Tahniah kepada DS Zambry yang disahkan sebagai MB perak. Selesai sudah hendaknya segala kemelut yang melanda DUN Perak.
Keputusan telah diputuskan oleh panel tiga hakim.
Sepatutnya begitulah keputusan dari awal lagi. Namun keputusan terdahulu agak meragukan. Kerana telah terbukti majoriti yang berpihak kepada BN. Sudah terang dan nyata. Sudah terang yang tak perlu bersuluh lagi.
Walaupun keputusan terdahulu agak meragukan, namun BN tak buat demontrasi jalanan untuk membantah keputusan hakim. BN buat secara beradap dan berurus. Ikut undang-undang jikalau cara itu yang mereka mahukan.
Keputusan terbaru ternyata berpihak kepada yang benar. Tiga panel hakim sudah buat keputusan.
Tapi pahat yang sentiasa berbunyi akan tetap berbunyi jika tak puas hati. Orang yang suka menyalak akan tetap menyalak selagi sesuatu yang diinginkan tak berpihak kepada mereka. Selagi tak memuaskan nafsu mereka.
Ketua pemuda Umno mahu apa sebenarnya?
-
*ULASAN*
MAAF setengah kira kabur dan tidak faham mengenai perjuangan dan juga
peranan ketua pemuda Umno bernama Akmal Saleh. Apa sebenarnya yang dicari
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan