sokong yang akan membawa rebah'. Maka, daripada kerajaan terus rebah dan berterusan dibenci rakyat, sebaiklah biarlah mereka yang rebah dan tersungkur akibat sikap mereka sendiri.

Sesungguhnya rakyat akan menanti segala janji itu. Seandainya jika kerajaan mahu benar-benar berubah dan akan dilihat memang benar mahu berubah.

SATU MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan