Jumaat, 24 April 2009

MUSLIHAT DI SEBALIK PELANTIKAN TKM1

Pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) yang baru masih lagi menjadi teka-teki, setelah Mohamad Firus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan.

Penangguhan pelantikan TKM1 itu mungkin tersembunyi agenda dan strategi tersendiri bagi DS Anwar (DSA).

Bagi sesiapa yang mengenali siapa DSA, mereka tentu sahaja akan mudah terbaca dan menghidu di sebalik setiap tindakan yang dilakukannya.

Ramai sedia maklum, kemenangan DSA di Permatang Pauh adalah kerana sumbangan terbesar daripada warga Penanti. Dan DSA tentunya masih berhasrat untuk melantik wakil Penanti juga sebagai TKM1, sebagai pengganti Firus.

DSA juga tentunya masih terhutang budi yang tidak terbalas terhadap pengundi-pengundi Penanti yang memilihnya sebagai wakil Permatang Pauh, sewaktu DS Wan Azizah meletakkan jawatan wakil Parlimen Permatang Pauh untuk memindahkan tanggungjawab itu kepada suaminya.

Mungkin kerana itu, tentulah DSA akan menunggu selepas pilihan raya kecil Penanti, barulah akan dilantik siapa yang menduduki TKM1. Maknanya, calon dari Penanti itulan nanti yang akan dijadikan tarikan bagi pengundi untuk memilih calon PKR.

Sewaktu berkempen nanti, PKR tentunya akan menguar-uarkan bahawa jika calon mereka menang di Penanti, calon itu akan dilantik sebagai TKM1. Dan itulah umpan yang tersembunyi di sebalik muslihat yang dimainkan DSA.

Tapi Pas yang dilihat tidak memahami di sebalik taktik DSA itu, telah tidak berasa sabar dan cuba kacau daun dengan mencadangkan agar calon dari golongan mereka pula diletakkan sebagai calon di Penanti. Apakah pula strategi dan muslihat Pas di sebalik cadangan itu..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan