Ahad, 27 Disember 2009

BOLA TANGGUNG BN

Walaupun BN memerintah dan berkuasa, namun dalam banyak keadaan BN seakan sentiasa menyediakan bola tanggung kepada pembangkang. Yang mana ada di antara bola tanggung itu sehingga dilihat akan 'meranapkan' BN sendiri.

Ibarat dalam permainan bola sepak, BN adalah pihak yang mendahului kemenangan. Namun ia gagal mengawal permainan dan terikut-ikut rentak lawan, yang sehinggakan lawan mengawal permainan, yang nyaris-nyaris BN akan tertewas.

Disebabkan tidak tahu mengawal keadaan dan suasana, maka wujudnya peristiwa 14 Disember, yang nyaris-nyaris BN akan tersungkur di gelanggang sendiri.

BN juga kurang tokoh yang bijang 'menyalak' untuk menangkis dan menakutkan pihak lawan yang sentiasa gemar berprovokasi dengan menuduh dan melontar pelbagai tohmahan terhadap kerajaan. Keadaan itu menyebabkan pembangkang sering galak membuat pelbagai tuduhan terhadap BN, kerana mereka sedar akan 'kelemahan' itu di pihak BN.

Sikap BN yang gagal menangkis kelantangan provokasi BN pernah saya ungkitkan tidak berapa lama dulu. Jadi, sekadar berkelulusan tinggi saja tidak memadai menjadi calon BN. Tapi kepintaran dana ketangkasan minda yang tinggi juga amat diperlukan.

Khamis, 24 Disember 2009

APAKAH KESUDAHANNYA..?

Apabila ada orang politik atau individu yang mempersoal atau memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan hasutan atau perkauman, maka kita akan kedengaranlah pihak berwajib akan berkata; " Si Polan mungkin boleh didakwa di bawah akta hasutan atau macam-macam lagi."

Namun berhari-hari dan berminggu-minggu hingga berbula-bulan berlalu, tiada juga dakwaan yang dikenakan ke atas si polan itu. Hinggakan si polan yang sama dengan beraninya akan mengeluarkan lagi pelbagai kenyataan yang berkaitan dengan hasutan atau yang boleh menghuru-harakan kaum.

Pihak berwajib seharusnya sedar akan risiko atau akibatnya yang boleh terjadi disebabkan keadaan itu. Pihak berwajib juga jangan apabila sudah tenat baru nak berubat.

Kita kena sedar, dalam keadaan hari ini, semakin banyak kaduk yang naik junjung. Kaduk-kaduk inilah yang bakal menjadi punca huru-hara antara kaum nanti.

Pihak berwajib jangan sampai dilihat seakan 'takut' untuk bertindak kepada individu-individu tertentu. Undang-undang tetap undang-undang. Tidak kira sesiapa, yang bersalah harus didakwa dan dihukum.

Yang penting, kaduk tidak seharusnya dibiarkan naik junjung berlebih-lebihan. Banyak bahayanya daripada kebaikan.

Selasa, 22 Disember 2009

JIKA MASIH TAK PUAS HATI, ANGKATLAH KAKI...

Demonstration Pictures, Images and Photos



Kedapatan banyak bukan bumiputera mempertikaikan macam-macam. Mereka tidak puas hati akan kelebihan yang didapati oleh bumiputera (Melayu). Mereka juga pertikaikan dasar-dasar kerajaan, yang pada mereka semuanya tak betul.

Golongan yang tak sedar diri itu juga pertaikaikan ketuanan Melayu. Dengan adanya ketuanan Melayu, kononnya Melayu jadi tuan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sesungguhanya golongan yang cuba pertikaian hak-hak Melayu sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan adalah mereka yang paling tak sedar diri.

Kalau mereka rasa susah cari makan dan sukar hidup di Malaysia, serta pergerakan mereka tersekat disebabkan ketuanan Melayu dan wujudnya hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti dalam Perlembagaan, mereka seharusnya tidak perlu bising. Pakling mudah, angkat kaki dan pulang ke negara asal-usul nenek moyang mereka. Mungkin di situ mereka dapat hidup dengan selesa dan menghimpun sebanyak mungkin harta untuk kesenangan hidup.

Atau mereka dengan mudah boleh memohon kerakyatan negara lain, yang mungkin di situ kehidupan keluarga dan keturtunan mereka akan datang lebih senang dan damai serta mudah untuk menyuarakan pendangan, pendapata serta rasa tak puas hati mereka.

Tiada sesiapa yang mampu menahana mereka dari beredar dan berangkat meninggalkan negara milik asal Bumiputera ini. Silakan.... dan dipersilakan..!

Isnin, 14 Disember 2009

MEMPERTIKAI ATAU MINTA TAMBAHAN PERUNTUKAN?

Nga Kor Ming mempertikaikan peruntukan kerajaan membina masjid lebih banyak daripada bantuan membina rumah ibadat untuk bukan Islam atau dia meminta kerajaan menambah peruntukan membina rumah ibadat bukan Islam?

Mempertikai peruntukan dengan menambah peruntukan adalah dua perkara yang berbeza.

Tapi kalau dibaca dari laporan akhbar, ternyata Ahli Parlimen Taiping itu mempertikaikan peruntukan yang banyak (lebih besar) diberikan untuk membina masjid-masjid di negara ini. Ini berlandaskan alasan yang diberikan oleh beliau, kononnya kerajaan tidak adil terhadap bukan Islam dan menguar-uarkan bahawa bukan Islam juga membayar cukai.

Jika dia sengaja mempertikaikan peruntukan itu dengan menyebarkan risalah, bermakna dia sengaja meraih simpati atau sokongan kaum bukan Islam. Dan dalam masa yang sama sengaja cuba membangkitkan kebencian bukan Islam terhadap pemerintah. Bermakna ada kepentingan politik di situ.

Kerajaan seharusnya bertindak dan menyiasat dengan seadil-adilnya. Jika perbutan itu melibatkan akta hasutan, tindakan tegas perlu diambil. Demi mengelakkan lebih ramai mereka yang berkepntingan pribadi atau politik menggunakan isu perkauman untuk menagih simpati dan sokongan kaum-kaum tertentu.

Khamis, 10 Disember 2009

PIJAK KEPALA LEMBU VS HINA AL-QURAN

Kes pijak kepala lembu oleh sebilangan mereka yang berdemonstrasi membantah pembinaan kuil di Selangor tidak lama dulu sedang menunggu keputusan mahkamah. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum.

Walaupun kejadian pijak kepala lembu itu bukan niat mereka mahu menghina agama atau bangsa lain. Tapi sekadar mahu menunjukkan bahawa mereka yang membenarkan pembinaan kuil itu di tempat itu sebagai manusia yang bodoh macam lembu.

Bagaimana pula dengan tindakan ahli politik bukan Islam yang membaca al-Quran semasa ceramah dan politik? Adakah perbuatan itu bukan menghina agama Islam?

Apa pandangan dan tindakan daripada ahli-ahli agama Islam? Tokoh-tokoh Islam, Jabatan Agama Islam atau NGO-NGO Islam? Takkan berdiam diri sehingga kini?

Seharusnya berikan pendapat (bukan pendapat ala politik agama). Jika bersalah dan boleh diambil tindakan atas menghina Islam, kenapa tidak bertindak? Kenapa membisu seribu bahasa?

Adakah agama Islam boleh diperkotak-katik? Sedangkan agama dan bangsa lain, tercuit sedikitpun terus melenting dan terus bertindak?

Carilah keadilan dalam kewarasan. Jangan mencari keadilan demi berkepentingan.

Selasa, 8 Disember 2009

SPESIES TAK SEDAR DIRI..!

Malay Pictures, Images and Photos


Sejak akhir-akhir ini semakin menyerlah Melayu yang lupa diri. Lupa asal usul dan keturunannya.

Mereka juga tergolongan Melayu yang tak sedar diri. Mereka tidak segan silu menceritakan konon buruknya perangai Melayu kepada bukan Melayu. Dan ada yang tidak rasa bersalah menyakiti hati Melayu demi berkepentingan dengan bukan Melayu.

Sebilangan mereka ini merasakan mereka tidak perlu lagi berdiri atas nama Melayu demi membela bangsa-bangsa lain. Mereka kononnya boleh hidup tanpa Melayu walaupun menjadi kuli kepada bukan Melayu.

Sebilangan Melayu tak sedar diri dan lupa daratan itu kebanyakanyakan berkepetintingan peribadi dan politik sempit. Mereka sanggup bersekongkol dengan golongan anti Melayu demi kepentinga politik.

Apa yang menyedihkan, Melayu yang lupa diri dan lupa daratan itu adalah Melayu yang 'naik' dan menjadi kaya raya serta hidup mewah atas nama Melayu. Mereka dapat belajar tinggi atas nama Melayu. Mereka dapat pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan pun kerana Melayu.

Dan ada yang dapat segala kemudahan termasuk harta benda (tanah, saham dll) atas nama Melayu. Tapi mereka ini terlalu tamak, beri betis hendakkan peha. Bila tak dapat lagi dan lagi, d kerajaan dituduh tak bertimbang rasa dan kroni. Lalu tanpa rasa malu berpaling tadah dan memburukkan kerajaan.

Itulah spesis Melayu yang tak sedar diri. Yang sanggup menyusahkan Melayu lain demi kepentingan tembolok mereka.

Mereka yang dulunya tanpa segan silu menagih peruntukan kerajaan, minta dibantu, makan bersuap dan segalanya diberikan, sama ada percuma atau pinjaman.

Dalam masa yang sama, mereka yang kerap dan banyak mendapat bantuan kerajaan itulah yang ramai bertalam dua muka. Bila susah terhegeh-hegeh meminta dengan kerajaan. Diberi mereka ambil. Di belakang kutuk kerajaan sepuas-puasnya. Mengundi? Sokong kerajaan jauh sekali. Tak pernah rasa bersyukur dan berterima kasih.

Mereka tanpa segan silu berkokok sana sini menyalahkan kerajaan yang sebelum ini banyak membantu mereka. Belajar, bekerja serta mengumpul dan memiliki harta atas jawatan berjenama Melayu. Namun ibarat ayam jantan yang berkokok, tapi ekor bergelumang najis. Yang membusukkan diri sendiri. Tidak tahu membalas budi pada yang berbakti untuk mereka.

Sesungguhnya spesies jenis inilah yang hidup mewah dan senang lenang berpunca dari ihsan pemerintah. Namun madu diberikan, tuba dijadikan balasan.

Makhluk spesis ini sesungguh tidak akan selamat hidup mereka. Percayalah...

Khamis, 3 Disember 2009

KETUNANAN MELAYU YANG MENGUNTUNGKAN INDIA DAN CINA

"Nampaknya ada beberapa perkara yang memberi tentangan dan halangan kepada perpaduan kaum antaranya ketuanan Melayu yang mana ia mendiskriminasikan orang bukan Melayu," begitu tuduhan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Parlimen.

Kenapakah perkara itu diungkit lagi?

Kalau ketuanan Melayu diskriminasikan bukan Melayu, Kulasegara takkan ada di Parlimen hari ini. Takkan ramai kaum India mendapat biasiswa melanjutkan bidang kedoktoran dan guaman di dalam dan luar negara. Dan ramai mereka hari ini hidup mewah dengan jawatan-jawatan yang disandang. Di manakah diskriminasi yang diungkit-ungkitkan itu?

Malah berapa ramai orang Cina yang hidup mewah, kaya raya dan selesa di negera ini, dengan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan yang dikuasai UMNO? Jadi, di manakah logiknya tuduhan sedemikian.

Tolonglah wahai wakil-wakil rakyat bukan Melayu.., jangan sekadar suka mengucapkan sesuatu yang provokasi yang berhasrat sengaja mahu menimbulkan kemarahan kaum-kaum tertentu, demi kepentingan diri dan politik sempit.

Berbanding Melayu dengan India dan Cina di Tanah Melayu ini, kaum Cina dan Indialah yang lebih beruntung dan selesa. Melayu ramai yang masih dilungkungi kemiskinan tegar.

Apakah lagi yang dimahukan oleh kaum India dan Cina dan di Tanah Melayu ini? Tidakkah mereka seharusnya rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang sudah sedang mereka perolehi hingga kini?

Kekadang kita kena sedar, di mana bumi dipijak, di situlah langit yang dijunjung.

Adakah perlu ada sebilangan kita perlu menjerit: "Ini negeri orang Melayu", seperti jeritan Datuk Ibrahim Ali di Parlimen untuk menyedarkan manusia seperti Kulasegaran?



RAKYAT KELANTAN BELUM SEDAR ATAU BN BELUM SEDAR?

Kerajaan persekutuan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk rakyat Kelantan. Tapi rakyat kelantan masih belum sedar. Itu yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang menegur kerajaan Pusat.

"Perbelanjaan yang besar sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang rakyatnya yang memberikan sokongan kepada BN seperti di Sabah," kata Bung Mokhtar lagi.

Ada benarnya juga apa yang diungkitkan oleh Ahli Parlimen yang lantang itu.

Sebenarnya telah berkali-kali juga aku ungkitkan perkara ini di blog ini. Negeri yang diperintah pembangkang seperti Kelantan sebenarnya mendapat keuntung yang lebih serta bantuan yang cepat daripada kerajaan BN. Di mana adilnya?

Begitu juga bantuan yang berjuta-jutaan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini, yang mungkin lebih mengutamakan daripada negeri-negeri yang dikuasai BN yang menghadapi masalah sama.

Nampaknya bukan rakyat Kelantan saja yang masih tak sedar, malah kerajaan Pusat yang dikuasai BN/UMNO juga masih belum sedar-sedar dengan sikap dan tindakan mereka itu.

Dengan nikmat berlebihan yang sentiasa diperolehi Kelantan dari BN, pun begitu juga dengan pembangunan yang berterusan bagi negeri-negeri lain di bawah pembangkang dengan bantuan mencurah dari BN Pusat, maka tidak payahlah BN berangan-angan untuk mengambil alih Kelantan daripada Pas atau negeri-negeri lain itu pada masa akan datang. Malah mungkin dengan apa yang berlaku itu, tidak mustahil akan lebih banyak negeri akan jatuh ke tangan pembangkang.

Kita tunggu dan lihat sajalah!

Selasa, 1 Disember 2009

SIAPAKAH PENASIHAT YANG TAK BETUL ITU..?

tg hj hadi awang Pictures, Images and Photos
husam musa blog Pictures, Images and Photos
nik aziz Pictures, Images and Photos



Haji Hadi kata, apa yang 'menimpa' Nik Aziz ketika ini adalah kerana dia mendapat nasihat daripada penasihat yang tak betul.

Siapakah penasihat Nik Aziz yang dikatakan oleh Presiden Pas itu? Adakah yang dimaksudkan itu Husam Musa? Kerana Husam merupakan anak didik kesayangan Nik Aziz.

Walaupun siapa penasihat yang dimaksudkan itu, memang benar dan ternyata bahawa dengan apa yang 'menimpa' Nik Aziz ketika ini memang banyak yang tak betul. Tak kiralah sama ada Nik Aziz menerima nasihat yang tak betul, atau memang Nik Aziz suka buat benda yang tak betul.

Ahad, 29 November 2009

HANYA MEREKA YANG BERNIAT JAHAT..?

Di manakah silapnya Biro Tata Negara (BTN) sehingga pembangkang menuduh ia perkauman dan mendera minda peserta?

Adakah kerana peserta BTN diberi motovasi yang berunsur patriotik dan sayangkan negara, maka ia didakwa perkauman?

Hanya mereka yang tidak patriotik dan tidak ada rasa sayangkan negara saja yang beranggapan begitu.

Dan adakah kerana BTN juga mengubah pengajarannya sesuai dengan selogan satu Malaysia, maka ia turut didakwa menderakan peserta?

Hanya mereka yang tidak suka melihat rakyat bersatu dan sentiasa berniat untuk memecahbelahkan rakyat saja yang beranggapan sebegitu.

Maka sebagai rakyat yang masih sayangkan bangsa dan negara, kita tidak seharusnya terpengaruh dengan pandangan songsang yang sengaja menyongsangkan pemikiran rakyat yang sayangkan negara dan cintakan perpaduan bangsa.

Jumaat, 27 November 2009

SUARA SIAPAKAH YANG GUGAT PAS..?

Pendedahan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan kononnya ada suara luar yang cuba menggugat keutuhan Pas, sebenarnya tidaklah mengejutkan. Itu lumrah dalam dunia politik.

Namun yang sejujurnya, suara luar yang dibangkitkan itu rasanya bukanlah dari UMNO/BN. Sebab UMNO/BN tak pernah kacau Pas. Cuma Pas saja yang selalu kacau UMNO, kononnya UMNO tak Islam dan macam-macam lagi kenyataan yang tidak sepatutnya.

Ternyata Pas memang benci habis terhadap UMNO, yang sesama seagama dan sebangsa dengannya. Begitulah yang terjadi dan lumrah politik hari ini.

UMNO pula tak pernah usik Pas. Walaupun Pas tuduh macam-macam terhadap UMNO. Cuma sejak akhir-akhir ini (setelah TS Muhyiddin Yassin jadi TPM), UMNO sedikit lantang menyanggah segala tuduhan Pas yang dianggap tidak berasas. Das sanggah itu perlu dibuat supaya tidak mengelirukan rakyat.

Berbalik kepada terdapatnya suara luar yang cuba menggugat Pas, sebenarnya Pas sendiri tahu siapakah pemilik suara yang dimaksudkan itu. Dan ada berbisi-bisik ia adalah suara PKR.

Rabu, 25 November 2009

SIAPA BENAR? SIAPA BERBOHONG..?

Ada dua isu yang menjadi pertanyaan mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertama, Anwar kata dia telah menghubungi Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersetuju untuk menyertai kaukus petroleum - yang bertujuan membincangkan pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum.

Namun Tengku Razaleigh menafikan yang dia telah memberikan persetujuan menyertai kaukus petroleum itu..

Kedua, Anwar mendakwa ceramah yang dihadirinya telah dibatalkan pihak polis setelah mengikut telunjuk UMNO. Beliau menuduh ceramah anjuran pembangkang itu dibatalkan sebagai tidak masuk akal, setelah permitnya diluluskan.

Namun Ketua Polis Daerah Kulaijaya berkata, tindakan membatalkan ceramah itu diambil kerana polis tidak pernah meluluskan permit untuk membenarkan ceramah tersebut diadakan.

Maka semua orang mungkin tertanya-tanya, kenyataan siapakah yang benar? Dan kenyataan siapa pula yang berbau pembohongan..?

Selasa, 24 November 2009

MENANTU VS MERTUA - 2 (CERITA DONGENG YANG NYATA)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata, fitnah menjadi punca dia menyuruh menantuanya, Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK. Bukan kerana siasatan SPRM.

"Biarlah SPRM buat kerja dia," katanya.

Sebenarnya Nik Aziz sendiri yang meletakkan dirinya pada fitnah. Kerana melantik menantunya sendiri sebagai orang besar dalam PMBK itu.

Sebagai seorang yang beriman, sepatutnya Nik Aziz sedaya upaya menjauhkan dirinya dari segala fitnah, tohmahan atau apa-apa saja yang berkaitan dengannya. Menjadi orang penting dalam kerajaan juga, sepatutnya beliau bukan saja bersikap bersih, malah sepatutnya sentiasa dilihat bersih.

Bagaimanapun, segala yang berlaku telah berlaku. SPRM sudah siasat untuk menjalankan tugasnya.

Semoga terpancar sedikit pengajaran kepada semua.

Jumaat, 13 November 2009

MENANTU VS MERTUA (CERITA DONGENG YANG BERDENGUNG..!)

Al-kisah, maka tersebutlah sebuah cerita mengenai sang menantu dan sang pak mertuanya yang disebut-sebut oleh ramai orang semenjak dua menjak ini.

Adapun sang menantu dituduh salah guna kuasa. Pak Mertuanya pula dikhabarkan nak pergi naik haji dengan wang tajaan. Khabarnya lagi adapun ia sebenarnya akan ditaja oleh syarikat yang ada kepentingan mengenai projek-projek negeri yang diperintah oleh si Pak Mertua.

Akan tetapi, khabar terbaru yang tersebar adalah dimaklumkan bahawa si Pak Mertua tak jadi pergi naik haji. Alasannya, sebab bosan mengenai kisah tajaan pemergiannya itu diheboh-hebohkan oleh media.

Mengikut jurucakap yang disuruh bercakap, adapun si Pak Mertua itu kononnya tak senang hati kerana perkara kecil (kisah tajaannya itu) yang sengaja dibesar-besarkan.

Alahai..! Perkara kecil? Ditaja oleh pihak yang ada kepentingan itu dianggap perkara kecil? Pilih menantu sendiri jadi pegawai dalam syarikat negeri yang dikuasainya juga pun perkara kecil juga?

Mungkin betul juga itu perkara kecil. Sebab itulah pihak terbabit yang menyiasat mengatakan ia tiada kes mengenai pelantikan menantunya itu yang dibuat sendiri.

Alahai..., untungnya dia..! Kalaulah orang dari pihak lawan yang melakukan perbuatan yang sama, rasanya sudah lama ia menjadi berita besar dan sudah tentu juga ada yang terkena... kena dakwa dan naik turun mahkamah.

Maka sebab itulah juga orang dari parti lawan si Pak Mentua tak berani nak ungkit-ungkit perkara pilih menantu sendiri jadi pegawai besar itu. Alahai..., malang sungguh kiranya dirasakan ada orang yang bodoh dalam cerita ini. Orang lain dapat untung walaupun dengan cara yang mengelirukan, namun ada pulak manusia yang bodoh dan tak reti nak pekenakan lawan yang melakukan perkara yang tidak betul itu.

Maka tak perlulah nak cerita panjang... berakhirlah sudah sebuah cerita dongeng yang berdengung... dan mungkin tak lama akan dengungannya itu.

Selasa, 10 November 2009

ALAHAI... SUNGGUH KELIRU, LAGI AMAT MENGELIRUKAN..!

Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan yang Pas mengenakan sumpah bai'ah yang menjatuhkan talak tiga terhadap isteri para pemimpinnya, terutama mereka yang bertanding menjadi calon pilihan raya.

Kata Nik Aziz, semua itu fitnah daripada mereka yang dengki terhadap Pas, yang kononnya semakin bangkit dan mendapat kepercayaan rakyat. Tak ada lain lagi, mungkin UMNO yang menjadi mangsa tuduhan berkaitan itu, seperti yang dibangkit seorang wakil Pas di Parlimen tempoh hari.

Apa yang sebenarnya, memang sebelum ini ada beberapa orang wakil rakyat Pas yang mengaku ada sumpahan bai'ah itu berlaku. Dan ada juga yang mengaku bahawa mereka sendiri pernah mengangkat sumpah itu semasa dilantik menjadi calon pilihan raya. Malah tak dengar pula cerita kononnya orang UMNO yang campur tangan atau yang jadi penyebar cerita itu.

Persoalannya, yang mana satu betul ni? Penafian Nik Aziz atau pengakuan pemimpin-pemimpin Pas itu?

Atau adakah sumpah bai'ah itu cuma dikenakan kepada pemimpin-peminpin di negeri-negeri tertentu saja? Di Kelantan mungkin sumpah yang mencagarkan isteri dengan talak tiga itu tidak berlaku agaknya. Sebab itu Nik Aziz tak tahu.

Alahai... sungguh keliru, lagi amat mengelirukan..!

Sabtu, 7 November 2009

PARTI LEBIH PENTING DARI AGAMA..?

Bai'ah - sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati - berhenti atau keluar parti.

Itulah antara isi kandungan ikrar untuk mengelak berlakunya penyelewengan kepada parti.

Tidak salah rasanya jika ada bijak pandai yang berpendapat bahawa 'ikrar' itu sebenarnya melampau. Apa tidaknya, disebabkan pentingkan parti, selain mengheretkan institusi kekeluargaan bergelumang ke kancah politik, malah hukum agama juga sanggup dilibatkan.

Ternyata mereka lebih sayangkan parti daripada sayangkan isteri (kekeluargaan) yang dinikahi atas nama Allah.

Bukankah isteri itu kurniaan Allah kepada seseorang insan, yang dinikahinya perlu mengikut rukun-rukun yang ditetapkan agama? Sedang menyertai atau menjadi pemimpin sesebuah parti itu bukannya diwajibkan oleh Allah. Manusia yang menubuhkan sesebuah parti itu demi kepentingan politik.

Logikkah jika mewajibkan meletakkan partii lebih penting dari isteri, sehingga sanggup berikrar jatuh talak tiga terhadap isteri jika berpaling tadah terhadap parti?

Kalau 'ikrar' itu dilakukan untuk mengelakkan penyelewengan pemimpin-pemimpin parti, maka tidakkah 'ikrar' itu sendiri menunjukkan ia suatu penyelewengan terhadap sesuatu yang wajib?

Fikir-fikirkanlah..!

___________________________________________________


HAIWAN PUN TAHU BERSOPAN

Sungguh kurang sopan. Itulah gelagat sebahagian penyokong pasukan Kelantan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Ternyata mereka itu biadap yang melampau. Kurang ilmu dan tarbiah diri.

Gelagat kurang bermoral di tempat sendiri berterusan di bawa ke tempat orang.

Sedikit pun mereka tiada rasa segan silu terhadap YM Pemangku Raja mereka sendiri. Yang mungkin baginda pula yang turut merasa malu dengan perbuatan sebilangan mereka itu.

Maka benarlah seperti yang dikata, 'Perangai manusia tidak ada dalam kelompok haiwan. Tapi perangai haiwan banyak terdapat dalam kelompok manusia.'

Renung-renungkanlah..!

Khamis, 29 Oktober 2009

BIJAK MENANGKIS DAN MENENTANG

Kerajaan/BN perlu memilih wakil-wakil rakyat Parlimen yang pintar dan bijak.

Bila berada di dewan persidangan, mereka tahu untuk menangkis dan menentang segal tohmahan-tohmahan sesuka hati pembangkang yang sengaja mereka-reka tuduhan untuk mencari populariti diri. Dan kononnya merekalah yang serba tahu apa yang tidak betul dalam kerajaan.

Wakil-wakil Parlimen yang bijak dan pintar itu perlu, bukan setakat ilmu pengajian saja tinggi, tapi sekadar tersenyum dan tersengih bila dikutuk, dicemuh dan disindir pembangkang.

Yang penting, pertahankan yang benar. Yang tidak benar tetap ditentang. Di mana yang silap, mengaku dan usahalah untuk ke arah pembaikan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

NIK AZIZ YANG GELISAH

Nik Aziz yang selama ini menyinga dan tidak senang dengan tingkah-laku beberapa orang kuat dalam Pas, ternyata tidak dapat lagi membendungkan perasaannya itu.

Golongan yang digelar 'dua tiga kerat' itu dikatakan pro-UMNO, masih beriya-iya dengan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan UMNO. Sedangkan Nik Aizi amat berdendam dengan UMNO.

Dengan itu Nik Aziz mahu EGM diadakan, untuk perwakilan membuat penentuan, sama ada golongan/kumpulan pemimpin Pas yang tidak sealiran dengan kepalanya itu harus disingkirkan atau dikekalkan dalam parti.

Ini bermakna, memang terdapatnya pergolakan dalam Pas yang pastinya sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

"Buatlah apa saja demi kebaikan Pas, sekiranya parti itu merasakan ia lebih sempurna bersama dengan DAP dan PKR," ujar seorang rakan yang selama ini menjadi pengundi atas pagar.

Khamis, 22 Oktober 2009

TERKEJUT BERUK DENGAN PERANGAI-PERANGAI MANUSIA BERUK..!

Ada yang terkejut beruk bila lihat laporan Ketua Audit Negara, yang mana ada makhluk yang cuba menipu kononnya harga minyak petrol seliter RM300.

Aku ingat beruk pun boleh terkejut.

Bukan itu aje, dua buah komputer riba pun harganya hampir RM35 ribu. Amboi mak.., macam harGA sebuah rumah yang sipi-sipi sebuah rumah yang agak mewah.

Itulah perbuatan antara manusia beruk yang kerjanya asyik nak mencelok dan menipu. Harampun kira nak sapu. tanggung anak bini. Kedarah benda2 haram. Tak takut Tuhan langsung. Undang-undang lagilah depa letak kat buntut. Depa ni keturunan apalah agaknya ya..?

Manusia macam tu tak patut ada dalam penjawat awam. Kaki busuk. Pihak berwajib kena cari sampai lubang cacing atau lubang kubur. Dakwa dan dedah namanya biar manusia lain tahu perangai penipu tu.

Manusia sebegitu jangan dibiarkan bebas. Pantang ada kesempatan, pantang ada ruang, dialah mula nak jadi setan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

RASISKAH UMNO..?

CERITA KARUT YANG DIJAJA GOLONGAN YANG ADA NIAT TERSEMBUNYI

Siapa kata UMNO rasis?

Hanya mereka yang berkepentingan politik dan ada tersembunyi niat tertentu saja yang suka jaja cerita karut ini. Dan hanya manusia yang bodoh saja yang mudah terpengaruh dengan ungkapan yang boleh dianggap mahu merosakkan perhubungan kaum di Malaysia itu.

Kalau UMNO yang memegang tampuk pemerintahan selama 52 tahun merdeka itu rasis, maka tak akan ada kaum Cina yang melambak-lambak menjadi jutawan berbanding Melayu yang hanya sekelumit. Begitu juga dengan kaum India. Tentunya tak ada bangsa lain (selain Melayu) yang menguasai tampuk peniagaan yang bersar-besar di Malaysia ini.

Jadi, di mana rasisnya UMNO, jika semakin ramai kaum Cina dan India yang menjadi doktor, peguam, jurutera serta bermacam-macam jawatan yang gah lagi? Malah di pusat-pusat pengajian tinggi juga lebih ramai kaum bukan bumiputra.

Memanglah UMNO memperjuangkan kaum Melayu. Tapi bukankah MCA dan MIC serta parti-parti lain juga memperjuangkan kaum masing-masing, yang mereka telah bergabung di bawah satu lambang keramat yang berjenama Barisan Nasional?

Jadi, kenapa harus ditiupkan terompet karut ini berterusan? Yang sengaja mahu memburuk-burukkan UMNO (Melayu?).

Dengan bermaruah, bolehlah dianggap pihak-pihak tertentu yang memainkan isu UMNO rasis itu sebenarnya golongan yang tidak bermaruah. Kerana mereka sedikitkan tidak merasa jijik dan malu dengan memainkan isu itu demi meraih sokongan dan kepercayaan orang ramai.

Dan bagi mereka yang mudah terpengaruh, sesungguhnya dapat menggambarkan bahawa anda adalah golongan yang kurang berilmu dan menjadi pak turut dengan membuta tuli, tanpa tahu untuk mengenang jasa dan membalas budi UMNO yang menyebabkan anda dapat hidup mewah atau selesa di negara bertuah ini.

Fikirkanlah, adakah negara lain lagi yang mampu memberikan anda bermacam-macam peluang dari pendidikan hinggalah ke bidang pekerjaan untuk mencari rezeki menanggung keluarga? Hanya hendak dengan tidak saja. Dan hanya rajin atau malas saja. Tiada sesiapa pun yang akan menghalang usaha anda untuk berjaya. Hanya sikap anda sendiri saja.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Dan insaf-insaflah...

Selasa, 13 Oktober 2009

PENTINGNYA BERSATU HATI

UNTUNGNYA TAK TERLALU IKUTKAN HATI


Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan, antara faktor utama kemenangan TS Mohd Isa di Bagan Pinang adalah disebabkan batang tubuh calon itu sendiri.

Siapa tak kenal Mohd Isa di Bagan Pinang? Malah kebaikan dan kemesraan tokoh itu tidak terdaya untuk dipertikaikan lagi.

Dan antara faktor lain ialah tiadanya unsur-unsur sabotaj dalaman. Semua yang terlibat bersatu hati memilih Mohd Isa dengan penuh keikhlasan. Sikap sebegitu yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang UMNO/BN sampai bila-bila.

Faktor-faktor lain, termasuk kerjasama daripada semua parti komponen dan semua yang terlibat turut menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN di Bagan Pinang sehingga mendapat majoriti yang di luar jangkaan.

Itulah yang selalu diingatkan, "Bersatu teguh bercerai roboh".

Jadi kalau mahu sentiasa teguh dan tak mahu diroboh oleh orang lain, maka sentiasalah bersatu dalam apa jua keadaan, demi meraih kemenangan..!

Ahad, 11 Oktober 2009

UMNO MENANG BESAR DI BAGAN PINANG

Tahniah buat TS Mohd Isa Samad yang menang besar (8013 undi) di Bagan Pinang.

Ternyata masih terdapat rakyat (pengundi) yang waras dan berilmu di Bagan Pinang, yang tahu membezakan antara permata dan sampah. Sesungguhnya mereka telah membuat pilihan yang tepat. Memilih pemimpin yang tahu bekerja untuk mereka.

Walaupun terdapat pelbagai provokasi dan tekanan dari pembangkang, dengan tingkah laku gedebe-gedebe mereka yang diimport khas dari negeri lain untuk membuat kecoh di kawasan yang menjadi lubuk UMNO/BN semata-mata untuk menakut-nakut pengundi, namun niat dan hasrat 'hodoh' mereka itu ternyata gagal.

Rakyat yang berhak mengundi tetap berani dan yakin keluar mengundi dengan jaminan pihak polis yang berjanji akan menjaga keamanan di Bagan Pinang.

Namun terdapat beberapa kelemahan di pihak SPR, di mana terdapat pihak pembangkang yang masih ingkar dengan arahan SPR dengan selamba membina barong (pondok panas) di kawasan pengundi tanpa merasa malu dan bersalah.

Apakah tindakan pihak SPR? Sebelum itu pembangkang juga tanpa rasa gentar kepada SPR dengan memasang bendera parti gabungan mereka yanglain selain Pas.

Sepatutnya kesemua keingkaran itu perlu diambil tindakan tegas oleh SPR dengan mendenda parti yang ingkar tersebut. Tidak cukup hanya dengan bersungut dan memberi amaran saja. Tindakan tegas perlu diambil. Jika undang-undang tidak cukup untuk bertindak, kenapa tidak dipinda dengan setegas-tegasnya sebagai pengajaran kepada pihak yang ingkar dan mempersenda-sendakan akta pilihanraya itu?

Kalau UMNO/BN yang bina barong itu, dan kebetulan pula UMNO menang besar seperti itu, tentu pihak pembangkang tak senang duduk. Asyik panas dan miang untuk mengutuk dan menyaman SPR dan UMNO/BN.

Apa-apa pun, sudah terang lagi bersuluh. Rakyat tak lagi mudah syahdu dengan dendangan lagu lama pembangkang yang kononnya kerajaan BN rasuah, kejam terhadap rakyat dan macam-macam lagi yang semuanya tak baik belaka.

Ibarat kata seorang rakan, orang yang selalu menuduh orang lain rasuah, sebenarnya dialah yang kerap makan rasuah ketika berkuasa.

Sebenarnya rasuah itu hak individu. Walaupun pengajiannya tinggi melangit, keluar tujuh kali universiti al-Azhar pun, tapi kalau keimanannya tipis, maka akan tergugatlah juga maruahnya.

Walaupun UMNO selalu dikaitkan dengan rasuah, namun taksemuanya begitu. Kalau semua orang UMNO rasuah, tak akan wujudlah segala pembangunan. Tak akan wujudlah segala kemudahan dan keselesaan untuk rakyat. Tak akan lahirlah orang bijak pandai di negara ini. Semuanya terbantut disebabkan rasuah.

Semoga dengan perancangan baru, akan bangkitlah UMNO dengan semangat dan tekad baru untuk menghindari segala yang buruk, dan tetap akan menjadi satu-satunya parti orang Melayu yang berkorban untuk orang Melayu tanpa menyinkirkan kaum lain, sehingga ke akhir zaman.

Hidup UMNO..!

Rabu, 7 Oktober 2009

SEDAYA UPAYA PEMBANGKANG...

Sesungguhnya pembangkang sedang berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan tembok kepercayaan dan keyakinan pengundi Bagan Pinang terhadap UBN.

Bermacam-macam taktik dan keburukan tentang orang UMNO ditaburkan dalam ceramah-ceramah mereka.

Moga tidak ada sebarang kekeliruan bagi pihak pengundi. Pilihlah calon yang boleh berbakti kepada rakyat.

Kalau pilih calon kerana termakan firnah pembangkang, sendiri juga yang rugi. Untuk apa dipilih wakil yang hanya mampu bersuara, tapi tak mampu mengubah nasib pengundi?

Fikir-fikirkanlah dengan kewarasan akal...

Nota: Khabarnya pengundi-pengundi estet tak mahu sokong UBN. Kalau betul, UBN kena bertindak cepat dan pulihkan kesedaran mereka.

Selasa, 6 Oktober 2009

ANTARA TAKTIK PAS

Dalam ceramahnya di Bagan Pinang, Pas adakalanya merendah diri, dengan mengatakan agak sukar untuk menang di Bagan Pinang.

Tetapi sebolehnya mereka berharap untuk mengurangkan undi UMNO/BN di Bagan Pinang, walaupun tak menang.

Cara sebegitu sebenarnya menagih simpati pengundi di Bagan Pinang. Maka kerana bersimpati dan terpengaruh dengan harapan Pas itu, masing-masing akan terfikirlah untuk mengurangkan undi UMNO/BN dengan memberikan undi kepda Pas. Maka sudahnya, akan terlebihlah undi Pas yang membolehkan wakilnya menang.

Oleh itu, para pengundi usahlah mudah terpedaya. Yang penting fikirkanlah tentang calon yang boleh memberikan kemudahan dan mampu berbakti kepada rakyat.

Sabtu, 3 Oktober 2009

TAKTIK JIJIK DI BAGAN PINANG

Tan Sri Mohd Isa Samad yang bakal menjadi calon PRK Bagan Pinang mendedahkan taktik kotor pihak-pihak tertentu cuba memburukkan namanya dengan berjanji kepada pengundi Bahagian Bagan Pinang bahawa beliau akan memasukkan sejumlam wang tunai dalam akaun bank mereka sebelum hari pengundian 11 Oktober ini.

Beliau memberitahu ada pihak tertentu datang dan meminta nombor akaun bank mereka untuk dimasukkan wang dalam akaun sebelum hari pengundian sebagai tanda tyerima kasih kepada pengundi.

"Inilah taktik kotor dimainkan untuk mewujudkan kebencian dan rasa marah pengundi kepada saya," kata Mohd Isa.


Z-MAY : Manusia terdesak dan berhati busuk sanggup melakukan apa saja untuk jkepentingan diri dan parti. Sanggup menghalalkan caera dengan hajat dan hasrat sekalipuun teramat jijik dan haprak..!"

Selasa, 29 September 2009

SELCAT JANGAN PANDANG BELAKANG

Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor memang baik.

Tapi badan itu tidak perlu menoleh ke belakang dengan mencari kesalahan pemerintahan lalu, yang mungkin ada kemungkinan akan disalahtafsirkan oleh kebanyakan rakyat.

Adalah lebih baik jika Selcat bertindak sebagai penilai terhadap kemampuan dan keupayaan pemerintah di Selangor ketika ini, sama ada ia telah benar-benar menunaikan janji-janjinya kepada rakyat serta menilai kemampuan setiap peranan wakil rakyatnya dalam membantu masalah rakyat.

Malah Selcat juga boleh digunakan untuk menilai atau mengkaji kemampuan pegawai-pegawai kerajaan negeri semasa dalam pemerintahan pembangkang dalam memainkan peranan menunaikan amanah dan tanggungjawab dalam membina nasib rakyat, sebagaimana yang diharap-harapkan oleh kerajaan negeri.

Tidak ada gunanya Selcat ditubuhkan semata-mata untuk mencari kesalahan lalu yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu, yang sememangnya tiada kena mengena dengan pemerintah kini.

Lakukanlah sesuatu yang bukan sekadar dilihat dengan ikhlas, tapi biarlah juga dengan sebenar-benar keikhlasan hati. Bukannya dengan mencari kesalahan orang lain kerana dendam atau sengaja mahu menyembunyikan kelemahan diri.

Sumbangan: Cicit Sang Kelembai.

Rabu, 23 September 2009

PILIH CALON BERSIH DI MATA RAKYAT BUKAN DI MATA UMNO

Dalam situasi kini, perlu diingat, jangan samakan pemimpin BN/UMNO dengan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Perbuatan tak bermoral (sama ada politik wang, rasuah, salah guna kuasa) di kalangan ahli/ pemimpin BN/UMNO sama ada benar atau sekadar dakwaan pembangkang, ia tetap akan dinilai tidak bermoral dan bersalah oleh rakyat.

Manakala perbuatan tidak bermoral di kalangan ahli/pemimpin parti pembangkang (sama ada yang telah didapati berasalah oleh mahkamah atau dakwaan ahli/pemimpin BN/UMNO), ia sesungguhnya tetap sukar diterima rakyat kerana dianggap sekadar konspirasi politik BN/UMNO semata-mata.

Kenapa ada persepsi sedemikian?

Semuanya kerana kelemahan BN/UMNO dalam meyakinkan rakyat dengan perbuatan terkutuk parti pembangkang itu dan juga kelemahan ketara BN/UMNO dalam menangkis tohmahan-tohmahan parti lawan sehingga dapat diterima rakyat.

Sesungguhnya dalam mengatasi masalah yang sedemikian rupa, ternyata BN/UMNO tak sehebat pembangkang. BN/UMNO nampak sekadar sambil lewa dalam hal-hal sedemikian, tetapi akan kelihatan bersungguh-sungguh dalam soal perebutan jawatan dalam parti, yang mungkin lebih menguntungkan mereka. Sedarkah mereka, sebenarnya itulah juga antara kebencian rakyat kepada BN/UMNO.

Berdasarkan situasi kini juga, maka BN/UMNO perlu belajar dari kesilapan lalu. Calon BN/UMNO di Bagan Pinang mesti dipilih daripada mereka yang tak pernah tercalit dengan sebarang krisis moral sama ada didapati bersalam oleh parti atau mahkamah. Soal keinsafan dan kesetiaan kepada UMNO adalah soal lain.

Oleh yang demikian, sebagaimana kata Ketua Penerangan UMNO bahawa seseorang pemimpin yang pernah didapati bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika dia benar-benar insaf atas perbuatannya disamping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO, adalah sebenarnya tidak boleh diterima.

Nampak BN/UMNO masih tak mahu belajar daripada kesilapan lalu dan juga masih tak peka-peka dengan situasi semasa serta kehendak rakyat.

BN/UMNO masih memberatkan kehendak ahli daripada kehendak rakyat. Sedangkan rakyat yang menentukan parti mana yang memerintah, bukannya ahli. Tak guna popular di kalangan ahli parti, sedangkan tak bermakna di kalangan rakyat.

Mungkin hanya orang BN/UMNO saja yang boleh terima pemimpin sebegitu (yang pernah didapati bersalah politik wang dan telah insaf dan setia pada parti), namun bagaimana pula penerima rakyat rakyat?

Ingatlah, jika BN/UMNO masih mahu bernafas dan diterima rakyat, maka pilihlah calon yang bersih di mata rakyat. Bukannya calon yang dilihat sekadar bersih di mata ahli-ahli BN/UMNO.

Selasa, 15 September 2009

BODOH SOMBONG

Perangai manusia berbeza. Ada yang cerdik tapi boleh ditegur. Namun ada juga yang bodoh, tapi tak boleh ditegur dan diusik demi kebaiakn mereka juga. Itulah yang dinamakan bodoh sombong.

Begitulah sikap salah seorang ahli MIC yang mahu menyarungkan selipar di gambar Tun Dr Mahathir kerana bekas PM itu menegur bosnya.

Begitulah sikap manusia yang tak tahu cermin diri. Ditegur sedikit, mula nak melenting dan tergamak pula tunjuk kurang ajar.

Ahli MIC itu sepatutnya cermin diri dengan kerap, adakah bagus sangat parti itu sehingga mereka menjadi ego tak menentu?

Masih tidak sedar dirikah dengan apa yang berlaku pada PRU 12 lalu? Yang menunjukkan MIC langsung tidak berfungi dalam BN.

Sedarlah kelemahan diri. Ambil segala teguran atau kutukan sebagai semangat untuk membaiki diri menjadi lebih dihargai. Mencari kesilapan di mana2 untuk jkepentingan bersama. Bukannya masih ego dengan kebodohan diri.

Jangan kerana tindakan dan sikap yang merasa diri kita bagus, akan merosakkan orang lain pula.

Rabu, 9 September 2009

SUNGGUH KURANG AJAR..!

Kurang ajar dan tidak tahu mengenang budi.

Itulah tanggapan yang sesuai bagi rakyat Indonesia yang sanggup bersusah payah mencaci dan menghina Malaysia disebabkan perkara yang remeh temeh dan mungkin mereka sendiri tidak pasti perkara sebenar yang marahkan itu.

Tidak cukup dengan membakar bendera Malaysia, mereka tergamak pula mengadakan sekatan jalan raya dengan bersenjatakan buluh runcing dan bertindak mahu menghalau rakyat Malaysia yang berada di negara mereka.

Tidak kiralah mereka itu diupah pihak-pihak tertentu atau sesiapa sekalipun, tetapi sikap mereka menunjukkan mereka adalah jenis manusia yang tidak berilmu dan amat sesuai digelar sebagai tidak bertamadun.

Terlalu besarkah dosa Malaysia, sehingga mereka sanggup bertindak sedemikian rupa, dan sehingga sanggup pula mereka melupa dan mengenepikan segala pengorbanan Malaysia selama ini yang banyak membantu rakyat Indonesia dengan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada mereka sehingga keluarga mereka dikampung mampu hidup senang atau mungkin mewah?

Mampukah Indonesia membnerikan kesenangan itu kepada rakyatnya? Jika mampu tentu tidak ramai rakyatnya sanggup meninggalkan keluarga mereka dikampung untuk mencari rezeki di Malaysia, walaupun ada yang sanggup menceroboh secara haram.

Bukan setakat itu saja, jika sebarang malapetaka yang berlaku di Indonesia, siapakah yang mula bergerak menghantarkan bantuan kalau hukan Malaysia? Malah sanggup beberapa agensi di Malaysia menubuhkan tabung-tabung tertentu untuk mengumpul wang yang akan dihulurkan kepada mangsa yang malang itu.

Kalau diperhatikan, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan yang lebih demi meneruskan kehidupan mereka yang lebih sempurna. Malah mungkin rakyat Malaysia sendiri pun tidak mendapat perhatian dan keistimewaan sebegitu.

Persoalan yang berkaitannya, terasa ingin bertanya, apakah bantuan yang pernah dihulurkan oleh rakyat Indonesia, termasuk pihak medianya jika berlaku malapetaka di Malaysia? Rasanya setakat ini ibarat jauh langit dari bumi. Jauh panggang dari api.

Sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia, seolah-olah segala bantuan dan pengorbanan Malaysia selama ini tidak bermakna dan berharga bagi mereka. Disebabkan hati mereka sentiasa diselubungi perasaan dengki dan iri hati dengan kelebihan Malaysia.

Adakah mereka menganggap pengorbanan Malaysia selama ini sebagai hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong? Sebenrnya mereka tak mengharapkannya, tapi Malaysia yang terhegeh-hegeh mahu berbudi?

Kita sering menyebut rakyat yang serumpun. Namun serumpun itu selama ini hanya bermakna jika ia menguntungkan rakyat Indonesia. Tersilap sedikit, tanpa segan silu Malaysia terus dicaci dan dihamun. Semuanya akan menjadi isu penting bagi rakyat Indonesia dengan egonya untuk mengganyang Malaysia. Semakin melampau, nyawa rakyat Malaysia pula mahu dijadikan pertaruhan.

Sampai bilakah Malaysia mahu menganggap semua yang berlaku itu sebagai masalah kecil dan perkara terpinggir dan sanggup pula mengungkap 'tidak menjejaskan hubungan dua hala'.

Nampaknya Malaysia terlalu banyak mengalah dan boleh dianggap sebagai tidak berperasaan walaupun dituduh dan dikutuk bermacam-macam. Mungkin Pak-Pak Menteri kita tak terasa demi kepentingan politik. Tapi kami rakyat yang sayangkan bangsa dan negara terasa amat terguris dengan sikap mereka.

Adalah dicadangkan agar segala bantuan dan kemudahan yang sedang berjalan untyuk membantu rakyat Indonesia dengan apa cara sekalipun, dihentikan dan dikaji semula. Selagi kerajaan Indonesia belum mampu mendidik dan mengajar rakyatnya tahu erti bersopan dan mengenang budi jiran yang terlalu banyak terhadap mereka selama ini.

Sesungguhnya kita manusia ini, sentiasalah cermin-cerminkan diri kita selalu dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri, sedangkan selagi kita masih perlu mengharapkan budi dan pengorbanan orang lain.

Tidak perlu kita ego dengan kekurangan dan kelemahan diri yang secara jelasnya akan menyerlahkan sikap bodoh sombong diri kita sendiri yang akan dipandang sinis oleh orang lain.

Isnin, 7 September 2009

ANDAI TERSILAP PILIH PEMIMPIN...

Jika berlaku masalah di sesebuah negeri atau negara, lebih2 lagi kalau masalah remeh hingga menjadi isu besar ( pada hal setiap isu/masalah itu boleh diselesaikan secara berhemah dan tidak menyinggung mana2 pihak), maknanya terdapat banyak kelemahan yang berpunca dari tindakan/sikap tidak cerdik atau lebih jelas lagi kerana kebodohan para pemimpinnya.

Lebih2 lagi jikalau ketua pemimpinnya juga yang terlalu lemah yang mungkin juga berpunca dari kebodohan diri, maka akan berlarutanlah segala masalah itu.

Jadi, kita selalu diingatkan agar memilih pemimpin jangan terlalu ikut emosi. Tapi ikut akal dan kerawasan tindakan hati.

Pilihlah pemimpin yang tahu tanggungjawab dan tahu buat kerja, serta mengerti seiap masalah rakyat. Bukannya pemimpin yang sekadar tahu cakap tapi tak tahu buat.

Jika terasalah pilih, buruk akibatnya. Dan rakyatlah yang akan menerima padahnya.

Jumaat, 4 September 2009

ISU KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN RAKYATNYA

Isu pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam terus menjadi rumit dan kontroversi, walaupun Menteri Dalam Negeri berusaha untuk menjadi orang tengah dalam penyelesaiannya.

Isu itu sebenarnya antara penduduk seksyen 23 dengan kerajaan negeri. (Antara rakyat dan kerajaan negeri yang mereka puilih).

Sepatutnya masalah itu biarlah kerajaan negeri yang menyelesaikannya. Kerajaan Persekutuan (Menteri Dalam Negeri) tak seharusnya campur tangan. Sebagaimana Kerajaan Persekutuan tak campur urusan di Kampung Buah Pala.

Negeri Selangor telah dikuasai oleh Pakatan Pembangkang. Itu adalah pilihan rakyat Selangor sendiri. Mereka tahu apa yang mereka buat. Mereka telah memilih kerajaan yang mereka percayai dapat memberikan kebaikan dan kesempurnaan pada mereka.

Selain itu, kerajaan Selangor pula mungkin tahu dengan apa yang telah mereka lakukan dalam isu kuil tersebut. Mungkin mereka anggap mereka telah memberikan apa yang terbaik dan sesuai untuk rakyatnya.

Bagaimanapun, jika timbul sebarang masalah yang berkaitan rakyatnya, kerajaan negeri Selangor sudah pasti akan tahu untuk mencari jalan penyelesaiannya.

'ITU YANG KITA CARI, ITULAH YANG KITA TEMUI!'

'ITU YANG KITA BUAT, ITULAH YANG KITA DAPAT!

Rabu, 2 September 2009

PAS DIBUKA KEPADA BUKAN ISLAM

Pas bercadang mempelawa bukan Islam menyertai parti itu.

Tapi sejauh manakah keseriusan cadangan itu?

Jika benar dan ada keseriusannya, maka adakah pemimpin2 Pas sudah bersedia untuk mengubah dasar dan perlembagaan parti itu, demi meyakinkan masyarakat bukan Islam mengeni kesungguhan parti itu mempelawa mereka?

Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

Menurut Hu, kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara.

Jika semua itu menjadi kenyataan;

- Pas tak boleh lagi guna nama Pasti Islam SeMalaysia. Sudah tidak sesuai lagi. (Sebab sudah ada bukan Islam).

- Suara2 mereka seharusnya diterima.

-Pas seharusnya memainkan peranan sehingga ahli2 kelab penyokong itu akan memeluk Islam. Tapi nampaknya agak mustahil kerana dari awal lagi kenyataan itu sudah berbunyi, 'mempelawa bukan Islam' menyertai Pas.


Persoalan:

-Adakah peningkatan ahli kelab penyokong itu disebabkan Pas bersekongkol dengan DAP dan menjadi pembangkang?

-Jika Pas tidak lagi bersama DAP dan pembangkang, adakah kelab itu akan terus hidup dan menyokong Pas?

Selasa, 11 Ogos 2009

UNDANG-UNDANG MEMIHAK

NEGARA DALAM BAHAYA

Negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri, sebaliknya ditolak jika keputusannya tidak memihak kepada pihak mereka.

Negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan, manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

Oleh itu undang-undang perlu dpertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.

Demikian amaran dan tegasan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Isnin, 10 Ogos 2009

MEREKA SEMAKIN BERANI BERMAIN API..!

Keturunan asal mereka adalah pendatang. Diberi peluang untuk mencari makan. Beranak pinak di sini. Dan diberikan kebenaran untuk tinggal selamanya di sini. Tapi dengan bersyarat.

Sebagai pendatang, sepatutnya kena ikut syarat tuan rumah sehingga ke lubang kubur. Tiada pilihan. Malah ruang kehidupan yang berikan untuk mereka, seharusnya mereka insaf dan bersyukur.

Tapi mereka semakin menjadi kaduk naik junjung. Semakin lama, mereka bukan saja melupakan syarat yang diterima oleh keturunan mereka, malah mereka boleh dianggap sebagai lupa diridan lupa daratan. Mereka semakin keras kepala. Madu yang diberikan, tuba yang dibalas.

Kata orang akan semakin berbahaya jika cacing dibiarkan naik ke mata.

Hak yang termaktub untuk penghuni asal yang sepatutnya tidak boleh disentuh oleh golongan pendatang, namun mereka cuba mempertikaikannya. Sedangkan mereka hidup mewah di sini. Mereka tidak dihalang langsung untuk mengumpul harta dan mencari kesenangan di bumi bertuah ini. Mereka boleh buat apa saja asalkan tidak melanggari undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

Namun mereka langsung tak tahu berterima kasih. Mengenang budi jauh sekali. Malah diberi betis mahukan peha pula. Manusia jenis apakah mereka..?

Hak-hak termaktub untuk penghuni asal sering diungkit. Ternyata mereka jenis tak sedar diri. Mereka menjadi lebih berani malah semakin biadap. Kebiadapan yang tak seharusnya dimaafkan.

Penghuni asal mempertahankan hak-hak mereka, akan dianggap rasis. Tapi mereka yang mempertikaikan hak-hak penghuni asal itu tidak pula menganggap diri mereka rasis.

Sesungguhnya kebiadapan mereka makin berleluasa bila ada penghuni asal yang berkepentingan peribadi dan bercita-cita tinggi dalam politik yang makin banyak memberi muka kepada mereka. Penghuni asal yang sanggup menggadaikan maruah bangsa. Tidak peduli bangsa sendiri diperlekeh dan diperkotak-katikkan.

Lebih berani lagi, mereka itu tidak sedikitpun berasa malu atau bersalah, sanggup menghina Islam. Tidakkah menghina Islam itu bermakna menghina penghuni asalnya yang sememangnya beragama Islam?

Menghairankan bila penghuni asal yang sanggup bersekongkol dengan mereka kerana berkepentingan peribadi tidak langsung bersuara bila agama dan bangsa mereka dicaci cerca. Baginya, pergi jahanam dengan bangsa. Malah dia dengan tidak rasa malu dan tidak bermaruah sanggup pula memperalatkan bangsanya sendiri untuk mencapai matlamat songsangnya, biarpun bangsa sendiri runtuh dan dipijak-pijak.

Segolongan lagi yang juga sanggup bersekongkol dengan mereka kerana kepentingan politik murahan, juga turut mengunci mulutnya. Mungkin bimbang sekutunya tersinggung jika ditegur, langsung niatnya untuk memerintah terkubur. Biarlah agamanya dikutuk, dicaci dan dipersendakan. Asalkan masih ada ruang untuknya mencapai angan-angannya mahu memerintah.

Malang sungguh anak asal pribumi yang sentiasa mengalah dan semakin diasak dengan pelbagai tohmahan yang menyakitkan hati.

Sampai bila masih tetap mahu bersabar walaupun semakin kerap maruah dicalar sehingga dianggap bacul?

Begitulah anak asal pribumi yang sentiasa masih mampu bertolak ansur dan beralah. Namun kata orang, bersabar itu ada batasannya.

Namun semoga sesuatu yang tidak baik tidak seharusnya berlaku. Maka biarlah akan kembali wujud rasa insaf dan kesedaran dipihak yang telah menyakitkan hati anak asal peribumi itu

Atau sengaja mahu membiarkan mereka itu bermain dengan api, yang mungkin diharapkan akan membakar tangan mereka sendiri?

Tapi yang dibimbangi sekiranya api itu akan marak dengan bertindak sebaliknya, di mana ia akan membakar anak asal pribumi sehingga lenyap dari muka bumi bertuah ini.

Jika begitu kesudahannya, malang sungguh anak asal pribumi, kerana ada bangsanya sendiri yang sanggup menggadai maruah bangsanya sendiri dengan begitu jijik dan terhina sekali.

Begitukah yang dimahukan..?

Fikir-fikirkanlah bersama..!

Jumaat, 7 Ogos 2009

PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957

____________________

WASIAT RAJA MELAYU



1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkankmepada raja-raja Melayu untuk melndungi kedudukan istimewa orang Melayudan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Selasa, 4 Ogos 2009

AMAT MELOYAKAN..!

Amat memalukan. Memualkan. Tak bermaruah. Dan amat melayakan. Bila aku tengok muka-muka Melayu yang bertaburan atas jalan menjerit-jerit macam orang tak beriman.

Bangga sungguh mereka berdemonstrasi. Sanggup tinggal anak bini. Terpekik terlolong di jalanan. Keturunan apakah mereka itu?

Keturunan Melayu? Amat menjijikkan..! Beragama Islam? Amat menghodohkan..!

Lebih menggelikan biji mata bila ternampak ada yang pakai kupiah putih, berjubah dan berserban yang terkinja-kinja macam orang hilang akal.

Ramai juga yang muda-muda terlibat. Bila ditangkap, mengaku pula diupah oleh pihak-pihak tertentu. Betul ke?

Kalau betul, paling tidak bermaruah mereka yang memberi dan menerima rasuah itu. Paling dlaknati. Diupah untuk menghuru-harakan keadaan dan mengganggu ketenangan manusia lain yang tidak bersalah dan bersusah payah mencaari rezeki halal untuk keluarga.

Malang sungguh. Kerana matlamat, yang haram dihalalkan. Kerana kepentingan politik dendam, Melayu yang sanggup memperbodohkan. Agama sanggup pula dijijikkan..!

Rabu, 29 Julai 2009

BN/UMNO - JANGAN LAGI TERHEGEH-HEGEH..!

BN/UMNO, sudah-sudahlah melayan Nik Aziz dengan Pas dan Kerajaan Kelantannya itu. Jangan terlalu cepat terhegeh-hegeh nak berbaik dengan Pas, biarpun dia Islam. Tak layan Pas pun BN/UMNO boleh lebih daripada hidup.

UMNO sebenarnya lebih Islam dari parti yang menggunakan nama Islam. Itu adalah fakta. Cuma orang yang tak guna kewarasan akal dengan sempurna saja menolak atau menafikan fakta itu.

Tak guna andainya hari-hari bercakap fasal Islam. Tidur Islam. Makan Islam. Menguap pun Islam. Sedangkan segala perbuatan amat diragui tentang ketulenan Islamnya. Lebih baik tak selalu sebut Islam di bibir, tapi banyak perbuatan dan usaha ke arah membangu dan memajukan Islam. Bukti sudah banyak dan lebih dari mencukupi.

Biar Nik Aziz dengan Pasnya. Kalau ada apa-apa kenyataan daripada dia, jangan cepat nak menjawab. Jangan cepat nak hulur hidung yang tak mancung dan pipi yang tersorong-sorong itu.

BN/UMNO, jaga harga dirilah sikit. Nik Aziz tuk guru politik Pas tuduh macam-macam pun, masih juga terhegeh-hegeh nak hulur salam.

BN/UMNO buatlah kerja yang lebih penting dari itu. Daripada melayan mulut manis Nik Aziz ketika mengharapkan sesuatu dari Pusat itu, lebih baik BN/UMNO jaga dan tunaikan janji-janji pilihanraya di negeri-negeri yang BN/UMNO kuasai.

Jangan kerana nak pikat Kelantan dan rakyatnya yang sudah di'Pas'kan itu, negeri-negeri lain pula yang semakin banyak terlepas ke tangan pembangkang. Yang dikejar tak dapat, yang dkendung pula berciciran. Ayam terlepas tangan bau taik. Sakit boleh, malu pun boleh.

BN/UMNO kena ingat, rakyat Kelantan tak mahu pembangunan, sebab itu mereka pilih Pas. Sebab mereka bukan tak sedar yang Pas tak boleh beri apa-apa kepada mereka. Namun mereka pilih Pas juga. Jadi, kenapa BN/UMNO masih terhegeh-hegeh nak berikan pembangunan kepada Kelantan?

Adakah semua permintaan orang-orang UMNO Kelantan untuk rakyat Kelantan dianggap sebagai suatu permintaan yang teramat perlu dilayan, sedangkan sudah terbukti rakyat Kelantan terus menolak UMNO/BN?

Bukankah rakyat Kelantan lebih selesa dengan Pas? Kalau Pusat kurangkan sikit pemberiannya, mereka tak boleh kata apa.

Jangan Luncai terjun dengan labu-labunya, sudahh..!

Selasa, 28 Julai 2009

BERBELIT-BELIT LAGI... UMNO YANG TERBELIT..?!

Aku dah agak dah. Mesti timbul kes berbelit-belit punya. Yang peliknya, UMNO terlalu mudah dibelit dan dikelirukan. Haran sungguh aku.

Bukan saja berbelit-belit, timbul lag si mulut celupar dengan mulut terceluparnya.

Bukan Pas nak berbaik-baik dengan UMNO. Pergi jahanam dengan UMNO. Pedih tak telinga orang2 UMNO. Dah banyak kali dah macam tu. Telinga tebal kot.

Sebenarnya Kerajaan Kelantan nak berbaik-baik dengan kerajaan Persekutuan. Kena faham tu.

Tapi sedar ke dah nyanyok Nik Aziz? Kerajaan kelantan tu siapa? Bukankah Pas? Dan kerajaan Persekutuan tu siapa di dalamnya? Bukankah ada UMNO kat dalam tu..?

Pelik lagi, Nik Aziz kutuk UMNO tapi nak berbaik-baik dengan kerajaan persekutuan. Apa ke jadah tu...? Tak berbelit-belit ke u? Ke memang tuk guru selalu berbelit2? Sengaja nak kelirukan rakyat yang sebahagiaannya memang mudah dikelirukan..?

Sebab kerja tuk guru memang suka mengelirukan manusia2 yang mudah dikelirukan ke..?

Entah le labuuu...! Ada bangsa lunyai... ada agama gadai... ada otak mamai..!

Isnin, 27 Julai 2009

USAH TERKELIRU DENGAN MUSLIHAT..!

Aku rasa ramai pemimpin UMNO/BN terkeliru dengan kenyataan Nik Aziz yang mahu adakan perhubungan baik dengan Pusat. Itu sebenarnya kenyataan politik. Kenyataan untuk kepentingan parti.

Memanglah Nik Aziz nak berbaik dengan Pusat, sebab dia mengharapkan sumbangan Pusat untuk membangunkan Kelantan. Tak lebih dari itu.

Sekali lagi aku tekankan: Nik Aziz hanya nak berbaik dengan Pusat. Bukannya nak berbaik dengan UMNO/BN. Pemimpin UMNO/BN jangan mudah teruja dengan kenyataan Tuk Guru itu. Kena faham betul-betul. Bagi Nik Aziz, UMNO tetap kafir, bukan Islam.

Harap BN/UMNO kena faham betul-betul. Jangan mudah sangat dikelirukan oleh Nik Aziz yang penuh dengan madah berhelah ITU. Jangan kerana manisnya mulut, harta benda pusat semakin mencurah-curah ke Kelantan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang ddikendung keciciran.

Mungkin juga Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu kerana dia mula rasa yang Pas semakin kekurangan penyokong sebagaimana yang terbukti daripada PRK Manek Urai baru2 ini.

Apa-apa pun, pemimpin2 UMNO/BN usahlah mudah terpengaruh dan teruja sangat dengan sebarang muslihat di sebalik kenyataan yang sebegitu. Belajarlah dari pengalaman. Garam tetap garam. Sampai bila2 pun takkan menjadi gula.

Jumaat, 24 Julai 2009

NYALA LILIN CINA MATI VS NYALA LILIN HARI JADI

Nik Aziz tetap pertahankan Nizar sertai upacara nyala lilin sebagai mengingati kematian Beng Hock. Mana Nik Aziz nak ngaku salah walaupun apa yang orang2nya buat memang salah dari segi agama.

Yang pelik, Nik Aziz kaitkan acara itu dengan majlis nyala lilin dan hembus lilin sempena sambutan hari jadi yang sebilangan Melayu/Islam selalu buat.

Lepas tu Nik Aziz kaitkan pula Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja2 Mesir dan Iran (raja2 kafir) guna al-Quran dengan dengan DAP baca al-Quran.

Wahai Nik Aziz, nyala lilin sempena sambutan hari jadi bukannya nyala lilin meraikan kematian orang Cina. Tak sama tu.

Mengenai Nabi SAW tulis surat kepada raja2 kafir tu, adakah Nabi gunakan al-Quran atau tulisan arab? Kena perjelaskan dengan betul.

Jakim atau pakar2 Islam juga kena perjelaskan kepada rakyat. Jangan asyik membisu saja setiap kali ulamak Pas keluarkan kenyataan yang berkaitan agama. Rakyat mahu tahu hukum-hakam sebenar. Usah dibiarkan sesuatu itu dikelirukan oleh mereka yang berkepentingan politik.

Rabu, 22 Julai 2009

TUNGGULAH KEPUTUSAN

Wahai tuan dan puan sekelian
pihak pembangkang yang budiman
cuba-cuba jangan berlebihan
kenapa harus dibuat sebarang tohmahan.

Tunggulah siasatan sedang dijalankan
untuk mencari punca dan kebenaran
jangan mudah meletakkan sebarang kesalahan
selagi tidak diketahui sebarang jawapan.

Jangan kerana kematian orang pembangkang
BN/UMNO pula dituduh sebagai perancang
kerana dendam yang sentiasa bersarang
sehingga terluah isu perkauman yang tegang.

Yang mati itu tetap mati
kita semua memang bersimpati
jangan yang hidup buat sesuka hati
macam nak huru harakan negara sendiri.

Insaf-insaflah kepada semua
usah isu perkauman menjadi bara
tersilap nanti timbul musibah dan bala
adakah semua itu yang kita suka?

Fikir-fikirlah gunakan otak
jangan jadi seperti sang katak
pantang hujan dan air becak
mulalah bising menguak-nguak..!

Ahad, 19 Julai 2009

PEMIMPIN UMNO KENA 'SEKOLAH'

Cadangan TPM untuk mengadakan latihan khas kepimpinan UMNO memang kena pada masanya.

Sebenarnya sebilangan mereka itu tidak tahu erti sebenar apa tujuan mereka masuk UMNO dan jadi pemimpin pula. Mereka ingat masuk UMNO sebab nak jad wakil rakyat saja. Lain-lain hukum-hakam dalam UMNO mereka tak ambil peduli. Tak ambil tahu.

Memang patut benarlah mereka dihantar ke 'sekolah' semula. Tajamkan minda mereka dengan erti ketajaman sebenar yang dimahukan oleh UMNO.

Disebabkan mereka tak tahu tujuan sebenar mereka berada dalam UMNO, maka sebab itu bila pembangkang tuduh macam-macam, mereka tak berani nak jawab.

Cuma yang berkaliber saja yang berkemampuan menolak segala tuduhan melulu pembangkang. Jadi seboleh-bolehnya semua pemimpin UMNO biarlah berkaliber..!


BN BANTAH UNDI MANEK URAI

Ada dakwaan kononnya pengiraan undi PRK Manek Urai tak betul. Sepatutnya kelebihan undi berpihak kepada BN/UMNO.

Alahai.., selepas keputusan undi baru nak berkokok pula.

Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, ke mana perginya wakil BN/UMNO? Sekadar kerja lepaskan batuk di tangga atau tak tau buat kerja? Atau sabotaj parti sendiri?

Itulah antara punca-punca kelemahan BN/UMNO, suka ambil mudah dan sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh parti lawan.

Nampaknya BN/UMNO tak pernah serik-serik. Tak pernah nak berubah.

Janganlah suka ambil mudah dengan memberikan kepercayaan kepada orang-orang yang tak tau buat kerja, bercakap lebih tapi kerja entah apa-apa.

Lebih penting, elakkan memberikan kepercayaan kepada orang-orang yang kurang berilmu, yang hanya lebih pada borak..! Itupun kalau BN/UMNO benar-benar nak berubah dan terus bernyawa di muka bumi bertuah ini..!

Kalau tidak, hentam sajalah labuuuu..!!!

Sabtu, 18 Julai 2009

PAK LAH BERSUARA

Pak Lah kata, tak payah ada lagi ISA. Tapi adakan satu undang2 lain yang lebih kurang sesuai macam ISA.

Ek eleh... bersuara pulak Pak Lah fasal ISA. Masa Pak Lah jadi PM dulu kenapa Pak Lah tak ubah? Masa tu takkan tak ada masa kan..?

Pelik kan..?

Rabu, 15 Julai 2009

KERANA MUA ATAU AMBIL KESEMPATAN..?

Walaupun Pas menang tipis di Manek Urai, tapi Pas tetap menang. BN/UMNO tetap kalah. Kesimpulannya, rakyat Kelantan tetap tolak BN/UMNO. Mereka lebih selesa dengan Pas.

Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan rakyat Kelantan amat mua. (Atau sememangnya sengaja ambil kesempatan?). Walaupun BN/UMNO gagal menakluki Kelantan, tapi kerajaan Pusat yang diterajui UMNO tetap membela/membantu Kelantan. Memberikan peruntukan yang agak banyak bagi Kelantan. Mungkin negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh BN/UMNO pun tak dapat peruntukan sebanyak itu.

Janji nak bagi universiti jika BN/UMNO menang. Tapi BN/UMNO kalah pun Kelantan dapat universiti juga.

Apa lagi yang Kelantan tak dapat? Apa yang ada di negeri2 yang dikuasai BN/UMNO, di Kelantan pun ada. (Mungkin lebih?). Kerajaan Pusat yang bantu dengan cadangan janji2 manis orang-orang kuat UMNO Kelantan. Macam mana orang Kelantan tak mua?

Walaupun Nik Aziz kutuk macam-macam pada UMNO, namun parti Melayu yang menerajui kerajaan Pusat itu tetap selesa membantu Kelantan.

Yang peliknya, ahli2 UMNO termasuk orang2 kuat UMNO di Kelantan, taklah berapa garang menentang dan membantah sikap celupar Pas itu. Tak tau kenapa, mereka semacam takut nak menentang balik, sama ada sebab tak tau nak cakap atau tak tau fakta atau mungkin mereka tak tau kenapa mereka masuk UMNO(?).

Mungkin agaknya merasa disebabkan orang-orang UMNO tidak berapa cerdik (bukan bodoh), maka Nik Aziz semakin galak dan seronok mengutuk dan memperlekehkanUMNO.

Apa-apa pun, dengan kegagalan BN/UMNO menguasai Kelantan selama 20 tahun, adalah kesilapan percaturan UMNO sendiri.

Di Kelantan sudah banyak umpan dacing ditabur, tapi ikan di situ tetap suka bulan. Kekadang tukang2 pancing itu yang syok sendiri. Bukan ikan2 di Kelantan saja, malah ikan2 yang merantau pun pulang tetap pilih bulan.

Sesungguhnya jika Kelantan inginkan perubahan, dan BN/UMNO pula ingin menguasai Kelantan pada PRU 13 akan datang, bukan sekadar rakyatnya saja yang perlu berubah, malah BN/UMNO sepatutnya terlebih dahulu kena banyak berubah. Jika perlu orang-orang kuat UMNO di Kelantan juga perlu diubah dengan erti kata sebenar.

Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin kenalah fikir dan pantau dengan sebaik-baik dan sebijak mungkin jika bercita-cita mahu 'memiliki' Kelantan semula.

Selasa, 14 Julai 2009

UMNO/BN MASIH NAK TERHEGEH-HEGEH..?

Akhirnya Pas berjaya mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi.

Dari segi pertandingan, Pas menang. Dari segi moral, UNMO/BN juga menang. Kerana berjaya menambah majoriti berbanding PRU 12 lalu.

Apa-apa pun Pas tetap menang. Rakyat Manek Urai (Kelantan) mash tetap menolak UMNO/BN. Makna rakyat Kelantan tetap menolak pembangunan.

Kalau rakyat Kelantan tetap menolak UMNO/BN, tentulah tidak bermakna andainya Pusat berterusan membantu pembangunan Kelantan. Kalau orang sudah tidak mahu, kenapa perlunya UMNO/BN (Pusat) masih terhegeh-hegeh menghulur? Biarlah mereka jatuh bangun dengan kerajaan Pas Kelantan. Itu yang mereka mahu.

Dari segi maruah, tentu akan tercalar maruah UMNO/BN jika masih terhegeh-hegeh memberi kepada orang yang sudah seda maklum menolaknya.

Pas juga tidak bermaruah sekiranya terus meminta daripada kerajaan Pusat, sedangkan UMNO yang menerajui kerajaan Pusat sering didakwa kafir dan bukan Islam. Relakah kerajaan Pas Kelantan yang begitu Islam menerima dan memakan hasil pemberian UMNO/BN yang kafir..?

UMNO/BN sepatutnya terus menjaga dan menunaikan janji-janjinya di kawasan yang mereka telah menang. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran.

Apa gunanya ada pertandingan. Jika yang kalah masih juga menerima habuan. Sedangkan yang menang dilupakan.

UMNO/BN harus jaga kawasan/negeri yang telah dimenanginya. Agar tidak akan terlepas pada masa akan datang.

Apa gunanya UMNO/BN berkuasa, jka tidak berkuasa menjaga kawasan/negeri yang menjadi miliknya. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah, sudahlah..!

Kekadang terfikir, beruntung sebenarnya menjadi manusia di kawasan (negeri) yang dimenangi pembangkang. Jika berlaku sebarang petaka, manusia di situ selalunya akan menerima dua habuan (bantuan), iaitu habuan daripada UMNO/BN dan habuan daripada pembangkang.

Sedangkan kawasan (negeri) yang dikuasai UMNO/BN, selalunya akan menerima habuan (bantuan) daripada UMNO/BN saja. Betul tak..?

Risau juga andanya semakin banyak kawasan (negeri) yang bakal jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya akan datang(?). Andainya ramai yang berfikirkan begitu.

Namun nampak pada gayanya sehingga setakat ini, UMNO/BN yang diterajui DS Najib Tun Razak telah berjaya menarik kembali keyakinan dan kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kerajaan.

Semoga rakyat terus membuka mata dengan keupayaan UMNO/BN memerintah negara, sementara pemerintah pula teruskanlah mengupayakan sesuatu yang boleh menyenangkan rakyat sebagaimana dengan selogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan serta bersama kta galaskan gagasan 1Malaysia.

Khamis, 9 Julai 2009

SIAPAKAH YANG SESAT DAN DISESATKAN..?

Selain terus mengulangi dakwaan UMNO sesat, Nik Aziz turut menyebut 'menate' (binatang) bagi mengaitkan UMNO dengan pahala yang tidak mungkin diberikan Tuhan.

Sesungguhnya manusia yang waras akalnya yang lahir sempurna di bumi Malaysia ini, dapat tafsirkan sendiri siapakah yang sesat dan siapakah yang layak dikaitkan dengan 'menate'.

Jangan kerana politik, kita sanggup menyesatkan akal fikiran sendiri. Semoga dilindungi Allah daripada segala kelaknatannya.

Sempurnakah Islam seseorang itu jikalau di mulutnya asyik menghasut, memfitnah serta menyebut perkataan2 yang tak baik terhadap sesama Islam/ manusia yang menyembah Allah?

Islamkah seseorang itu, di mulutnya sering menguar-uarkan kononnya dia dan orang2nya berada di jalan Allah, sedangkan pada masa yang sama dia memecah belahkan sesama umat Islam dan bersekongkol dengan mereka yang jelas lagi nyata menentang Islam demi untuk menumbangkan pemerintahan Islam kerana ketamakan politik?

Islamkah seseorang itu kalau setiap hari sekadar bercakap fasal Islam, sedangklan dalam masa yang sama, dia sebagai pemimpin Islam tidak berusaha memajukan rakyat dengan kemajuan Islam dengan erti kata sebenar atau menyeru bukan Islam seraqmai mungkin sehingga tertarik kepada Islam? Bukan setakat bukan Islam menjadi penyokong, tapi mereka tertarik dan menyokong diri sendiri untuk memeluk Islam dengan penuh keikhlasan.

Manusia yang dikurniakan dengan kewarasan akal oleh Allah, seharusnya mampu memikirkan apa yang didengar atau yang dilihat dengan sesempurna mungkin.

Seharusnya manusia yang sempurna akal itu mampu menilai dengan mempercayai atau menolak apa yang didengar atau dilihat sendiri itu dengan penilaian sesuatu itu dengan sesempurna mungkin. Dengan tidak menipu akal fikiran mereka sendiri, sebelum akal yang sempurna itu ditarik balik oleh Allah yang Maha Mengetahui.

Jangan kerana ketaksuban melulu, kita ketepikan pemikiran akal kita yang sempurna itu dengan menokoh tambah dosa yang sedia ada.

Allah menyediakan akal yang sempurna untuk manusia yang sempurna, supaya dapat memikirkan segala yang sempurna. Menipu akal sendiri, maknanya manusia itu tidak sempurna akalnya.

Isnin, 6 Julai 2009

KETEPIKAN RETORIK

PILIHLAH YANG WAJAR

Aku setuju tulisan Datuk Ibrahim Ali di bawah tajuk Retorik 'membangun bersama Islam' (Utusan Malaysia 6 Julai 2009) mengenai kegagalan Pas membangunkan Kelantan sebagai Negeri Islam, sebagaimana yang Pas uar-uarkan setiap kali pilihan raya.

Katanya, sejak 20 tahun lalu, semuanya hanya retorik bukannya realiti. Bertindaklah sekarang demi kemajuan bersama.

Tulisan beliau itu ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai, yang bakalmendatang, yang menyeru agar para pengundi membuat pilihan yang betul dan tepat.

"... calon yang wajar diberikan sokongan dan kemenangan hendaklah dikaji daripada sudut kemampuan partinya untuk membawa pembangunan fizikal kepada rakyat.

Rakyat Kelantan perlu bertindak sekarang. Kalau dalam PRU 12, rakyat bertindak menyedarkan Barisan Nasional supaya jangan asyik terlena, di Manek Urai kita sedarkan Pas bahawa mandat rakyat jangan dipersia-siakan,".

"Tindakan ini perlu terutamanya bila situasi mutakhir ini menyaksikan agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan kestimewaan orang Melayu sedang diganggu-gugat oleh sesetengah phak. (Sumber Utusan).

Para pengundi perlulah ada kesedaran dengan kewarasan akal fikiran. Tidak seharusnya
perlu diketepikan kebenaran yang tersurat dan tersirat.

Jumaat, 3 Julai 2009

WACANA NAK MENGENA..?

Ketua Pemuda Pas mengajak Pemuda UMNO berwacana dengan tajuk, 'Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam'.

Nampaknya tajuk yang dicadangkan itu sengaja nak mengenakan UMNO atau sengaja nak mencari salah atau sengaja nak mengelirukan rakyat yang kononnya UMNO tidak perjuangkan Islam. Juga untuk mencari keuntungan murahan dengan meraih sokongan sebilangan pengikut Pas yang sememangnya pak turut.

Tajuk wacana itu itu juga sebenarnya sengaja nak menutup kelemahan Pas dalam memperjuangkan Islam.

Pas memang selalu bercakap mengenai Islam, tapi apakah sebenarnya Pas telah lakukan untuk membangunkan Islam di Malaysia? Adakah dengan mengatakan UMNO kafir atau mengutuk dan memburukkan orang-orang UMNO itu bermakna sudah afdal perjuangan Pas ke arah keIslaman?

Kalau ada kejujuran, kenapa tak diadakan wacana yang bertujuan untuk membangun dan memperkukuhkan perpaduan umat untuk kestabilan negara?

Apa-apa pun, apa kata selepas ini diadakan pula wacana dan tajuk cadangannya disediakan oleh UMNO pula. Cadangan tajuk ialah ' ISLAMKAH PAS YANG BERSEKONGKOL DENGAN DAP YANG JELAS LAGI NYATA MENOLAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MENUMBANGKAN NEGARA ISLAM YANG SEDIA ADA?".

Agak-agaknya Pemuda Pas setuju tak..?

Nota: Amat setuju dengan tulisan Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com). Katanya, Pas tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud jika isu pusat penyembelihan babi dan kuota pembeli rumah saja sudah ditentang oleh DAP.

"Soalnya Pas tahu hakikat itu, Nik Aziz tahu DAP tidak mahu negara Islam, Hadi tahu DAP tak mahu hukum Hudud tetapi mengapa Pas tetap terus kerjasama dengan DAP dan PKR?

Jika seseorang mengundi Pas bermakna mereka juga memberi undi kepada DAP. Secara tidak langsung mengundi Pas boleh jatuh berdosa kerana seolah-olah kita tidak mahu menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud."

Fikir-fikirkanlah..!

Selasa, 30 Jun 2009

DEBAT, BIL, BIASISWA

DEBAT NIK AZIZ

Nik Aziz tetap berkeras nak ajak DS Najib berdebat. Tak tahulah apa muslihat tuk guru tu. Bila diajak berbincang mengenai kerajaan perpaduan, dia tolak bulat-bulat. Macam-macam alasan. Tapi aku setuju dengan PM sebab tak nak layan dengan Nik Aziz. Elok sangatlah tu.

Dan teramat setujunya kalau Nik Aziz ajak Karpal Singh dan Lim Kit Siang berdebat mengenai negara Islam, seperti yang Pas kata mereka perjuangkan itu. Agak2 Karpal dan Kit Siang setuju tak? Atau Nik Aziz malu alah nak ajak kedua 'teman sebantalnya' itu berdebat mengenai negara Islam itu?


BIL HOSPITAL PEKERJA ASING

Pekerja asing di negara kita lebih kurang dua juta orang, tapi mereka berhutang dengan hospital kita RM3.o55 juta.

Apa cerita ni? Nampaknya Malaysia ini menjadi tempat orang asing ambil mudah. Kita ni memang baik dengan orang luar. Dagang lalu ditanakkan.

Dalam masa yang sama, rakyat tempatan pun ada juga berhutang dengan hospital. Agaknya mereka ini tak dapat lari, dan akan dikejar hingga ke lubang cacing?

Dalam banyak2 warga asing, tentulah paling ramai warga Indonesia yang berhutang dengan hospital itu. Apa kata media Indonesia dalam perkara ini?

Warga, terutama medianya yang tak pernah nak berterima kasih kepada Malaysia yang banyak membantu rakyat Indonesia. Media indonesia, setiap hari, kalau tak cari salah Malaysia macam tak sempurna media mereka. Hal-hal kecil pun cuba dibesar2kan. Sikit-sikit berdemontrasi depan pejabat kedutaan kita di negara mereka. Menyampah..!

Nampak sangat media 'negara tak sedar diri' itu terlalu dengki dengan negara kita. Tak boleh tengok negara lain senang.

Apa-apa pun kerajaan kena bertegas dalam soal hutang hospital pekerja asing itu. Jangan biarkan mereka ambil mudah dan tumpang senang dalam segala kemudahan untuk rakyat tempatan.

Jangan kita berlembut dan kepala kita pula dipijak. Belajarlah dari pengalaman. Jangan kita mudah dperbodohkan!


PELAJAR TAK KENANG BUDI

DS Dr Ahmad Zahid Hamidi kata, pelajar yang dibantu oleh kerajaan, kemudian menentang kerajaan, adalah mereka yang tidak tahu membalas budi.

Kata orang, orang berbudi kita berbahasa. Memang itulah adatnya. Begitulah juga adapnya. Golongan yang tak tahu erti budi itu bukan setakat tak tahu membalas budi, tapi mereka juga boleh dianggap tak bermoral sebenarnya.

Bermoralkah mereka jika tangan yang menyuap ke mulut mereka, akhirnya digigit pula..? Fikir-fikirkanlah..!

Isnin, 29 Jun 2009

MUSLIHAT... OH, MUSLIHAT..!

E-MEL

PENGIRIM: PIUT TUK JANGGUT


Tanya seorang teman membuka cerita, "Kau tahu kenapa Pas tiba-tiba pukul cadang balik kononnya UMNO kapir, samakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat? Kenapa?"

"Kan dah dekat nak mengundi di Manik Urai," sampuk teman yang satu lagi.

"Ah.., kau orang takkan tak faham muslihat Pas..." ujar teman yang bertanya itu dengan sinis.

"Ya lah.., memang dah lama tau Pas itu penuh dengan muslihat..!" balas teman yang lawan berbincang itu.

"Tapi muslihat Pas kali ni nak tutup kesalahan sendiri..!"

"Maksud kamu..?"

"Kan Pas berkomplot dengan DAP. Kerana sokongan Pas, mencukupkan undi DAP untuk memerintah di sebuah negeri..."

"Jadi..?"

"Jadi, apabila orang bising-bising Pas bersekongkol dengan DAP (bukan Islam), maka adalah alasan mereka, UMNO pun kapir juga, sama macam DAP. Jadi, apa salahnya Pas berganding dengan DAP," jelas teman yang membuka cerita itu seterusnya.

"Maknanya dia nak membolehkan dia bersekongkol dengan DAP pada kaca mata masyarakat?"

"Begitulah lebih kurangnya..."

-PIUT TUK JANGGUT, KOTA BHARU.

Sabtu, 27 Jun 2009

DIA MELALUT LAGI...

E-MEL

PENGIRIM: PIUT TUK JANGGUT


Salam,

Tuk Guru itu melalut lagi. Makin menjadi-jadi.

Kemelalutannya membawa kepada dakwaannya bahawa UMNO itu sama macam komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.

Aku nak tanya dia, dia kenal ke apa itu komunis? Dia tahu ke siapa itu Ayah Pin?

Kalau dia tak kenal komunis atau Ayah Pin, jangan dok melalut nak buat fitnah. Dosa besar tu, wahai Tuk Guru.

Satu lagi, aku nak tanya tuk guru tu, siapa yang tolak Islam? UMNO ke Pas?

Siapa..? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu fikirlah sendiri..!

- Piut Tuk Janggut.

Jumaat, 26 Jun 2009

MELAYU AKAN HILANG KUASA..?

Melayu akan hilang kuasa?

Mungkin. Mungkin akan menuju ke arah itu. Pertelagahan yang membawa kepada perpecahan, kini semakin berterusan.

Semuanya kerana politik sempit Melayu. Politik yang merosakkan sesama agama dan bangsa.

Namun sebilangan Melayu tak peduli. Asalkan hasrat dan cita-cita pribadi tercapai.

Melayu juga masih dengan sikap tak kisahnya. Dari dulu hingga kini. Masing-masing selesa dengan kedudukan diri, sama ada yang kaya atau miskin.

Melayu juga tak pernah sensitif pada bangsanya sendiri. Kepentingan pribadi lebih diutamakan.

Melayu - bahasa tergadai pun tak apa. Harta tergadai pun masih tersenyum. Hak terlepas pun masih tak kisah. Orang lain pertikai hak keistimewaan bangsa sendiri pun, Melayu juga yang menyokong. Asalkan matlamat sempit tercapai.

Melayu juga sanggup gadai maruah, walaupun dengan sedikit imbuhan. Biarpun keuntungan besar yang lebih berpanjangan kepada orang lain.

Itulah Melayu yang jarang pernah kisah dengan bangsanya sendiri. Bagi yang anggap dirinya agak alim sikit, sudah tak mahu mengaku Melayu. Mereka lebih selesa mengaku Islam saja. Lupa pada asal-usul.

Demi kepentingan politik sempit juga Melayu relah tolak perjuangan untuk Melayu dan selesa perjuang atas nama Islam.

Demi kuasa yang sekian lama berdarah daging dengan faham politik sempit juga, Melayu sanggup mengkhianati bangsanya sendiri.

Melayu masih dengan sikap tak apa. Tak sensitif dengan bangsanya. Khianat, dengki dan busuk hati sesama sendiri.

Melayu, bila sudah terdesak baru nak menggelabah. Bila sudah terhantuk baru nak terngadah.

Bagaimana sudahnya dengan Melayu? Adakah sekadar menang sorak tapi kampung sedikit demi sedikit sudah tergadai? Andai begitu, malang sungguh nasib Melayu.

Selasa, 23 Jun 2009

DAH AGAK DAH..!

Memang dah agak dah. Pas bukan saja tolak kerajaan perpaduan, malah UMNO juga yang dipersalahkan.

Pas yang buat cadangan itu, Pas juga yang memburukkan orang lain. Dituduhnya UMNO terdesak, buat fitnah dan berniat jahat nak gugatkan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz pula kata, pergaduhan antara dia dengan Nasharudin disebabkan kerajaan perpaduan itu, berpunca dari politik murahan UMNO.

Alahai Tuk Guru.., cakap siang pandang2. Cakap malam dengar2. Kalau cakap ikut sedap mulut, orang akan kata kita dah melalut.

Hai... entahlah..!

Ahad, 21 Jun 2009

KENAPA DENGAN MELAYU..?

Kalau MCA dan Gerakan boleh bersatu dengan DAP untuk berbincang apa saja masalah yang berkaitan dengan kaum Cina, kenapa harus timbul penghalang jika UMNO dan Pas ingin duduk semeja demi nasib kaum Melayu/Islam yang kian berpecah dan merugikan Melayu sendiri?.

Kenapa perlu ada penentangan dalam Pas, sedangkan cadangannya lahir dari Pas juga?

Datuk Nik Aziz yang melontarkan penentangan yang teramat kuat. Katanya, dia tahu dan kenal siapa UMNO.

Mungkin dendam lama yang masih berbuku dalam hati Nik Aziz. Berbuku sehingga kini.

Dan kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, kenapa harus difikirkan kisah lama yang sudah berlalu. Kini BN/UMNO sudah bersilih ganti pemimpin.

Betul juga kata Timbalan Perdana Menteri itu. Mungkin apa yang telah berlaku dan berlalu itu ada sebab dan alasannya.

Apakah Nik Aziz tak mahu melihat perpaduan Melayu kembali bertaut? Kukuhnya pertautan Melayu bermakna akan kukuhlah juga perpaduan Islam di Malaysia.

Tapi tertanya-tanya juga apabila sesekali mengingati setiap kenyataan Nik Aziz, yang seolah-olah partinya hanya memperjuangkan hanya untuk Islam dan bukannya memperjuangkan untuk Melayu. Bagi Nik Aiziz, soal Melayu adalah soal UMNO.

Apakah bezanya antara Melayu dan Islam di Malaysia ini? Bukankah setiap yang berbangsa Melayu itu secara lagiknya mereka juga beragama Islam? Apa muslihat Tuk Guru itu sebenarnya..?

Allahualam.

Sabtu, 20 Jun 2009

PENYELESAIAN KEMELUT MELAYU

Dari sudut mana sekalipun, kerjasama UMNO-Pas tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman kepada mana-mana kaum.

Apa yang ingin dicapai menerusi kerjasama itu ialah kesepakatan dalam mencari penyelesaian mengenai kemelut membabitkan orang Melayu.

Isu-isu seperti permasalahn agama, pengukuhan ekonomi Bumiputera, kebejatan sosial dan banyak lagi lebih mudah ditumpukan oleh pemimpin Melayu di bawah satu payung kesepakatan.

Idea kerjasama itu juga bertujuan merapatkan orang Melayu merentasi perbezaan ideologi politik seterusnya duduk dalam satu ruang kompromi.

Kaum lain perlu sedar, seandainya perpaduan antara Melayu rapuh, ia juga akan memberi kesan kepada kestabilan negara.

Ini kerana masyarakat Melayu merupakan kaum majoriti seterusnya menjadi tulang belakang kepada perpaduan negara.

Dalam erti kata lain, perpaduan yang utuh di kalangan Melayu juga menguntungkan kaum-kaum lain. Lalu mengapa mesti berasa curiga?

Sumber: Utusan

Jumaat, 19 Jun 2009

EMOSIONAL NIK AZIZ

E-MEL
Pengirim: Piut Tuk Janggut, Kota Bharu.

Terlalu emosional Nik Aiziz berkaitan isu Kerajaan Perpaduan. Peningkatan emosional Nik Aziz makin menonjol bila sanggup menganggap Nasharudin Mat Isa sebagai sampah dan sanggup pila 'menghalau' Timbalan Presiden Pas itu keluar dari Pas dan sertai UMNO.

Nasharudin yang seakan menyokong cadangan Kerajaan Perpaduan itu telah dianggap sebagai telah melakukan dosa besar oleh Nik Aziz.

Kenapa dengan UMNO yang boleh dikatakan seratus peratus makhluknya adalah Melayu/Islam itu? Sehingga mereka yang bersetuju dengan cadangan itu dianggap boneka UMNO dan berdosa besar?.

Sepatutnya seorang yang berdiri dengan kejiwaan Islam tulen tidak begitu tindakan, apatah lagi dalam menganjurkan sesuatu yang baik demi kesempurnaan umat Islam sendiri.

Tetapi kenapa dengan Nik Aziz? Apa sudah jadi dengan pemikiran seorang manusia yang bergelar Tuk Guru itu?

Sepatutnya Nik Aziz tidak terlalu mudah emosional dalam isu berkenaan.

Sepatutnya beliau tampil dengan kesesuaian jawatan dan latar belakangnya yang yang berkaitan rapat dengan agama Islam itu, dengan memberikan beberapa pandangan sama ada mengenai kebaikan atau apa saja yang tidak bersesuaian dengan cadangan tersebut. Usah terlalu mudah melenting, yang boleh menimbulkan keragaun dan pertikaian khalayak di sebalik pribadianya itu.

- Piut Tuk Janggut.

Z-MAY: Ada yang kaitkan kemuncak kemarahan Nik Aziz itu ada hubung kait dengan kekalahan orang-orangnya pada muktamar Pas lalu, termasuk tertewasnya Husam Musa di tangan Nasharudin. Ya ke..?

Rabu, 17 Jun 2009

MARAH SEORANG TUK GURU

Marah betul nampaknya Datuk Nik Aziz kepada Nasharudin Mat Isa. Di marah bila Timbalan Presiden Pas itu masih sebut-sebut pasal kerajaan perpaduan yang ada kaitan dengan UMNO.

Jijik betul Nik Aziz dengan UMNO. Bagi Nik Aziz, UMNO lebih najis dari DAP. Dengan DAP dia boleh tidur sebantal walaupun dia tahu siapa-siapa dalam DAP itu. Tapi UMNO yang seratus peratus Melayu/Islam nyata dipandang jijik sekali.

Kemarahan tuk guru yang tak mampu terbendung itu sehingga disuruhnya Nasharudin keluar Pas, letak jawatan dan disuruhnya kawan tu masuk UMNO.

Kata seorang sahabat, mungkin itulah agaknya cara seorang yang bergelar 'tuk guru' Pas menegur awak-awaknya.

Hai.., entahlah labu..!

Isnin, 15 Jun 2009

UNTUNG PILIH PEMBANGKANG..?

Aku terima e-mel daripada seorang sahabat dari Kota Bharu, Kelantan.

Kata sahabat itu, kalau nampak pada situasi semasa, BN sukar nak menang pilihan raya kecil di DUN Manek Urai. Maknanya Pas akan kekal berkuasa di situ. Alasan yang diberikan oleh sahabat itu, kononnya rakyat Kelantan seronok di perintah oleh Pas (Pembangkang). Bagi mereka, ada banyak keistimewaannya bila negeri mereka dikuasai pembangkang.

Apakah keistimewaan yang dimaksudkan itu? Mari kita tatapi kiriman e-mel itu:

E-MEL:
Pengirim: Piut Tuk Janggut, Kota Bharu.

Salam sahabatku Z-May,

Apa yang aku lihat dari segala sudut, BN agak sukar mencapai kemenangan bukan saja pilihan raya kecil Manek Urai. Malah pada PRU 13 akan datang pun BN amat susah nak menguasai Kelantan.

Rakyat Kelantan sebenarnya seronok di perintah oleh Pas. Banyak keistimewaan yang mereka dapat dan mungkin akan dapat seterusnya. Bukannya keistimewaan yang diberikan oleh Pas, tapi pemberian segala sumbangan dari kerajaan Pusat.

Cuba bayangkan, bila ada sesuatu bencana yang menimpa rakyat Kelantan tak kira di kawasan pembangkang atau BN, selalunya wakil yang mula2 sekali akan menemui dan bersimpati dengan mereka ialah dari kalangan orang UMNO dengan memberikan sejumlah sumbangan dan berjanji akan berusaha untuk mendapat bantuan daripada kerajaan Pusat pula.

Selepas itu, datang pula wakil dari kerajaan negeri yang turut bersimpati dengan nasib mereka dan menderma sejumlah sumbangan.

Pendek kata, perebutan dua parti yang cuba memenangi hati rakyat di negeri itu, memberikan keuntungan kepada rakyat Kelantan, dan mungkin juga negeri2 lain yang dkuasai pembangkang.

Bermakna mereka telah mendapat simpati daripada dua belah pihak. Bukankah itu untung namanya? Kalau negeri yang dikuasa BN, hanyalah simpati daripada wakil BN saja.

Bukan itu saja, Kelantan walaupun diperintah oleh Pas, tapi ramai rakyatnya tetap mendapat tempat dengan menjadi bos di jabatan2 kerajaan, ramai yang dapat biasiswa kerajaan, dapat pinjaman kerajaan. Dan ahli2 kabinet dari Kelantan pun melebihi negeri lain yang dikuasai BN.

Negeri Kelantan yang dikuasai sekian lama oleh Pembangkang pun turut juga mendapat universiti, ada hospital pakar terbesar dan banyak lagi kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Pusat.

Anak2 Kelantan yang bekerja dengan kerajaan Pusat, GLC dan badan berkanun di serata negeri di Malaysia ini dengan pendapat yang agak baik dan lumayan banyak memberikan tempiasnya dalam pembangunan negeri Kelantan. Walaupun di Kelantan pembangunannya agak meleset sejak bertahun2 dahulu..

Begitulah antara 'keuntungan' rakyat di dalam negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Tapi BN tak harus berputus asa dalam usaha untuk 'memiliki' Manek Urai, mahupun berkuasa di negeri Kelantan pada PRU 13 nanti. Usaha tetap usaha.

-Piut Tuk Janggut.

Z-MAY: Begitulah bertuahnya rakyat di negara yang bertuah ini. Keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk rakyat oleh pemerintah sebenarnya tidak pernah membezakan warna kulit serta apa jua kepercayaan dan pilihan politik mereka. Mereka yang rajin berusaha tidak mustahil akan berjaya. Dan mereka yang berjaya pula pasti akan memperoleh habuan dan peluang yang sememangnya disediakan oleh pemerintah.

Selasa, 9 Jun 2009

HIRUK PIKUK KERAJAAN PERPADUAN

Kerajaan Perpaduan - sakadar satu cadangan. Disuarakan oleh DS Haji Hadi Awang.

Namun dalam Pas sendiri ramai yang bantah. Terutama mereka yang terlalu ekstrem membenci UMNO. Mereka sebolehnya tidak mahu Pas bergabung dengan BN, terutama yang bermati-matian menganggap UMNO sebagai musuh paling ketat.

Sebilangan yang lain pula bimbang 'kerajaan' yang dicadangakan itu akan menguntungkan Barisan nasional/UMNO dan merugi terukkan Pas.

Mungkin Haji Hadi ada 'muslihat' tertentu dengan cadangannya itu. Kalau ia tak menguntungkan Pas, takkan Haji Hadi berulang-ulang menguar-uarkan cadangan itu. Cuma orang-orang Pas sendiri yang tdak memahaminya.

Tapi yang paling risau dengan Kerajaan Perpaduan itu alah pakatan pembangkang lain, terutama DAP, yang takutkan bayang-bayang seandainya UMNO dan Pas bersatu. Pada hal 'kerajaan' yang dicadangkan itu untuk kebaikan semua rakyat jelata.

Sesungguhnya terlalu ketara ketakutan dan kebimbangan sebilangan mereka yang tidak mahu merugikan politik berkepentingan yang masih berbau perkauman sebenarnya.

Khamis, 4 Jun 2009

SUARA MELAYU VS SUARA BUKAN MELAYU

"Bila orang Melayu membela hak Melayu, mereka kata perkauman, namun apabila mereka membela hak mereka dan ada kalanya menyinggung perasaan orang Melayu dan raja-raja Melayu, mereka tidak menganggapnya sebagai perkauman," ujar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Melayu Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

"Sesiapa yang mengecam pihak yang membela Melayu atas fakta dan kebenaran adalah anti nasional dan biadap," katanya lagi.

Ibrahim mengulas desakan Samy Vellu yang disiarkan dalam portal MIC agar tindakan selari dengan Akta Hasutan dikenakan terhadap penulis pojok Awang Selamat kerana menulis artikel bertajuk 'Melayu dikhianati?' dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Dalam artikel itu Awang Selamat menyuarakan rasa bimbangnya terhadap sikap bukan Melayu yang terlalu perkauman selepas pilihan raya umum lalu dengan membuat pelbagai tuntutan.

Awang Selamat turut menyiarkan kembali petikan bekas pemimpin MIC, mendiang Tun V.T Sambathan, mengenai betapa kaum India di negara ini bernasib baik berbanding rakan mereka di Burma (Myanmar) dan Ceylon (Sri Lanka) terutama dalam soal mendapatkan kewarganegaraan, semuanya atas sikap bangsa Melayu yang bersopan santun.

Ibrahim Ali juga mempersoalkan keikhlasan Samy Vellu mendesak tindakan dikenakan ke atas Awang Selamat berdasarkan artikel yang disiarkan.

"Jika Samy Vellu seorang pemimpin yang bertanggungjawab kenapa beliau tidak menegur atau mendesak supaya sebahagian pemimpin Majlis Peguam diambil tindakan.

"Samy Vellu kini hendak menjadi juara lawan orang Melayu tetapi sudah tidak laku. Orang India menolak MIC kerana dia sudah terlalu lama dan macam-macam kerenah," katanya.

Z-MY: Ayoyo Samy.., itu fakta ka, hasutan ka.., sudah tidak tau baca ka..?

Selasa, 2 Jun 2009

BUMBUNG RUNTUH TERSIRAT MAKNA..?

Agak mengejutkan juga.

Tiba-tiba tersebar berita runtuhnya bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu.

Bagi Menteri Kerjaraya, kejadian itu amat memalukan.

Memang amat memalukan. Di manakah silapnya?

Malah ada yang kaitkan peristiwa malang yang memalukan itu dengan politik. Bukan runtuhnya bumbung stadium itu kerana ada kaitan dengan orang politik.

Tetapi ada yang lepas cakap kononnya itu ada kaitan dengan apa yang bakal menimpa Menteri Besar Terengganu.

Kata mereka, bumbung stadium itu jatuh dulu sebelum Ahmad Said akan jatuh.

Hissyy... tak patut betul mereka. Cakap ikut sedap mulut aje. Iyelah... cakap bukannya kena apa-apa bayaran.

Tapi... entahlah. Mungkin juga ada sesuatu yang tersurat sebelum ia akan tersurat gamaknya.

Ah.., segalanya mungkin..!

Ahad, 31 Mei 2009

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Di bawah ini merupakan beberapa petikan daripada rencana yang ditulis oleh sdr Zulkiflee Bakar (Mingguan Malaysia - 31 Mei 2009).

Apa yang menarik dalam hujahnya bagi 'menghalalkan' langkahnya untuk bertanding, Husam menegaskan, keputusan muktamad itu dibuat kerana wujud keperluan semasa yang mendesak bagi menyemak peringkat tertentu dalam Pas termasuk berhubung isu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

"Saya berpendirian sudah sampai masa Pas berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan parti ini menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan," tegas Husam.

Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah maha mengetahui.

Penulis sebenarnya tidak berhasrat mempertikaikan niat Husam kerana dari satu sudut penulis berpendapat tidak salah untuk Husam menegaskan bahawa masa sudah tiba Pas menjadi parti bagi menggantikan UMNO. Tetapi soalnya, mampukah Pas berada pada kedudukan itu atau akan terus diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR seperti mana berlaku sekarang di Perak dan Selangor?
(Sumber: Mingguan Malaysia).

Khamis, 28 Mei 2009

CHIN PENG - ISU MERAIH SOKONGAN POLITIK?

Majoriti rakyat sebenarnya tidak setuju jika Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia, terutama bekas pejuang yang terpaksa bertarung nyawa mempertahankan negara, dan ada antara mereka yang masih hidup dengan menanggung kecacatan sepanjang hayat, serta mereka yang berkait secara langsung tentang kekejaman komunis.

Chin Peng - ketua Parti Komunis Malaya yang penuh dengan keganasan dan kekejaman, membuatkan rakyat sentiasa hidup dalam huru-hara dan ketakutan. Malah orang awam tidak terkecuali menjadi mangsa kezalimannya.

Namun tentu ada yang tidak senang bila beberapa pemimpin pembangkang (Melayu) yang setuju andainya bekas ketua komunis itu dibenarkan pulang dengan alasan-alasan tertentu.

Walaupun apa alasannya, saranan dan sokongan pemimpin Melayu pembangkang itu dilihat sengaja meraih sokongan politik berkaitan isu itu, yang sebenarnya telah mengguriskan hati banyak pihak, terutama Melayu.

Cuba direnungkan sejenak. Apakah untungnya Chin Peng kepada negara, jika dia dibawa pulang? Rasanya tiada keistimewaan apa-apa.

Jika dibenarkan juga dia pulang, apa yang nyata ia bukan sekadar luka lama berdarah kembali, malah ia sebagai satu penghinaan kepada para pejuang yang pernah mempertahankan kedaulatan negara.

Namun memang telah diketahui umum, bagi mereka yang berkepentingan politik murahan, itu semua tidak penting.

Apa saja yang mendatangkan kepentingan politik mereka, sekalipun mengguris dan menyakiti hati bangsa sendiri, langsung tidak diambil peduli.

Dan isu yang mengguriskan hati bangsa itu bukanlah yang pertama kali. Malah rasanya sudah tidak terhitung.